Sedara2ku...

24 January 2009

Kena ragut

Semalam pergi pasar malam dengan suami, balik tu singgah kat petronas isi minyak motor. Sementara suami isi minyak , saya perhati ada sorang lelaki naik motor datang dekat, dalam hati fikir jugak, seluas-luas kawasan kenapalah orang ni datang dekat..dia pandang saya, saya pandang dia.
Dengan slow motionnya, tangan dia terus ke purse buruk yang saya pegang. kurang ajar!!! Alhamdulillah.. dua kali orang tu cuba rentap purse dari tangan saya, tapi tuhan bagi kekuatan ketangan saya. Saya pandang ke mata dia dan menjerit. Dia panik dan tinggalkan saya. Kejadian berlaku terlalu pantas, suami yang sedang isi minyak ingatkan kawan saya nak main-main, dia memang tak sangka yang saya sedang kena ragut.
Orang tu memang kurang ajar, spoil mood saya. Pergi pasar malam lah rutin dating saya bersama suami, jalan-jalan sambil beli barang dapur. Next time, saya isi duit kat kocek je lah. Jangan kena tanya dengan polis sudah... muka saya pun ada ala-ala Indonesian, jangan pulak dia ingat saya ni pendatang asing tanpa izin.. haru...

1 comment:

  1. Wa! nasib Ros baik, kat Shell depan rumah saya tu dah berkali budak perempuan kena ragut & salah 1 mangsanya budak office S'pore saya dah abis passport dia & semua Identity dia bulan Dec tahun lepas

    ReplyDelete