Sedara2ku...

27 May 2009

belajar berniaga 2

kami baru balik dari meeting or rather product briefing. Kali ini ada orang buat briefing tentang penapis air. Baru la tahu jenis2 penapis air, kelebihan dan kekurangan setiap jenis penapis air tersebut. Quite impressive! Siap ada ujikaji tentang tahap klorin dalam air menggunakan klorin detector untuk akuarium. Air jernih tukar jadi kuning!

Yang dah tak terperanjat tapi masih terkejut jugak, bila air yang confirmed ada clorin dan dah tukar warna kuning hasil tindakbalas dengan ubat klorin tersebut, boleh tukar jadi putih semula! Bahan ujikaji, sayur kobis, epal & beras. mana pergi klorinnya?.. hmm.. dah diserap dek sayur dan beras ! logiknya beras, epal & sayur tu akhirnya masuk ke perut kita!

22 May 2009

Tom Cat

Akhirnya si Tom Cat muncul kat pintu dapur.. gambar untuk tatapan anda....

Kalau anda sakit belakang.

Dah tua2 ni selalu je sakit belakang.. opps... barechatta.. pecah rahsia.
ada seorang yang saya temui baru-baru ni berkata bahawa sakit belakang disebabkan oleh tabiat kita sendiri yang suka membongkokkan badan, jalan senget2 bla.. bla .. bla..kiranya posture tak baguslah.. disebabkan oleh habit kita tu, saraf kita terpaksa menanggung beban yang lebih, dan badan kita akan sakit. Sebagai remedy... buat jalan undur... lebihkurang 50 meter setiap hari. insyaallah.. sakit belakang akan sembuh.
saya dan suami dah try.. alhamdulillah berkesan. Malam pertama lepas kami cuba.. (nak jalan undur siang2 malulah orang nampak...), kami tidur nyenyak sangat, sedar2 dah azan subuh.
cuba lah...

Kucing mendatang...

dah berapa hari ni rumah saya didatangi seekor kucing, tak mahu balik! tak tau lah mana rumah kucing ni.. dibuang ke? atau sesat?.
Haleeda memang suka main dengan kucing, tapi seboleh2nya saya tak mahu beri kucing masuk rumah. Bukan benci, hujung minggu saya selalu balik kampung, tak mahu peristiwa lama berulang kembali, kucing terperangkap dalam rumah. Akibatnya ? Terpaksa buang tilam sebab kucing kencing dan berak kat atas katil.
tapi sebagai tuan rumah.. kalau ada tetamu tak kan nak biarkan lapar ye tak? jadi bagi le jugak kucing tu makan.. ala.. dia nak datang rumah saya ikut cara kucing kampung lah, makan nasi dengan ikan.
Tengok kucing nya macam cantik je, tapi tak mahu confident sangat, takut berpenyakit dan berkutu. Oleh kerana Haleeda suka mengulit kucing, pagi tadi kami mandikan kucing tu. Kesian dia gigil. tapi dia tak lari, mungkin kucing sekolah agaknya. syampu kat bilik air dapur dah habis, as an alternative, syampu kan dia dengan multi purpose cleaner. dah tu yang paling senang capai. oklah tu wangi... lagi pun upline saya kata dia pernah try kat orang yang ada kutu, kutu mati.... nasiblah kau kucing... jadi bahan experimen.
BTW, saya bukan expert kucing jadi tak tau nak tengok jantinanya. Kata jiran, tu jantan. jadi si Haleeda panggil dia Tom. Sempena Tom Cat dalam Tom & Jerry.
nanti saya masukkan gambar si Tom .. ..time orang nak ambil gambar hilang le pulak dia ni...

21 May 2009

Kuatnya kesan multi purpose cleaner...

Hari ni ada kelainan suasana di dapur saya.. puas saya fikir, rupa2nya hari ni kami makan tengahari dengan aman sentosa. Tak ada lalat! ??? Mana pergi lalat ni? selalunya berperang dengan lalat, sampai pasang gam lalat lah....

