Sedara2ku...

27 April 2009

kecik dah dunia...

petang tadi cik beng hantar message kat skype, dah beli microphone baru. Lama dah tak dengar suara, asyik message jer.
Tadi bila cik beng call, budak2 sini macam biasa, melepaskan geram, berbual dengan sepupu mereka di Perth. si Muaz dengan aksi spiderman, siap tunjuk beg ben-10. haleeda pun tak mahu kalah, tunjuk juga beg ben-10 dia. Siap salin baju nak tunjukkan t-shirt kungfu panda kat Muaz.
Hmm.. kemajuan teknologi membolehkan segalanya. Masa saya belajar dulu, sebulan sekali,simpan duit biasiswa call kampung. Kalau nak call selalu, kena beli phone card yang mahal sikit, dapat point lebih. lepas tu cakap kejap2 je, jimat kredit. Sekarang ni boleh cakap lama2, siap nampak gambar lagi macam kat TV, free je!
dunia dah kecik. cik beng kat perth pakai heater, kami kat sini pakai kipas angin. tapi boleh cakap macam ada dalam bilik yang sama. dunia dah kecik....

Jalan jalan : KL & Bkt Fraser

Salam.

Hujung minggu yang lepas ni sungguh busy dan pack.

Hari Jumaat petang, pergi sekolah Khaleed ada solat hajat untuk anak anak yang bakal menghadapi UPSR tahun 2009. Malam yang sama, ada "full dress rehearsal" konsert jazz johor di Auditorium RTM, JB. Lepas siap je solat hajat, tak tunggu pun makan, terus pergi ke raptai konsert Jazz. Dapat tengok full dress rehearsal pun jadilah.. nak tengok konsert sebenar siapa le kita ... Tiap tahun mesti ada Julie Sudiro, tabik pada beliau, walau pun berusia tapi persembahannya masih tip top. Selain itu, saya suka dengan persembahan Farhan AF. Memang Jazz, bukan dibuat2. Biarlah Pakngah entertain kawan2 dia , asalkan saya dapat ikut. Duduk sorang2 layan konsert tu pun tak apa. Tiap2 tahun juga baginda Sultan Johor akan hadir ke raptai penuh konsert Jazz ni. nampaknya baginda sungguh minat dengan Jazz.

