Sedara2ku...

27 April 2009

Jalan jalan : KL & Bkt Fraser

Salam.

Hujung minggu yang lepas ni sungguh busy dan pack.

Hari Jumaat petang, pergi sekolah Khaleed ada solat hajat untuk anak anak yang bakal menghadapi UPSR tahun 2009. Malam yang sama, ada "full dress rehearsal" konsert jazz johor di Auditorium RTM, JB. Lepas siap je solat hajat, tak tunggu pun makan, terus pergi ke raptai konsert Jazz. Dapat tengok full dress rehearsal pun jadilah.. nak tengok konsert sebenar siapa le kita ... Tiap tahun mesti ada Julie Sudiro, tabik pada beliau, walau pun berusia tapi persembahannya masih tip top. Selain itu, saya suka dengan persembahan Farhan AF. Memang Jazz, bukan dibuat2. Biarlah Pakngah entertain kawan2 dia , asalkan saya dapat ikut. Duduk sorang2 layan konsert tu pun tak apa. Tiap2 tahun juga baginda Sultan Johor akan hadir ke raptai penuh konsert Jazz ni. nampaknya baginda sungguh minat dengan Jazz.

Malam tu balik kelaparan, singgah kedai mamak di pekan Senai makan mee goreng. Mak oi.. ingatkan nak ringan2, macam untuk 2 orang. makan sampai mengah, sampai rumah dah tengah malam, nak tidur masih kenyang, layan pakngah search internet la pulak.. keesokannya nak pergi KL, pakngah cadang nak jalan2 ke Fraser Hill. tutup PC, 1.30 pagi.
Hari Sabtu pagi..
Cadangnya nak gerak pukul 4 pagi..konon2lah.. pukul 3 pagi alarm kat handphone dah berkali2 bunyi.. tak larat buka mata. Akhirnya pukul 3.30 pagi bangun. kejut anak2, mandi .. pukul 4.30 pagi bergerak dari rumah. Kami berhenti solat subuh di R&R Air Keroh,berhenti sarapan di R&R Nilai. Sungguh kecewa, kenapalah standard makanan di R&R sama je. Tak sedap! dah lah tak ada pilihan balik2 nasi goreng dan mee goreng. Nasi goreng cuma rasa lada je. ( to be exact, cili padi je). Mee Hoon goreng yang saya beli, warnanya memang le pucat, tapi dok tengok wap naik tergoda pulak, sah.. rasa panas saja; Tawar & tak ada rasa apa! dah beli.. makan je lah...
Awalnya Pakngah berniat nak pergi ke Fraser Hill sebelum ke majlis perkahwinan sepupunya di KL, tapi setelah dicongak2 hasrat tersebut terpaksa ditangguhkan, takut tak sempat. Tukar plan, kami singgah di Putrajaya. Dah janji dengan Ucu Piah nak jumpa di tol Sg Besi. alamak , dah berkali2 pusing, tak jumpa pun jalan menuju ke highway PLUS. so, ikut je lah signboard ke KL. Tiba2 kami nampak bangunan yang ada tulisan, KOMPLEKS SUKAN NEGARA.. hahaha dah sampai bukit jalil. terus je lah..
Tuan rumah pulak kasi kad atas nama orang tua je, kad pada tokji lah pulak. Ucu Piah dah kata Menara Yayasan Tun Razak, Jln Bukit Bintang. Tapi Pak Ngah dok ingat dalam peta tu jalan Imbi. Puas le cari jalan Imbi kat mana. sampai kena tahan polis trafik, katanya kami belok lampu merah. Agaknya polis tu pun faham ni orang dari Johor sesat, selamat tak kena saman! Cari punya cari, sambil ucu Piah guide dengan phone call, baru le jumpa bangunan yang dimaksudkan. Rupa2nya kami dah lalu kat situ 4 kali!!!!
Alhamdulillah kami selamat sampai ke Majlis Perkahwinan Lin & Saiful. First time pergi majlis kahwin kat hotel, biasa kat rumah atau kat dewan biasa jer. Pelaminnya fuh.. ala2 roman gitu. Rasa2nya mereka pakai wedding planner. Majlis sungguh tersusun. Biasanya kat majlis kahwin kampung lebih2 pun budak joget zapin je, tapi kat majlis ni siap ada persembahan .. apa nak kata ek?, baby doll? ala persembahan maknyah.. daring gitu you.. baju jangan ceritalah seksinya macamana. Kalau pakai dress yang kaki terbelah tu mesti angkat kain tinggi2... kalau Annual Dinner kilang tu memang dah bangun tepuk tangan. Tapi kat majlis sedara mara ni kena le control cun.. segan pulak !
