Sedara2ku...

08 February 2009

daulat tuanku.

Karpal Singh nak saman Sultan Perak? memandangkan penyokong PR ramai melayu, dia mungkin dah lupa orang melayu ni 2 perkara tak boleh usik. Pertama - agama Islam, kedua - Kesultanan Melayu.

Kisah orang bukan melayu tak hormat sultan ni bukan baru. saya pernah jumpa seorang amoi yang belajar sampai IPTA tapi tak kenal siapa tu Sultan. Memang lah dia sekolah cina tapi tiap-tiap tahun dia cuti masa hari Keputeraan sultan tu dia tak ambil tau ke siapa sultan.

tapi rakyat malaysia yang begitu tak ramai, semasa penutup Kembara Mahkota 2008 di Hutan Bandar di Bandar Putra Kulai, saya dan keluarga sempat bersama-sama rakyat negeri Johor yang lain menunggu dan melambai YAM Tengku Mahkota Johor ditepi jalan menuju ke hutan bandar. Pemandangan pada hari itu boleh diibaratkan seperti yang buta datang berpimpin, yang tempang jalan bertongkat.

Pemandangan pada penutup kembara mahkota betul-betul mengubah persepsi saya terhadap penghormatan orang bukan melayu terhadap Sultan. Mungkin disekeliling saya ramai kaum kerabat dan sekutu karpal singh. Tapi diluar sana tidak. kerabat dan sekutu karpal singh hanya sebahagian kecil dari rakyat malaysia.

No comments:

Post a Comment