Malam tu balik kelaparan, singgah kedai mamak di pekan Senai makan mee goreng. Mak oi.. ingatkan nak ringan2, macam untuk 2 orang. makan sampai mengah, sampai rumah dah tengah malam, nak tidur masih kenyang, layan pakngah search internet la pulak.. keesokannya nak pergi KL, pakngah cadang nak jalan2 ke Fraser Hill. tutup PC, 1.30 pagi.
Hari Sabtu pagi..
Cadangnya nak gerak pukul 4 pagi..konon2lah.. pukul 3 pagi alarm kat handphone dah berkali2 bunyi.. tak larat buka mata. Akhirnya pukul 3.30 pagi bangun. kejut anak2, mandi .. pukul 4.30 pagi bergerak dari rumah. Kami berhenti solat subuh di R&R Air Keroh,berhenti sarapan di R&R Nilai. Sungguh kecewa, kenapalah standard makanan di R&R sama je. Tak sedap! dah lah tak ada pilihan balik2 nasi goreng dan mee goreng. Nasi goreng cuma rasa lada je. ( to be exact, cili padi je). Mee Hoon goreng yang saya beli, warnanya memang le pucat, tapi dok tengok wap naik tergoda pulak, sah.. rasa panas saja; Tawar & tak ada rasa apa! dah beli.. makan je lah...
Awalnya Pakngah berniat nak pergi ke Fraser Hill sebelum ke majlis perkahwinan sepupunya di KL, tapi setelah dicongak2 hasrat tersebut terpaksa ditangguhkan, takut tak sempat. Tukar plan, kami singgah di Putrajaya. Dah janji dengan Ucu Piah nak jumpa di tol Sg Besi. alamak , dah berkali2 pusing, tak jumpa pun jalan menuju ke highway PLUS. so, ikut je lah signboard ke KL. Tiba2 kami nampak bangunan yang ada tulisan, KOMPLEKS SUKAN NEGARA.. hahaha dah sampai bukit jalil. terus je lah..
Tuan rumah pulak kasi kad atas nama orang tua je, kad pada tokji lah pulak. Ucu Piah dah kata Menara Yayasan Tun Razak, Jln Bukit Bintang. Tapi Pak Ngah dok ingat dalam peta tu jalan Imbi. Puas le cari jalan Imbi kat mana. sampai kena tahan polis trafik, katanya kami belok lampu merah. Agaknya polis tu pun faham ni orang dari Johor sesat, selamat tak kena saman! Cari punya cari, sambil ucu Piah guide dengan phone call, baru le jumpa bangunan yang dimaksudkan. Rupa2nya kami dah lalu kat situ 4 kali!!!!
Alhamdulillah kami selamat sampai ke Majlis Perkahwinan Lin & Saiful. First time pergi majlis kahwin kat hotel, biasa kat rumah atau kat dewan biasa jer. Pelaminnya fuh.. ala2 roman gitu. Rasa2nya mereka pakai wedding planner. Majlis sungguh tersusun. Biasanya kat majlis kahwin kampung lebih2 pun budak joget zapin je, tapi kat majlis ni siap ada persembahan .. apa nak kata ek?, baby doll? ala persembahan maknyah.. daring gitu you.. baju jangan ceritalah seksinya macamana. Kalau pakai dress yang kaki terbelah tu mesti angkat kain tinggi2... kalau Annual Dinner kilang tu memang dah bangun tepuk tangan. Tapi kat majlis sedara mara ni kena le control cun.. segan pulak !
Bila Pakngah, Pakcik Adi & Pakcik Cherry berjumpa... plan nak pergi Fraser Hill yang telah tertangguh pagi tadi.. eh.. sambung balik. Pakcik Adi dengan skillnya sebagai pemandu teksi lembah kelang jadi tukang tunjuk jalan. Apalagi berangkat le kami semua, 3 kereta. Ucu Piah tengah sarat, tak berani nak meredah bukit, Mak Ana pulak ada kelas.
Last kami pergi Fraser Hill tahun 1995. Dulu tak perasan pulak ada tasik atau kawasan tadahan hujan kat sana. Singgah kejap ambil gambar. Kami sampai ke "the Gap" pukul 6.30 ptg. Jam genap untuk kereta turun, jadi kami tunggu sampai pukul 7mlm. Sambil tunggu Pakngah berbual dengan salah seorang pemandu yang mengesyorkan kami tempat tinggal disana. Tempatnya oklah.. 3 family room, 1 double bed, 1 single bed RM210. Biliknya boleh lah untuk tidur. Kami dah masuk baru pasang mentol. Bingkai cermin kat bilik air dah reput, rupanya dah tak lengkaplah.. paling ngeri flush kat bilik air, alahai.. slownya.. kalau buang air besar ni tak confident je boleh lepas ke tidak. Ada shower air panas untuk mandi, tapi lepas on tak lama padam sendiri. Tak boleh on balik. Biarkan lama sikit baru boleh on. Kesian sufyan.. time dia nak mandi je air dah sejuk... tapi dia teruskan juga niat nak mandi tu...
Malam tu kami pergi makan di gerai belakang masjid. kami 15 orang, bila tanya menu cuma ada nasi goreng dengan mee goreng je.Setengah jam lepas tu nasi goreng kampung siap, tapi untuk 8 orang je, katanya nasi tak cukup! bila tanya , mee ada tak? ada.. oklah. baki nya mee je lah. kami pun tak boleh nak mewah sangat makan.. cash tak banyak. Cari punya cari cuma jumpa satu ATM Maybank je, itu pun cuma bagi harapan palsu. Siap dah tekan jumlah wang.. yang keluar kad je, duit tak keluar pun! Nasib baik Pakcik Cherry ada cash! Berbalik pada rasa makanan, baik sikit je dari R&R. Apakah expectation kami terlalu tinggi?
Keesokan pagi pukul 10.30 kami turun bukit fraser. Pakcik Adi balik ikut jalan Kuala Kubu Baru, jalan yang sama kami datang. Kami dan Pakcik Cherry ikut jalan ke Raub. Jalan turunnya aduhai..semua orang mabuk! Toilet break dan isi minyak di Petronas di Raub. First time sampai Raub. Besar jugak pekan Raub. Kami melalui Bentong pergi ke Karak dan belok ke jalan Karak Kuala Lipis.. Terima kasih kepada Pakcik Cherry dan GPS nya.. banyak jalan baru yang kami lalui. Makan tengahari di Pasir Besar, dah pukul 3.30 pun. Bukan tak mahu makan, tadi perut penuh dek mabuk turun bukit fraser. Lepas tu terus le ke Segamat. Kami singgah melepaskan penat kat rumah Tokji.
Pukul 5.30 ptg bertolak balik ke Kulai. Singgah solat mahgrib di tol Senai utara... sampai rumah.. dah pukul 8 lebih... Sekarang ni pun masih rasa penat. Slide gambar perjalanan saya lampirkan kat sini. Tengok eh....