Saya tanya si Ayu, pembantu rumah Indonesia saya. "Perasan tak? hari ni rumah kita tak ada lalat". Ayu beritahu pagi tadi dia dah guna multi purpose cleaner yang sampai semalam... Petang semalam upline saya Ida & suami datang menerangkan penggunaan produk. Si Ayu yang tekun sangat dengar sebab dia yang nak guna. Bila Ida tunjukkan sukatan untuk dicairkan dalam baldi saya agak bias. Sikitnya... ada kesan ke nanti? tapi hari ni dah terbukti.. kat atas kabinet pun lalat tak singgah, kat lantai pun clear!

Belajar berniaga

Dah hampir 2 bulan duduk rumah.. belum sempat bosan lagi.. walaupun mulut kata nak kerja semula, tapi jauh disudut hati macam ada suara kata nanti le dulu..

Bulan Mei ni saya dipelawa oleh rakan untuk menyertai beliau dalam perniagaannya... senang cerita orang luar kata direct selling. Apa nama syarikatnya? belum masanya untuk beritahu. Ini bukan syarikat pertama yang saya join, ada lah beberapa syarikat, pernah pergi meeting sekali sahaja untuk setiap syarikat, lepas tu .. terus sejuk... tak mustahil perniagaan kali ni pun jadi gitu jugak! Bab berniaga saya ni memang le hangat2 tahi ayam.

Tapi kali ni mungkin baik sikit dari dulu2 kot.. pertama sebab saya dah tak kerja, bebas untuk bergerak bila2 masa. Kedua, kali ni pakngah rajin pulak nak join pergi meeting. Sesuatu yang diluar jangkaan saya. Ketiga, saya boleh beli online! tak payah le bersesak kat service center. walau pun saya ni bukan le IT savvy sangat, tapi sangat malas nak bersesak2.

Saya dah buat belian pertama, produk kesihatan/vitamins untuk kegunaan keluarga. wah efisyen betul syarikat ni.. petang selasa saya buat online order dan bayar guna maybank2u, hari rabu barangan dah sampai.

17 May 2009

Kalau dah suka

Sekarang ni kat kotak rokok ada gambar pesakit kanser yang lehernya dah bertebuk, ngeri. Tapi komen pakngah membuatkan kami semua ketawa.

Pakngah kata :
"alah.. kalau dah tak nak, kat kotak tu gambar orang bina badan tunjuk otot pun tak laku jugak...
tapi.... kalau dah nak, macam rokok tu...letak le gambar kanser, tengkorak, hatta gambar hantu sekalipun... beli jugak....

11 May 2009

JOM KAYUH 2009 JB - MELAKA






















Salam


9-5-2009, Hari Sabtu, suami saya (pakngah) menyertai program anjuran bersama Jab. Belia & Sukan Negeri Johor dan Gerakan Belia 4B caw. BBU serta Kelab Radio Pelangi. Saya menyertai konvoi kereta mengiringi para peserta. Sungguh hectic, penat tapi menyeronokkan.

Sebenarnya yang beriya-iya mengajak pakngah menyertai program ini adalah adiknya Pakcik
Cherry. Pakngah memang minat basikal tapi hobi je bukan sampai berlumba. Pakcik Cherry pula adalah seorang ahli kelab radio amatur yang aktif di Segamat.
Cerita bermula petang Jumaat 8-5-2009, pakcik cherry dan rakan sampai ke JB, singgah di rumah saya di Kulai menghantar anaknya Fitri. Sanggup ambil fitri dari Kem PKLN Kluang lebih awal sebab bersemangat nak menyertai acara ini. Pakcik Cherry terus ke JB, sibuk sebagai salah seorang urusetia acara. Pukul 10 hantar isterinya Mak An dan anak-anak Fazli dan boboy sebelum keluar semula untuk menyelesaikan persiapan akhir sebelum acara. Pakcik Cherry sampai semula ke rumah pada pukul 1:40 pagi. Sementara itu kami dirumah pun excited nak bergerak esok pagi. Pukul 2 pagi baru masuk tidur!

Pukul 5 pagi, mata tak boleh buka! tangguh sampai pukul 5.20 pagi baru bangun dan kejut semua orang. kecoh! yang liat bangun lain, berlama dalam bilik air lain, akhirnya kami bertolak dari rumah pukul 7 pagi. Pakcik Cherry dan keluarga dah bertolak lebih awal dengan pajeronya sebab dia urusetia. Main percaya je, basikal dia kat dah ikat kat kereta kami!

