Sedara2ku...

20 October 2008

Pengenalan Sufyan


Hari ni saya nak cerita pasal Sufyan. Sufyan merupakan anak sulong dari 4 beradik. Sekarang berumur 12 tahun dan bersekolah di Sekolah Kanak-kanak Spastik Johor.

Oleh kerana saya tinggal di Kulai, ramai yang bertanya kenapa saya tidak menghantar Sufyan bersekolah di sekolah biasa saja. Jawapannya mudah, Sufyan telah bersekolah di sekolah tersebut sejak berusia 5 tahun, bermula sebagai outpatient. Macam hospital kan? Dalam tahun pertama dia bersekolah pada hari Jumaat saja.

Dipendekkan cerita, kami tidak sempat masukkan sufyan bersekolah sepenuh masa pada tahun tersebut kerana kad OKUnya mengambil masa hampir setahun!. Syarat disekolah tersebut pula agak ketat, tak ada kad OKU, tak boleh masuk sebagai pelajar. Setelah berulang alik ke pejabat kebajikan masyarakat, kami hanya dapat salinan rekod perubatan yang disahkan oleh pihak jabatan dan nota tulisan tangan bahawa kad OKU sedang dalam proses. Nasib baik pihak sekolah memberi kelonggaran, kalau tidak mungkin sufyan terpaksa menunggu lebih lama. Dengan kecanggihan zaman teknologi sekarang , saya harap kelemahan ini telah diperbaiki.

Cuma saya masih lagi terkilan kerana dalam kad OKU tersebut ditulis kecacatan : AKAL. Cerebral Palsy mungkin cacat di otak, tetapi tidak semestinya cacat akal! Cuba anda pergi kesekolah kanak-kanak spastik, mereka mungkin bermasalah untuk bergerak atau bertutur, tetapi boleh berfikir serta beremosi seperti rakan-rakan sebaya yang sempurna fizikalnya.

Kadang-kadang adik-adik sufyan iri hati dengannya kerana kurikulum di sekolah menyediakan peluang untuk berenang (hydro-theraphy ) dan menunggang kuda (hippo-theraphy) disamping physio-theraphy dan speech theraphy. Disekolah biasa mana ada peluang nak mandi kolam atau menunggang kuda....

cerita selanjutnya kita sambung kemudian.. tunggu....

3 comments:

  1. mak ngah,

    He3.. biasa lah dunia kita ni tak seChanggih dari dunia di negara orangputih.. sepupu aku dulu ada kawan yg mengajar di sek sufyan ni.. tp skr ni dia dah ke Mesir utk mendalami ilmu agama islam kita.. aku berkesempatan berkawan dgn dia, dia kata sebenarnya utk anak2 ni bukannya perlu peralatan yg canggih... buat permulaan ambil botol kosong & cuba suruh sufyan tutup penutup botol tersebut.. ok sambung nanti ya

    ReplyDelete
  2. Mak Ngah,

    Tahniah dgn kemunculan di BLOGSPOT.

    Hem..dunia kita tak seindah dunia di luar, mungkin kesedaran terhadap org2 OKU ni masih cetek.. bayang kan bapa saudara saya yg sebenarnya slow di anggap GILA (50tahun dulu)& perlu di electricl shock utk mengaku bahawa dia tu OKU & akibatnya bapa saudara saya tidak pernah masuk sekolah.. dia telah berusia 55tahun tetapi mempunyai akal & fikiran budak 10tahun, tapi yg kelakarnya dalam 1 hari dia akan tukar bedsheet 3X, seluar lebih dari 10X, Tak boleh nampak daun kuning jatuh dia kan sapu aje..
    Saya ada kenal bekas guru yg pernah berkhidmat di sek Sufyan 15tahun dulu Ms Ruth namanya, skr ni dah berhijrah ke Eygpt & dia sendiri pun mengaku bahawa tahap kesedaran kita masih berada dia paras yg paling rendah...
    Nasib Sufyan agak baik sekarang ni.. yg penting kita kena tawakal & berserah pada ALLAH SWT agar Sufyan dapat yg terbaik hendaknya

    ReplyDelete
  3. Thanks fid. nanti saya cerita pasal usaha menyediakan penggajian untuk OKU. Tunggu....

    ReplyDelete