Sedara2ku...

17 January 2009

Tengah fikir.. nak boikot ke?

Salam

Sejak-sejak Israel mengganas ni, selalu dapat email ajak memboikot produk yahudi. Macam2 nama produk dan nama company keluar. Pesan saya untuk anda di luar sana, jangan ikut membabi buta, cuba check tempat kerja anda.

untuk saya sendiri, salah satu company yang disenaraikan adalah major shareholder kepada HQ. Off courselah, HQ, major shareholder and tempat kerja saya semua nama lain-lain.

Kalau orang tak beli produk kita, sales tak ada, production tak boleh jalan, habis orang kita yang kerja kat kilang2 disini nak makan apa? Shareholder apa peduli, yang penting profit. Kalau company kat sini tak boleh bagi profit kat dia, dia akan angkat kaki, company mungkin kena tutup.

Fikir-fikirkan lah... memang Israel kurang ajar, tapi tak semua orang yahudi menyokong perang. Dalam keadaan ekonomi yang semakin teruk sekarang ni, tak kena boikot pun company dah nyawa-nyawa ikan, apatah lagi kalau dah kena boikot.

1 comment:

  1. Ni yg kena pilih betul2 apa yg nak di boikot.. salah2 boikot kita yg merana ooo..yg pasti boikot cola tu ok sbb mudarat kan kesihatan kalu minum byak2 'KENCING MANIS" oo

    ReplyDelete