Sedara2ku...

28 December 2008

Sampai tahun depan

Lepas ni saya tak boleh nak update blog ni.. hehehe nak ngabihkan cuti tahun... cadangnya nak gerak ke utara, family mak ana & pakcik cherry pun join sama. Harap2 cuaca menyebelahi kami.

Dah hujung tahun ni cerita pasal bonen-kai lah... terjemahannya gathering for forget the year? gitu lah lebihkurang. perjumpaan tu biasa je makan2 minum2 + karaoke gitu. Kiranya satu kemestian rakan2 sekerja adakan perjumpaan dan makan2 hujung tahun.

Ha.. kalau lepas ni agak2 bakal tak jumpa dengan rakan sekerja atau business associates sampai tahun depan, dah boleh le ucapkan "YOI O TOSHI WO" - saya pun tak belajar perkataan ni lebih mendalam. Tapi pernah diberitahu ayat penuhnya adalah yoi o toshi wo mukaemasu yo ni... yang bermaksud semoga anda menerima kedatangan tahun yang baik. Kiranya doakan kesejahteraan orang yang kita ucapkan untuk tahun mendatanglah... fid hafal tau, tahun depan sure bonus beribu2 lemon.

1 Januari - orang Jepun beraya. Macam kita raya, ada masakan special, ada otoshi dama (duit raya le tu),ada ziarah kubur, malam 31 Disember pergi sembahyang di jinja.. tak reti nak terjemahkan, kalau english, shrine. kalau bahasa melayu, tokong ke, kuil lah kot.

Bila dah masuk je 1 Januari pulak kita ucapkan AKEMASHITE OMEDETO GOZAIMASU... Omedoto Gozaimasu = tahniah. Akemashite diambil dari perkataan akeru = buka. Sebab tu le cuma boleh ucap bila dah buka tahun baru.... terjemahannya SELAMAT TAHUN BARU.

Tahun baru 1999, saya pernah ikut rakan dari Shizuoka balik kampung. Pagi raya tu merasa le pakai kimono, o toshi dama (duit raya) pun merasa jugak. Tapi yang tak syoknya bila mereka bawak pergi ziarah kubur... adoi... mak kawan tu ajar istiadat ziarah kubur, dalam hati YA ALLAH AMPUNKAN DOSA AKU...

Sampai jumpa lagi tahun depan YOI O TOSHI WO.....

p/s :
hari ni RTM 1 entah apa2lah.. dari siang, jadual asyik lari je. Tadi beriya2 tunggu nak tengok sambungan gelora di hati sara, yang keluar agro jurnal. kecewa...

Insyaallah esok petang kami solat maghrib ramai2 kat rumah tokji, baca doa akhir tahun dan terus sambung doa awal tahun. Sedar tak sedar, masuk tahun ni dah 2 tahun berkesempatan buat begini. Alhamdulillah...

5 comments:

  1. wooo....
    sgt hebat....
    smoge ketemu lgi ea....
    epy new year ea...

    to khaled...
    study2....
    jgn nk men jew....
    upsr oo...

    ReplyDelete
  2. Bonus BERIBU lemon apa kebendanya.. INCREMENT pun tak de.. eee apa kata kita belajar perkataan PEDANG SAMURAI POTONG KEPALA,, ha3.. ni lah dia mulut banyak sangat cakap hari tu sendiri jgk yg cadangkan pada MD kalau INCREMENT ciput baik tak payah bagi.. ee MENYESAL

    ReplyDelete
  3. Salam Maal Hijrah Mak Ngah!

    & happy new year 2009 too :)

    ReplyDelete
  4. AKEMASHITE OMEDETO GOZAIMASU..

    hahahaha.... teringat masa keje kat epj dulu... suka buat wish ni pada manager2 jepun tu. then as tanda hormat, dorang akan bangun & balas wish kita tu... suker! suker!...

    suker sebab dorang terpaksa bangun (ye la, dah gitu budaya dorang, namanya pun hormat kan..)

    rasa mcm best je buat tu.. asal new year, gi la mencari mangsa.. biasanya manager2 yg ok la, yg garang giler tu tak hingin wish dorang, tak besh...

    tapi skrg ni tak de dah org2 jepun kat sini nak wish mcm tu :(.. alamak!!!!.. termiss suasana dulukala kat epj lak...

    ReplyDelete
  5. Hmmm.. EPJ dalam kenangan... tempat jatuh lagi dikenang, inikan pulak tempat kerja yang menjadi batu loncatan untuk bertemu pakngah... owh....

    Fid, you are not alone. Ekonomi tengah gawat ni sama2 le kita berkorban perasaan. Baik tak ada increment dari terus hilang mata pencarian.

    ReplyDelete