Sedara2ku...

29 October 2008

Kukup tak ada pam minyak????

Salam

Pagi tadi saya dan suami ke Serkat, Pontian menziarahi rakan keluarga yang telah pulang ke rahmatullah. Entah mengapa suami saya begitu relaks tidak mengisi petrol walau pun tahu kami bakal menempuh perjalanan yang agak jauh. Dengan relaks juga, sebelum membelok ke simpang masuk Serkat, kami memutuskan terus ke kukup untuk mengisi petrol kerana paras minyak sudah "E".

Terus punya terus sampai dah nampak laut, tapi pam minyak masih tak nampak. Kami berhenti dan bertanya dengan seorang warga tua cina yang sedang berbual ditepi jalan. " pam minyak mana ada sini, lu pigi pontian lah.. sini tak de" Pekan sebesar ni tak ada pam minyak??? Haiyo.. matilah kita kena tolak kereta.

Apek tu nampak kami dah mula tak relaks (panik le tu), terus teka. " Minyak sula rezeb ah?.. Lu pigi cali kedai motor bili minyak dalam botol lah, 2 botol cukup!" Wah, apek ni betul-betul applikasi "Solution Focus" - no need to dig into the trouble, find Solutions!. Kami pusing balik ke arah belakang, jumpa kedai motor , belum buka!

Untuk menyedapkan hati suami saya kata " untuk 30km boleh lagi', tapi relaks tu tak berpanjangan. Kami nampak papantanda pontian 21km. Terus saya cakap, bang tu kalau terus ke pontian, kita nak kena kira km pergi balik ke serkat, cukup tak? Senyuman suami tak berjaya menenangkan perasaan saya.

Alhamdulillah pagi ini kami ditemukan dengan orang yang mulia hatinya. Nyonya kedai hardware siap mahu tolong telefon taukeh kedai motor. Kemudian, dia suruh pergi tanya kat kedai basikal tak jauh dari kedai dia. Alhamdulillah, apek kedai basikal dengan senyum tolong tuangkan minyak dalam tangki minyak kereta. Semoga Allah membalas budi mereka.

Alhamdulillah kami dah selamat sampai semula ke rumah. Semoga Allah mencucuri rahmat kepada roh Allahyarham En Idris.

2 comments:

  1. Inalillahiwarojiun,,, semoga rohnya di cucuri rahmat

    Lah.. rupanya Kukup tak de stesen miyak abis bot, kapal2 nak pam miyak kat mana? ni 1 rancangan bisness ni Ros kita buka pam miyak nak kat KUKUP ha3.. ni tgh nak cari nak buat bisness apa jadi boleh lari dari MD jepun.. jawapan baru dah dapat....

    ReplyDelete
  2. Ok Fid, kita share... tapi tabung tak cukup-cukup lagi macamana ni....

    ReplyDelete