Sedara2ku...

10 April 2009

Bila dah tak kerja.

Lama dah tak jengah ke sini...
Sekarang ni dah 2 minggu officially saya jadi housewife setelah ambil VSS. Rasa macam kejap aje. Ada jugak hantar resume tapi sendiri pun faham, zaman ekonomi sebegini bukan senang nak cari kerja.

Rutin sekarang ialah setiap pagi setelah anak no 1-3 pergi sekolah, saya start kereta, pergi hutan bandar. Orang lain jogging, saya jalan je keliling tasik. Matlamat utama, nak lepaskan geram. Dulu tiap2 hari lalu di hutan bandar jealous sungguh dengan orang yang parking kereta disana. Dah 2 minggu berjalan, badan rasa ringan. Tapi .. bila dah penat, selera makan bertambahlah...
balik dari hutan bandar, singgah di warung berdekatan dengan rumah. Tiap-tiap hari kena beli donat, kalau tidak haleeda merajuk. Sampai rumah, kejutkan Haleeda dan sarapan sama-sama.
Pukul 11 pagi hantar Haleeda pergi sekolah, lepas tu pergi shopping. (kadang2 beli lauk, kadang2 jalan2 je). Sebelum pukul 1 tengahari balik rumah, Khaleed & Azam balik dari sekolah. Makan then kalau hujan hantar anak2, Khaleed & Azam pergi sekolah agama. Buat masa ni hujan petang, jadi kena le hantar selalu. Lepas tu le baru ngadap laptop, update resume, hantar resume, sambil chat dengan kawan2. kejap je dah petang. Terasa masa cepat berlalu. tup2 dah. 2 minggu.
Saya suka makan dessert, jadi kalau ada masa rajin le jugak buat dessert. Yang senang je lah.. lepas ni letak resepi lah kat blog ni...

4 comments:

  1. mak ngah,
    naper tak balas email kita?

    ReplyDelete
  2. Hantar email kat mana yang? kalau email company dah tutup akaun. gunalah kita punya yahoo account.

    ReplyDelete
  3. alaa..cian nyewr mak long...
    sabo sjewp laa...

    ReplyDelete
  4. ika,
    nanti maklong masukkan resepi tak tau nama tu eh? yang pakai sagu biji. Ok tak?

    ReplyDelete