17 April 2009

Resepi : Puding sagu?


Resepi ni tak tau namanya, kalau ada yang tau beritahu ye. Temporarily tak ada nama.

Bahan-bahannya:
Sagu biji
Gula melaka
susu cair
daun pandan
secubit garam
Air

Cara membuat:
1. Rebus air dalam periuk hingga mendidih. Masukkan daun pandan & secubit garam jika suka. Masukkan biji sagu kedalam periuk dan kacau hingga biji sagu bertukar menjadi warna jernih.

2. tapis dan cuci dengan sedikit air, toskan, masukkan dalam acuan dan sejuk. (biji sagu dicuci dalam air untuk menghilangkan rasa mentah).


3. Rebus air dalam periuk hingga mendidih. Masukkan daun pandan dan gula melaka. Biarkan gula melaka larut. Pastikan jangan terlalu cair. Sejukkan.


4. Masukkan biji sagu yang telah sejuk kedalam mangkuk, tuang air gula melaka dan susu cair mengikut kegemaran anda. Enak dihidangkan sejuk.


Selamat mencuba...


(resepi ini diolah dari resepi asal yang diajar oleh Suzana Abd Wahid aka Mak Ana.)

10 April 2009

Bila dah tak kerja.

Lama dah tak jengah ke sini...
Sekarang ni dah 2 minggu officially saya jadi housewife setelah ambil VSS. Rasa macam kejap aje. Ada jugak hantar resume tapi sendiri pun faham, zaman ekonomi sebegini bukan senang nak cari kerja.

Rutin sekarang ialah setiap pagi setelah anak no 1-3 pergi sekolah, saya start kereta, pergi hutan bandar. Orang lain jogging, saya jalan je keliling tasik. Matlamat utama, nak lepaskan geram. Dulu tiap2 hari lalu di hutan bandar jealous sungguh dengan orang yang parking kereta disana. Dah 2 minggu berjalan, badan rasa ringan. Tapi .. bila dah penat, selera makan bertambahlah...
balik dari hutan bandar, singgah di warung berdekatan dengan rumah. Tiap-tiap hari kena beli donat, kalau tidak haleeda merajuk. Sampai rumah, kejutkan Haleeda dan sarapan sama-sama.
Pukul 11 pagi hantar Haleeda pergi sekolah, lepas tu pergi shopping. (kadang2 beli lauk, kadang2 jalan2 je). Sebelum pukul 1 tengahari balik rumah, Khaleed & Azam balik dari sekolah. Makan then kalau hujan hantar anak2, Khaleed & Azam pergi sekolah agama. Buat masa ni hujan petang, jadi kena le hantar selalu. Lepas tu le baru ngadap laptop, update resume, hantar resume, sambil chat dengan kawan2. kejap je dah petang. Terasa masa cepat berlalu. tup2 dah. 2 minggu.
Saya suka makan dessert, jadi kalau ada masa rajin le jugak buat dessert. Yang senang je lah.. lepas ni letak resepi lah kat blog ni...