Sedara2ku...

14 October 2016

JANGAN ANIAYA ORANG

Assalamualaikum
dah lama sangat tak menulis, hari ni tiba2 datang mood pulak...

Dalam kehidupan seharian kita, kadang2 kita berjumpa dengan orang yang sangat mencabar kesabaran dan keimanan.. kadang2 rasa nak give up, kadang rasa macam nak hempuk je manusia2 sebegini...
Alkisahnya ada lah seorang manusia yang amat menyampah dengan saya, kalau tengok muka saya nak jegil mata je.. kalau cakap tu mak ai.. macam kita sebatu volume dia.. sebab tu la kawan2 sekerja gelar dia pekak.. syyy.... dia mmg ada sound trouble.   Bila buka mulut je, ayatnya memang menghina orang..  contoh ayat ; wa mau tanya arrrr lu tau engulish tak? kalau lu tau engulish ah.. lu tau apa itu profesyenel sekuriti guard? (ejaan mengikut sebutan beliau). 

nak ketawa ke nak marah dengan orang macam ni.. purposely panggil kat depan orang ramai nak jatuhkan air muka kita, konon2 nak beritahu, wa banyak power, semua orang takut.. ayat tu memang andaian, berdasarkan ayat beliau dalam kes2 orang lain...

dia lepaskan geram kat saya pukul 9 pagi, lepas tu MIA (hilang tak dapat dikesan). Tengahari tu ada orang call cari orang pandai sangat ni.. bahasa ala2 cerita yang syamsul yusuf arahkan tu..  pesan suruh dia bayar otang.. dah letak telefon baru terfikir, agaknya ah long kot... (nampak sangat bab ah long ni saya kurang exposure). esoknya call lagi berkali2.. entah berapa orang angkat, semua dapat pesanan yang sama....

Kesimpulan yang saya dapat, jangan aniaya orang. Kalau tuhan nak balas, kejap je....


03 August 2016

apa khabar?

Assalamualaikum
Ohisashiburi desu, maknanya lama tak jumpa
2 tahun saya tak update blog, terima kasih kepada yang sudi membaca, ramai yang komen kat posting tentang toyol, saya baca, cuma tak boleh nak reply. alasannya satu saja..  SAYA LUPA PASSWORD! usia mengejar kita...

Hari ni Allah permudahkan. sebenarnya saya MC sebab demam. dah kebah demam boring pulak sorang2 kat rumah, godeh punya godeh... berjaya...

insyaallah lepas ni, sambung blogging lagi....

22 September 2014

that's life

Coffee is bitter 
add sugar and milk
And your smile 
It's the best coffee in the world
That's life

Time will pass
Wound will heal
Yesterday was history
Tomorrow will be victory

How lucky we are
There are shoulders to cry on
There is god to cry out
Every hurdles makes us wiser
Be strong...

04 September 2014

DISKRIMINASI

dia kata
ijazahku tinggi melangit
ilmuku tebal membukit
tapi disini aku tiada peluang
bangsa tuan menjadi petualang

aku kata
kalau tak pandai menari
jangan disalah lantai tak selari
cuba intai diluar sana
sudah cukup ilmu didada?

lihat dunia
realiti diskriminasi
masa dibawah cipta ilusi
bila diatas siapa emosi?

kronisma, nepotisma
naik tergeliat lidah menyebutnya
bila dia berpeluang menaja
tengok disebelah anak siapa?





jangan percaya kepada
mereka yang melaungkan diskriminasi
bila mereka berkuasa
kesamarataan dan keadilan
dah jadi nasi basi
 

10 December 2013

Hari ni nak cerita tentang iri org tua. Diharap coretan ini menjadi rujukan utk memujuk diri bila tiba masanya.

Dlm melayan kerenah org tua2, saya mendapat satu kesimpulan : ada masa org tua terlalu fokus kepada apa yg mereka tidak ada atau tidak dapat sehingga lupa nikmat tuhan yg mereka nikmati setiap hari.

Antara ayat standard org2 tua:

* anak yg A belikan dapur mahal...
* anak jiran bawa mak nya pergi umrah.
* pak lebai dpt motor sebiji...
Macam2 lagi rungutan dan sungutan sehingga tak perasan anak2 kecil hati...

Ibu2 ayah2 mak2 abah2...
Timah mungkin bagi rm50 je tiap bulan, tp sejak dia mula kerja tak pernah miss bagi maknya. Sedangkan A (bkn nama sebenar) bagi dapur rm1000 sekali lepas tu 5 thn tak bagi apa2 lagi.. selagi dapur tak rosak.

50 dgn 1000 memang beza. Tapi ibarat org putih kata compare apple to apple... 1000 tu 5 tahun sekali! Cuba kira jumlah sumbangan timah kalau jumlahkan utk 5 tahun, rm3000 tu...


06 November 2013

iri seorang nenek....

masing2 sayang anak
ingatlah kalau awak sayang anak
dulu mak bapak sayang awak, begitulah....

mungkin aku salah
tapi nada iri yang bermain difikiranku
mungkin nenek dan atuk juga minta perhatian.

anak menangis minta disuapkan
atuk nenek menangis minta dibelikan
manakan sama... 

atuk nenek
jasamu tetap dikenang
tanpamu siapalah kami

memang benar
ibu boleh menjaga sepuluh anak
belum tentu sepuluh anak boleh menjaga ibu yang satu...

atuk nenek
sebagaimana kamu membesarkan anak2mu
berilah peluang kami membesarkan anak2 kami

Memang perlu membalas jasa
tapi tanggungjawab terhadap anak tak boleh kami lupa
hingga ke akhirat kami menanggungnya...

insyaallah
masa untukmu tetap ada nek
kesian anakmu yang berbelah bagi...


14 October 2013

buat renungan si pelontar kata.

bait2 itu bagai sembilu menusuk kehati
rupa2nya ini lah nilai diri
masa perlu tempat dicari
bila tak perlu disisih ketepi

hati melonjak ingin berkongsi
gundah dihati dengan sang suami
bila memikirkan kesannya nanti..
biarlah.. ku simpan sendiri..

wahai sang pelontar kata
sebelum tidur renung seketika
sakitmu, susahmu suatu ketika
wang ringgit dan kudrat tak pernah berkira

dari bertatih kau dah berlari
selesai sudah tanggungjawab kami
hanya satu harap dimengerti
dah sampai masa kami utamakan keperluan sendiri

adil bukan bermakna sama rata
tidak semudah dibagi tiga atau lima
sila imbas semula
suatu ketika
nak dikongsi atau dibahagi dengan siapa?

fahamilah....