Sampai di danga bay dah 7.30pagi - hari Sabtu, jalan lengang. Nasib baik YAM Raja Muda belum sampai, ikut jadual waktu ni bertolak. Kami disambut oleh pakcik cherry, sticker nombor untuk kereta dah habis. Urusetia sungguh baik membantu kami, tak cukup pintu kereta, depan dengan belakang pun tampal sticker jugak, supaya mereka kenal kereta kami kalau ada masalah dijalan. TERIMA KASIH pada urusetia! Mak An dah reservekan nasi lemak untuk kami, terima kasih Mak An.
Pelepasan oleh YAM Raja Muda, destinasi pertama UTM. Keluar dari Danga Bay tu ada kekeliruan sikit, saya antara dihadapan, ikut marshall keluar ke jalan tun razak, tapi ada juga kereta yang keliru ikut peserta basikal melalui jalan susur. kami sampai UTM, tunggu peserta di depan rumah Alumni. Sementara menunggu saya uruskan anak-anak ke toilet! Ramai juga orang di UTM, mula-mula Fazli sampai, diikuti oleh Pakcik Cherry. Mak An berteriak dari dalam pajero "Makngah! Pakngah ada kat belakang sekali!". Tak lama lepas tu Fitri, dan ramai lagi peserta lain. Setiap orang yang melalui depan kami, ada suara nakal di belakang saya.. "ha ni Pakngah? eh bukan.. ha tu ha pakngah.. bukan lagi.. " pelajar-pelajar perempuan disana mengusik nakal. Akhirnya bila pakngah sampai dan berhenti didepan kami, ada yang bersuara.. "ha.. ni lah baru Pakngah.. eh pakngah pakai baju merah.. kau pergi gambar dengan pakngah". Tapi usikan tu cuma kat belakang je, tak ada pun yang berani ...
Dari UTM kami ke Muzium Nenas, peserta menaiki bas, ada jugak yang naik kereta. First time in my life, ikut konvoi macam ni .. wah rasa macam VIP. Segala lampu merah semua langgar.. sepanjang jalan kereta lain kena ketepi.. tersipu sendiri. Sampai ke Muzium Nenas.. sunyi... nampak macam tak ada orang. Kami pun cuma turunkan orang dan basikal je, lepas tu terus konvoi ke Taman Rekreasi Sungai Rambah, Pontian. Ingatkan tepi sungai.. rupa-rupanya tepi laut. MC siap beritahu, pulau ada nampak diseberang laut tu adalah pulau pisang. Masa sampai hairan juga nampak ada khemah rebah, rupa2nya khemah yang disediakan untuk acara ini patah dek angin yang kuat. tak apa, yang penting makan. Nasi ayam yang disediakan sedap. Ramai yang tak tahu kewujudan tempat cantik ni.. sungguh baik untuk pelancongan cuma perlu diperbaiki bab toilet. Di tandas wanita ada 3 pintu tandas, 1 berkunci, 1 tak boleh flush, yang boleh pakai 1 saja. dah le tu, pintunya pulak ketat mak datok, siap kena tolong tendang dari luar. Nak han!tar sufyan ke tandas OKU, sampai depan pintu tandas tak jadi, suruh Khaleed dan Azam hantar sufyan ke tandas lelaki. Kotor sangat. Satu lagi.. dari tempat parking nak ke tandas melalui satu tempat yang bertangga, ram sebelah je, yang menuju ke tandas, jadi kena lah angkat kereta sorong sufyan.
Dari Pontian menuju ke Hentian Mahkota, Parit Simin, Batu Pahat. Ikut perancangan 95 km. Dah lama tak drive sejauh tu, pakngah drive hehehe. Sampai ke Parit Simin, disambut dengan kompang. Wah grand gitu.. tempatnya pun ok sangat-sangat. Kami solat zohor dulu, bergilir-gilir sebab si Haleeda main di tempat permainan kanak-kanak. Tengok lauk yang disediakan menggoda, tapi apakan daya di pontian dah makan nasi ayam, kenyang lagi. Si Khaleed pulak asyik merengek nak kayuh basikal - jauh tu, kalau ikut pelan, dalam 16km. Tapi pakngah kata tak pe bagi je. Pakngah drive ke Kolam Air Panas Sg Grisek, Muar. Dalam perjalanan dia pulak sibuk kata jauh ni.. si Khaleed tu tahan ke?

