Sedara2ku...

27 April 2009

kecik dah dunia...

petang tadi cik beng hantar message kat skype, dah beli microphone baru. Lama dah tak dengar suara, asyik message jer.
Tadi bila cik beng call, budak2 sini macam biasa, melepaskan geram, berbual dengan sepupu mereka di Perth. si Muaz dengan aksi spiderman, siap tunjuk beg ben-10. haleeda pun tak mahu kalah, tunjuk juga beg ben-10 dia. Siap salin baju nak tunjukkan t-shirt kungfu panda kat Muaz.
Hmm.. kemajuan teknologi membolehkan segalanya. Masa saya belajar dulu, sebulan sekali,simpan duit biasiswa call kampung. Kalau nak call selalu, kena beli phone card yang mahal sikit, dapat point lebih. lepas tu cakap kejap2 je, jimat kredit. Sekarang ni boleh cakap lama2, siap nampak gambar lagi macam kat TV, free je!
dunia dah kecik. cik beng kat perth pakai heater, kami kat sini pakai kipas angin. tapi boleh cakap macam ada dalam bilik yang sama. dunia dah kecik....

3 comments:

  1. Hem! mmg lah skr ni dunia dah serba CHANGGIH agaknya nanti bila kita mati pun changgih jgk ha3.
    Tp perasan tak, KECHANGGIHAN itu telah membuat kita menjadi PEMALAS! contohnya dulu tak de remote kita kena banggung utk tukar channel TV skr ni sampai nak tutup TV pun kita pakai timer..ha3

    ReplyDelete
  2. yang tu tak dapat dinafikan.

    ReplyDelete
  3. yelah zaman dulu dah ada telefon pun canggih,ingat waktu rumah medoi mula mula masuk telefon 1984 waktu bedering jer berebut nak angkat telefon, pastu henfon sekarang ni bebudak pun dah ada henfon..

    ReplyDelete