Sedara2ku...

24 January 2009

Kena ragut

Semalam pergi pasar malam dengan suami, balik tu singgah kat petronas isi minyak motor. Sementara suami isi minyak , saya perhati ada sorang lelaki naik motor datang dekat, dalam hati fikir jugak, seluas-luas kawasan kenapalah orang ni datang dekat..dia pandang saya, saya pandang dia.
Dengan slow motionnya, tangan dia terus ke purse buruk yang saya pegang. kurang ajar!!! Alhamdulillah.. dua kali orang tu cuba rentap purse dari tangan saya, tapi tuhan bagi kekuatan ketangan saya. Saya pandang ke mata dia dan menjerit. Dia panik dan tinggalkan saya. Kejadian berlaku terlalu pantas, suami yang sedang isi minyak ingatkan kawan saya nak main-main, dia memang tak sangka yang saya sedang kena ragut.
Orang tu memang kurang ajar, spoil mood saya. Pergi pasar malam lah rutin dating saya bersama suami, jalan-jalan sambil beli barang dapur. Next time, saya isi duit kat kocek je lah. Jangan kena tanya dengan polis sudah... muka saya pun ada ala-ala Indonesian, jangan pulak dia ingat saya ni pendatang asing tanpa izin.. haru...

17 January 2009

Tengah fikir.. nak boikot ke?

Salam

Sejak-sejak Israel mengganas ni, selalu dapat email ajak memboikot produk yahudi. Macam2 nama produk dan nama company keluar. Pesan saya untuk anda di luar sana, jangan ikut membabi buta, cuba check tempat kerja anda.

untuk saya sendiri, salah satu company yang disenaraikan adalah major shareholder kepada HQ. Off courselah, HQ, major shareholder and tempat kerja saya semua nama lain-lain.

Kalau orang tak beli produk kita, sales tak ada, production tak boleh jalan, habis orang kita yang kerja kat kilang2 disini nak makan apa? Shareholder apa peduli, yang penting profit. Kalau company kat sini tak boleh bagi profit kat dia, dia akan angkat kaki, company mungkin kena tutup.

Fikir-fikirkan lah... memang Israel kurang ajar, tapi tak semua orang yahudi menyokong perang. Dalam keadaan ekonomi yang semakin teruk sekarang ni, tak kena boikot pun company dah nyawa-nyawa ikan, apatah lagi kalau dah kena boikot.

09 January 2009

Tahun Baru 2009

Haleeda bersarapan pada hari pertama sekolah.


Kenyataan yang susah nak diterima, kat rumah dah tak ada baby, Haleeda yang paling kecil pun dah mula sekolah tadika. Sekolahnya tak jauh dari rumah, lebihkurang 100 meter. Fid siap sindir, pagar sekolah tu tak cantum dengan pagar rumah ke? ha ha ha ... Kalau tengok Haleeda dirumah, amboi manja bukan main, masih lagi hisap botol susu. Tapi first day pergi sekolah, tak menangis pun, cool aje, mak dia yang terharu...
Khaleed dan azam pindah sekolah dekat dengan rumah..hmm.. hari pertama kat sekolah baru dah riuh, rupa2nya selain dari kawan baru, ada jugak kawan lama yang dah datang sekolah sini lebih dulu. Dulu walaupun sekolah dekat, pergi balik sekolah naik van. Sekarang ni budak-budak tu dah besar. Saya suruh mereka pergi sekolah naik basikal. Bukan nak mendera. Saya rasa anak-anak saya belum independent berbanding dengan kawan-kawan sebaya yang lain. Masih selesa dalam comfort zone. Biarlah mereka rasa susah sikit, belajar survival skill.


Sufyan saja yang masih di sekolah yang sama. Mana lagi nak pergi..


ha.. tahun 2009 ni saya dengan Fid dah setuju nak share buat blog berkenaan dengan kerja kami di bahagian HR. Jangan ingat HR tu asyik ambil orang buang orang je, banyak benda interesting berlaku dalam kerja kami. Kami ni multi-purpose, boleh jadi cikgu displin, driver or even ghost-buster. Tengah nak fikir nama blog kami. Fid cadang nama klasik, Minah HR. Malu nak letak, Fid memanglah minah, saya dah jadi mak minah! Apa-apa hal pun TUNGGU....

02 January 2009

Jalan-jalan : CAMERON HIGHLAND







Assalamualaikum,
Akemashite Omedeto Gozaimasu. Salam Maal Hijrah, Selamat Tahun Baru 2009 & Happy New Year!!!!