Sampai di Kolam Air Panas, hati saya menggelitik nak cecahkan kaki di kolam, tapi ingatkan Khaleed yang belum sampai... saya tunggu di depan gerbang berdebar-debar, bila peserta lain dah sampai Khaleed dan Fazli belum lagi.. lagi lah risau, pengsan ke anak aku ni.. akhirnya nampak dua orang budak pakai T-Shirt merah berkayuh.. nampak relaks je si Fazli dengan Khaleed. Alhamdulillah...

Dari kolam Air panas kami menuju ke Dataran Kesang. Lalu di Sg Sudah, mata saya perhatikan rumah ditepi jalan, nampak! Tok Busu sedang duduk santai di anjung rumah! beriya saya lambat, rasanya dia tak kenal pun siapa yang lambai tapi saya puas hati tok busu balas balik lambaian saya... nostalgia tempat arwah mak dibesarkan....

Ikut jadual ada kayuhan hingga ke Balai Polis Sg Rambai, Melaka. Mungkin kerana kami kesuntukan masa, cuma beberapa pelumba saja yang mengayuh basikal menyeberangi Sg Kesang. Mungkin untuk formaliti saja sebab ada upacara penyerahan bendera oleh Adun-Adun kawasan terbabit. Kami menuju ke Air Keroh.
Sampai di Air Keroh, kami berhenti tak jauh dari Zoo melaka dan turunkan basikal. Acara kayuhan bermula dari situ sementara kami menuju ke tempat penamat, litar go-kart. Fazli datang ambil basikal tapi khaleed dan Fitri tak muncul. Pakngah meneruskan acara kayuhan sehingga ke penamat. Mak An pun join jugak kerana ada basikal 2 tempat duduk spare. Setelah semua peserta masuk ke litar go-kart, khaleed dan fitri muncul di tempat kami parking kereta dengan mata merah.. jawapan pada kehilangan mereka.. tertidur dalam bas, fazli tak kejut!

Selesai acara kami bergerak Bandar Hilir, cari tempat penginapan. Marshall memang ada, tapi dek kerana tersangkut dalam kesesakan, kami tertinggal. Nasib baik pakngah dah biasa di Melaka. Kami sampai ke tempat penginapan di Casa Lago Apartment. Ikut jadual malam tu ada majlis ramah mesra dengan ketua menteri melaka. sepatutnya hari ahad pagi ada jogging dengan ketua menteri juga. tapi kedua2nya tak ada.. dibatalkan agaknya...
Secara keseluruhan.. memang best. Dek kerana kesuntukan masa kami tak sempat nak menikmati keindahan tempat -tempat yang disinggahi , tapi insyaallah kami akan pergi lain kali .. sendiri...










07 May 2009

bila selsema melanda

Ha ... tak syoknya
Hidungku tersumbat
kepalaku bengal
badanku sakit-sakit

Hikmahnya
menyedarkan aku bahawa
aku sudah dimamah usia
belum begitu tua, tapi dah lanjut usia

dulu-dulu disapa hai...
tak lama dulu, disapa kakak
sekarang.. makcik...
sekejap lagi...NENEK
aduh.. cepatnya masa berlalu

Dah tua nanti...
sekarang pun dah tua.....
aku mahu jadi nenek vogue
aku mahu jadi nenek cyber
aku mahu jadi nenek versatile

tapi.. angan-angan perlu diusahakan
demi menjadikannya kenyataan
mampukah aku.. kuatkah semangatku

yang penting... aku perlu sembuh dulu!
aku mesti kalahkan virus selsema ini
sebelum virus dari mexico kesini...
apa ke nama tu
swine flu , selsema babi, influenza A, H1N1
Katalah apa saja
puncanya tetap dari situ,
apa ke nama
swine? pig? sedara le tu.....