Sedara2ku...

22 March 2009

Nostalgia Kuih ciki

Salam

Malam tadi kami pergi tuang minyak sambil buat aktiviti biasa, makan aiskrim ditepi highway. Kali ni beli aiskrim di Caltex Senai, makan kat depan petronas sebelum toll skudai. Masa nak beli aiskrim tu, pusing punya pusing jumpa makanan yang sungguh "natsukashii... ", yang nostalgia. Kuih ciki, aruah mak saya panggil kuih ceki.

Dulu aruah mak cukup suka kuih ceki ni. Zaman susah nak minta duit jajan memang payah, pandai-pandai le jimat dari belanja sekolah. tapi kalau mak suruh pergi kedai, mesti mak suruh beli kuih ceki ni.. sampul kertas warna pink, dalammya macam sagun yang dah diterap.

Sedap sungguh. mengembalikan nostalgia zaman kanak2

18 March 2009

Salam,

cuti sekolah dah mula.. saya & suami ambil cuti 3 hari, cadang nak jalan-jalan. Tapi rancangan tergendala kerana anak saya, Khaleed kena sekolah.. yelah.. budak darjah 6 nak mengadap periksa besar UPSR. Tapi cuti kami tak sia2, sampai hari ni masih lagi sibuk. Kami tak jadi jalan, orang jauh datang rumah... penat sikit tapi seronok.

05 March 2009

anak mu dah tiada...

anak aku dah tak ada....
ayat pertama darimu menjawab panggilan ku
lidahku kelu... aku menangis bersamamu

sabar ya...
hanya itu yang terkata.
niatku memujuk mu tapi
aku gagal pujuk diri sendiri

kita kata dunia hanya pinjaman
tapi amat sukar untuk mengakui
zuriat kita juga pinjaman tuhan.
kita belai sejak dalam perut ibu
kita rencanakan perjalanan hidupnya

Sabar ya
Kau dah ada anak menunggu disana...
bakal memimpinmu ke pintu syurga

(makngah 5/3/2009, 11.20pm)
takziah untuk Izan.

02 March 2009

TAK TIPU

Lepas sembahyang maghrib tadi saya ajar Haleeda mengaji .. baru kenal huruf alif, ba, ta. Selesai mengajar Haleeda, sufyan tanya "Mak ingat tak, tak tipu? Masa abang belajar mengaji dulu..."
Baru saya teringat! Sufyan ada masalah motor movement, termasuklah movement pada rahangnya. Jadi sebutannya ada masalah. (Nak tau kenalah buka video masa kami jalan ke Cameron Highland.) Dia boleh sebut TA & TI tapi tak boleh sebut TU. TA TI TU akan jadi TA TI PU. Ayah sufyan tukar jadi TAK TIPU. Mungkin gurauan itu menjadi motivasi untuk sufyan... sekarang, sufyan dah boleh sebut TA TI TU.