Bila Pakngah, Pakcik Adi & Pakcik Cherry berjumpa... plan nak pergi Fraser Hill yang telah tertangguh pagi tadi.. eh.. sambung balik. Pakcik Adi dengan skillnya sebagai pemandu teksi lembah kelang jadi tukang tunjuk jalan. Apalagi berangkat le kami semua, 3 kereta. Ucu Piah tengah sarat, tak berani nak meredah bukit, Mak Ana pulak ada kelas.
Last kami pergi Fraser Hill tahun 1995. Dulu tak perasan pulak ada tasik atau kawasan tadahan hujan kat sana. Singgah kejap ambil gambar. Kami sampai ke "the Gap" pukul 6.30 ptg. Jam genap untuk kereta turun, jadi kami tunggu sampai pukul 7mlm. Sambil tunggu Pakngah berbual dengan salah seorang pemandu yang mengesyorkan kami tempat tinggal disana. Tempatnya oklah.. 3 family room, 1 double bed, 1 single bed RM210. Biliknya boleh lah untuk tidur. Kami dah masuk baru pasang mentol. Bingkai cermin kat bilik air dah reput, rupanya dah tak lengkaplah.. paling ngeri flush kat bilik air, alahai.. slownya.. kalau buang air besar ni tak confident je boleh lepas ke tidak. Ada shower air panas untuk mandi, tapi lepas on tak lama padam sendiri. Tak boleh on balik. Biarkan lama sikit baru boleh on. Kesian sufyan.. time dia nak mandi je air dah sejuk... tapi dia teruskan juga niat nak mandi tu...
Malam tu kami pergi makan di gerai belakang masjid. kami 15 orang, bila tanya menu cuma ada nasi goreng dengan mee goreng je.Setengah jam lepas tu nasi goreng kampung siap, tapi untuk 8 orang je, katanya nasi tak cukup! bila tanya , mee ada tak? ada.. oklah. baki nya mee je lah. kami pun tak boleh nak mewah sangat makan.. cash tak banyak. Cari punya cari cuma jumpa satu ATM Maybank je, itu pun cuma bagi harapan palsu. Siap dah tekan jumlah wang.. yang keluar kad je, duit tak keluar pun! Nasib baik Pakcik Cherry ada cash! Berbalik pada rasa makanan, baik sikit je dari R&R. Apakah expectation kami terlalu tinggi?
Keesokan pagi pukul 10.30 kami turun bukit fraser. Pakcik Adi balik ikut jalan Kuala Kubu Baru, jalan yang sama kami datang. Kami dan Pakcik Cherry ikut jalan ke Raub. Jalan turunnya aduhai..semua orang mabuk! Toilet break dan isi minyak di Petronas di Raub. First time sampai Raub. Besar jugak pekan Raub. Kami melalui Bentong pergi ke Karak dan belok ke jalan Karak Kuala Lipis.. Terima kasih kepada Pakcik Cherry dan GPS nya.. banyak jalan baru yang kami lalui. Makan tengahari di Pasir Besar, dah pukul 3.30 pun. Bukan tak mahu makan, tadi perut penuh dek mabuk turun bukit fraser. Lepas tu terus le ke Segamat. Kami singgah melepaskan penat kat rumah Tokji.
Pukul 5.30 ptg bertolak balik ke Kulai. Singgah solat mahgrib di tol Senai utara... sampai rumah.. dah pukul 8 lebih... Sekarang ni pun masih rasa penat. Slide gambar perjalanan saya lampirkan kat sini. Tengok eh....
video

2 comments:

  1. percaya atau tidak.. seumur hidup ini, genting highlands/cameron higland/fraser hill tidak pernah lagi ku jejaki... huihh.. sadis sungguh...

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah akak dapat suami yang kaki jalan!

    surya kena buat iklan cari jodoh ni, salah satu kriteria adalah suka melancong hehehe...

    ReplyDelete