Sedara2ku...

02 January 2009

Jalan-jalan : CAMERON HIGHLAND







Assalamualaikum,
Akemashite Omedeto Gozaimasu. Salam Maal Hijrah, Selamat Tahun Baru 2009 & Happy New Year!!!!

1 Muharam bersamaan dengan 29 Disember 2008, kami memulakan perjalanan ke Cameron Highland. Tak jadi pergi 3 keluarga, pakcik Cherry ada kerja kat Rompin katanya. Jadi kami dengan family Mak Ana je lah. Tokmak pun ikut sama naik kereta kami. Nak pergi jalan punya pasal, tak apa lah.. berhimpit pun tak apa!
Hari Isnin kami sampai pukul 2 petang. Bermalam kat apartment Star Regency Hotel & Apartment, Brincang, Cameron Highland. Kat sana hujan petang lah.. tak boleh nak jalan mana-mana, nikmati suhu sejuk kat apartment je lah...

Yang best :
1) lokasi - pasar malam kat depan hotel, jalan kaki je....
Yang tak best :
1) Adoi.. tuala yang disediakan.. kalau kat rumah dah layak buat kain lap je.
2) Air paip.. KERUH! Masa first time masuk toilet ingatkan penghuni sebelum ni lupa nak flush, pam toilet tu pulak.. alahai... nasib baik ada tong sampah.. aka jadi baldi tak ada tangkai. Jirus lah toilet cara tradisional tapi masih lagi keruh. Adoi.. baru le teringat pernah tengok kat TV3 orang komplen pasal air keruh kat Cameron Highland.
Selasa pagi sempat ke pasar di Kea Farm sebelum ke Sg Palas Tea Plantation. Ni tempat favourite, tiap2 kali pergi ke Cameron Highland, mesti singgah.

Yang best :
1) Pemandangan teres pokok teh yang tak jemu dipandang.

Yang tak best :
1) Banyak pulak orang kesana. Kecut perut sebab jalan nak pergi ke kilang teh yang sungguh adventerous & challenging. Dalam pada tu ada pulak pemandu yang tak cekap dan menyusahkan orang lain. Dah macam tu kami batalkan agenda biasa naik ke puncak Gunung Brincang.
2) Kat cafe pulak.. satu cawan teh RM4, 1 set sandwich RM5 (6keping roti potong separuh, total 3 keping je lah...) Bayangkan family kami ada 6+tokmak = 7 orang, family mak ana 7+maid = 8 orang. Tak sanggup.. kongsi2 je lah...
4) Kat Kedai yang jual teh tu pulak, dalam pada ada staff yang berusaha promote teh, dok explain kat pelancong, tapi kakak yang dok promote ice tea tu dengan muka muncungnya berkata "sorang satu je!" Amboi... saya belum sempat ambik lagi, dia takut teh dia habis ke? punyalah ladang teh luas mata memandang boleh kedekut gitu. Hati dah berkerut, malas nak pandang muka dia. Nasib baiklah budak2 dok sibuk nak beli teh ais tu, kalau tak beli kat supermarket kat kulai pun tak apa.

Untuk hari selasa tu je acara kami. Keluar dari Tea Plantation dah mula hujan sampai ke malam. Memandangkan hari Rabu nak balik, turun jugaklah ke pasar malam, ngidam acar buah strawberry.. sedap!

Pagi Rabu, tinggalkan anak2 di hotel, kami shopping souvenir yang nak dibawa balik.

Yang best:
1) Peniaga di Cameron Highland sungguh creative. Setiap kali ke sana mesti ada barang yang baru. Kali ini, payung Strawberry! Bagus jugak, kalau bawak strawberry balik Johor, dahlah mahal, sampai sini dah lecur, kepanasan.
2) Masa beli madu di pasar Kea Farm, penjual menghulurkan pamphlet tentang Bee Farm tempat lebah di ternak. On the way turun ke Tapah kami singgah di sana. Ngeri sebab walau pun lebah2 tu disediakan rumah, mereka tetap bebas menghisap madu bunga2 di sekeliling kebun tersebut.. Masih terngiang2 bunyi lebah terbang kat sebelah telinga... Yang bestnya lepas jugak hajat budak2 nak gambar kat pokok strawberry.

Yang tak best:
1) kat Tanah Rata ada Kimanis Strawberry Farm (? gitulah kot namanya). Buat penat berhenti je. Pokok strawberrynya ala2 hidup segan mati tak mahu. Yang banyak pokok cactus.
Overall : CAMERON HIGHLAND sentiasa BEST. Peniaga sayuran dan souvenir sentiasa update new product, cuma hotel saja yang nak kena catch-up. Small hick-ups tu biasa le boleh diperbaiki.

p/s : saya masukkan video intro dari sufyan. Ha.. nak challenge, siapa boleh faham apa sufyan cakap. Video dirakamkan dalam perjalanan dari Tapah ke Cameron Highland.


video

5 comments:

  1. hoho....
    memang bezt oo...
    cameron ttap di aty...
    tak kn nyesal g sanew...
    jom g mersing lak....
    bezt2...
    laut2.....
    hah..mahsyuk giler....
    to video abg pyan uh....
    nty kite dgr lagi..
    skrunk nie x pham...
    hoho...
    back to skula k...

    ReplyDelete
  2. Wa! makan angin eh!!alah air kuning tu biasa lah kat Kelantan pun sama eh! kat pasir gudang hotel selesa pun sama jugak..
    Kekanda tak beli bunga ROS ke??
    Paham sufyan ckap "saya sekeluarga nak ke Cameron Highland" yg lain interframe banyak tak dengar sangat....

    ReplyDelete
  3. Wahai adinda..
    Kalau boleh nak borong satu kedai, tapi tiap kali renung barang yang dijual, ada suara dalam kepala dok ingatkan "nak peluk ke barang ni sampai JB ke? ".
    kekanda cuma beli payung strawberry je, itu pun size kanak2. Bukan tak nak offer, takut kecewa sebab kalau hujan masih basah juga.

    ReplyDelete
  4. terima kasih awak.. ni kat ringlet ke? hujung tahun ni cadang nak pergi lagi, boleh le try tempat yang dicadangkan.

    ReplyDelete