Sedara2ku...

03 November 2008

Jalan-jalan : MELAKA


Inilah 4 orang anak saya yang terlebih aktif.

Menara Taming sari


Dengan sabar beratur menunggu giliran untuk menaiki menara.





Salam,

Aktiviti kami sekeluarga yang akan dikongsi bersama anda, jalan-jalan tanpa perancangan. Pagi Sabtu lepas x-adik ipar saya call, "boringlah.. jalan jom!" petang tu kami dah sampai Air Keroh, Melaka. Tok Abah yang plan nak cat rumah pun postponed kerja, ikut jugak.

Hotel memang tak book. cari punya cari dapat bilik kat puteri resort. Budak-budak suka sebab swimming pool dia memang best. Malam tu kami makan ikan bakar di Alai. Terima kasih pada Ina & Tolkha sekeluarga yang menunjukkan tempat makan dan seterusnya temankan kami makan. Budak-budak dah penat mandi kolam, segala makanan yang sampai di meja semua licin dalam sekelip mata. Macam ikan piranha! Kami hairan kenapa lah orang tu letak nasi lemak banyak2 atas meja, mana nasi putihnya? Rupa-rupanya memang cara makan ikan bakar disitu dengan nasi lemak.

Nasi lemak tu pulak... panas dan ada kelainan sikit pada baunya.. rasa macam bau kuih koci. Memang sedap, sampai tak perasan dua tapis yang diletak diatas meja dah kosong! Terima kasih Yasin, malam tu Yasin belanja.

Tengahari semalam (Ahad), kami makan Kari Kepala Ikan di Semabok. Jalan ramai-ramai ni memang semangatnya lain sikit. Dengan tak malunya minta buah pelam kat pokok didepan restoran haji isenin (kalau salah tulis nama restoran ni minta maaf). Lepas makan, kami ke Menara Taming Sari. Cuba bayangkan anda naik lif yang transparent boleh tengok pemandangan luar, lepas tu boleh pusing 360 degree. kecut perut tau!. Lepas tu kami cadang nak naik river cruise, tapi tak jumpa jalan ke ferry terminal. Mungkin kerajaan negeri Melaka boleh buat kempen kesedaran pelancongan kepada petugas-petugas di tourism attraction di Melaka. Kami ni setahun sekali ke Melaka, manalah tahu terminal feri untuk river cruise tu kat mana...

Melaka memang tourism oriented. Kerjasama dari semua pihak, sampai gelas plastik mengisi air yang dijual ditepi jalan pun tertera visit Malaysia.Cuma saya tak berkenan langsung bila melihat orang yang menjual air dan buah-buahan potong sambil menghisap rokok. Tak dapat bayangkan habuk rokok mereka terbang dan masuk dalam air yang dijual.

Maghrib kami sampai semula ke Kulai. Penutup jalan-jalan kali ni, Tok Abah belanja makan malam. Kali ni kami jalan sebelum cuti sekolah sebab Din nak kena sunat!

Yang pelik : Kat taman perumahan sebelum sampai ke restoran ikan bakar terpampang papantanda, LEMBU DILARANG MASUK, KAWASAN PERSENDIRIAN. agaknya lembu di Melaka pandai bacalah...







3 comments:

  1. Ah! mak ngah..

    Alai.. kalu Dir saya lah kalau ke KL mesti nak singgah.. yg meyampahnya dari KL tu saya lah kena pandu smapai ke Air Keroh, dah lah dia berpenyakit.. kita ni lah jd tlg igtkan krn Pn Isteri dia suruh ingatkan MAKAN NASI LEMAK jgn byk2 lah PAK DIN.. Dir saya ni kalau pasal makan buruk, semuanya dia nak suruh makan dlm 1masa, mcm nak pecah perut nya

    ReplyDelete
  2. tu lah gunanya anak buah macam fid, bukan jaga pasal kerja je, pasal kesihatan boss pun kena jaga.

    Saya pun pernah juga kena jaga boss macam tu, tapi boss dah salahgunakan. Mentang-mentang wife dia tak cemburu, habis dia gi dating pun cakap keluar kerja dengan saya. Tu zaman recruitment meriahlah.. masa hujung minggu tak lekat kat rumah.

    ReplyDelete
  3. hu3x..
    best nyer..
    jom pegi jln lgi..
    utk tahun dpan larh..
    tahun nie eika peksa..
    next year kite ajak keluarge mk cu n pak uda palk..
    bior pecah panggung..
    bru best rmai2..
    mmg plik pown..
    x penah dijumpe2...

    ReplyDelete