1 Muharam bersamaan dengan 29 Disember 2008, kami memulakan perjalanan ke Cameron Highland. Tak jadi pergi 3 keluarga, pakcik Cherry ada kerja kat Rompin katanya. Jadi kami dengan family Mak Ana je lah. Tokmak pun ikut sama naik kereta kami. Nak pergi jalan punya pasal, tak apa lah.. berhimpit pun tak apa!
Hari Isnin kami sampai pukul 2 petang. Bermalam kat apartment Star Regency Hotel & Apartment, Brincang, Cameron Highland. Kat sana hujan petang lah.. tak boleh nak jalan mana-mana, nikmati suhu sejuk kat apartment je lah...

Yang best :
1) lokasi - pasar malam kat depan hotel, jalan kaki je....
Yang tak best :
1) Adoi.. tuala yang disediakan.. kalau kat rumah dah layak buat kain lap je.
2) Air paip.. KERUH! Masa first time masuk toilet ingatkan penghuni sebelum ni lupa nak flush, pam toilet tu pulak.. alahai... nasib baik ada tong sampah.. aka jadi baldi tak ada tangkai. Jirus lah toilet cara tradisional tapi masih lagi keruh. Adoi.. baru le teringat pernah tengok kat TV3 orang komplen pasal air keruh kat Cameron Highland.
Selasa pagi sempat ke pasar di Kea Farm sebelum ke Sg Palas Tea Plantation. Ni tempat favourite, tiap2 kali pergi ke Cameron Highland, mesti singgah.

Yang best :
1) Pemandangan teres pokok teh yang tak jemu dipandang.

Yang tak best :
1) Banyak pulak orang kesana. Kecut perut sebab jalan nak pergi ke kilang teh yang sungguh adventerous & challenging. Dalam pada tu ada pulak pemandu yang tak cekap dan menyusahkan orang lain. Dah macam tu kami batalkan agenda biasa naik ke puncak Gunung Brincang.
2) Kat cafe pulak.. satu cawan teh RM4, 1 set sandwich RM5 (6keping roti potong separuh, total 3 keping je lah...) Bayangkan family kami ada 6+tokmak = 7 orang, family mak ana 7+maid = 8 orang. Tak sanggup.. kongsi2 je lah...
4) Kat Kedai yang jual teh tu pulak, dalam pada ada staff yang berusaha promote teh, dok explain kat pelancong, tapi kakak yang dok promote ice tea tu dengan muka muncungnya berkata "sorang satu je!" Amboi... saya belum sempat ambik lagi, dia takut teh dia habis ke? punyalah ladang teh luas mata memandang boleh kedekut gitu. Hati dah berkerut, malas nak pandang muka dia. Nasib baiklah budak2 dok sibuk nak beli teh ais tu, kalau tak beli kat supermarket kat kulai pun tak apa.

Untuk hari selasa tu je acara kami. Keluar dari Tea Plantation dah mula hujan sampai ke malam. Memandangkan hari Rabu nak balik, turun jugaklah ke pasar malam, ngidam acar buah strawberry.. sedap!

Pagi Rabu, tinggalkan anak2 di hotel, kami shopping souvenir yang nak dibawa balik.

Yang best:
1) Peniaga di Cameron Highland sungguh creative. Setiap kali ke sana mesti ada barang yang baru. Kali ini, payung Strawberry! Bagus jugak, kalau bawak strawberry balik Johor, dahlah mahal, sampai sini dah lecur, kepanasan.
2) Masa beli madu di pasar Kea Farm, penjual menghulurkan pamphlet tentang Bee Farm tempat lebah di ternak. On the way turun ke Tapah kami singgah di sana. Ngeri sebab walau pun lebah2 tu disediakan rumah, mereka tetap bebas menghisap madu bunga2 di sekeliling kebun tersebut.. Masih terngiang2 bunyi lebah terbang kat sebelah telinga... Yang bestnya lepas jugak hajat budak2 nak gambar kat pokok strawberry.

Yang tak best:
1) kat Tanah Rata ada Kimanis Strawberry Farm (? gitulah kot namanya). Buat penat berhenti je. Pokok strawberrynya ala2 hidup segan mati tak mahu. Yang banyak pokok cactus.
Overall : CAMERON HIGHLAND sentiasa BEST. Peniaga sayuran dan souvenir sentiasa update new product, cuma hotel saja yang nak kena catch-up. Small hick-ups tu biasa le boleh diperbaiki.

p/s : saya masukkan video intro dari sufyan. Ha.. nak challenge, siapa boleh faham apa sufyan cakap. Video dirakamkan dalam perjalanan dari Tapah ke Cameron Highland.