Sedara2ku...

11 May 2009

JOM KAYUH 2009 JB - MELAKA






















Salam


9-5-2009, Hari Sabtu, suami saya (pakngah) menyertai program anjuran bersama Jab. Belia & Sukan Negeri Johor dan Gerakan Belia 4B caw. BBU serta Kelab Radio Pelangi. Saya menyertai konvoi kereta mengiringi para peserta. Sungguh hectic, penat tapi menyeronokkan.

Sebenarnya yang beriya-iya mengajak pakngah menyertai program ini adalah adiknya Pakcik
Cherry. Pakngah memang minat basikal tapi hobi je bukan sampai berlumba. Pakcik Cherry pula adalah seorang ahli kelab radio amatur yang aktif di Segamat.
Cerita bermula petang Jumaat 8-5-2009, pakcik cherry dan rakan sampai ke JB, singgah di rumah saya di Kulai menghantar anaknya Fitri. Sanggup ambil fitri dari Kem PKLN Kluang lebih awal sebab bersemangat nak menyertai acara ini. Pakcik Cherry terus ke JB, sibuk sebagai salah seorang urusetia acara. Pukul 10 hantar isterinya Mak An dan anak-anak Fazli dan boboy sebelum keluar semula untuk menyelesaikan persiapan akhir sebelum acara. Pakcik Cherry sampai semula ke rumah pada pukul 1:40 pagi. Sementara itu kami dirumah pun excited nak bergerak esok pagi. Pukul 2 pagi baru masuk tidur!

Pukul 5 pagi, mata tak boleh buka! tangguh sampai pukul 5.20 pagi baru bangun dan kejut semua orang. kecoh! yang liat bangun lain, berlama dalam bilik air lain, akhirnya kami bertolak dari rumah pukul 7 pagi. Pakcik Cherry dan keluarga dah bertolak lebih awal dengan pajeronya sebab dia urusetia. Main percaya je, basikal dia kat dah ikat kat kereta kami!

Sampai di danga bay dah 7.30pagi - hari Sabtu, jalan lengang. Nasib baik YAM Raja Muda belum sampai, ikut jadual waktu ni bertolak. Kami disambut oleh pakcik cherry, sticker nombor untuk kereta dah habis. Urusetia sungguh baik membantu kami, tak cukup pintu kereta, depan dengan belakang pun tampal sticker jugak, supaya mereka kenal kereta kami kalau ada masalah dijalan. TERIMA KASIH pada urusetia! Mak An dah reservekan nasi lemak untuk kami, terima kasih Mak An.
Pelepasan oleh YAM Raja Muda, destinasi pertama UTM. Keluar dari Danga Bay tu ada kekeliruan sikit, saya antara dihadapan, ikut marshall keluar ke jalan tun razak, tapi ada juga kereta yang keliru ikut peserta basikal melalui jalan susur. kami sampai UTM, tunggu peserta di depan rumah Alumni. Sementara menunggu saya uruskan anak-anak ke toilet! Ramai juga orang di UTM, mula-mula Fazli sampai, diikuti oleh Pakcik Cherry. Mak An berteriak dari dalam pajero "Makngah! Pakngah ada kat belakang sekali!". Tak lama lepas tu Fitri, dan ramai lagi peserta lain. Setiap orang yang melalui depan kami, ada suara nakal di belakang saya.. "ha ni Pakngah? eh bukan.. ha tu ha pakngah.. bukan lagi.. " pelajar-pelajar perempuan disana mengusik nakal. Akhirnya bila pakngah sampai dan berhenti didepan kami, ada yang bersuara.. "ha.. ni lah baru Pakngah.. eh pakngah pakai baju merah.. kau pergi gambar dengan pakngah". Tapi usikan tu cuma kat belakang je, tak ada pun yang berani ...
Dari UTM kami ke Muzium Nenas, peserta menaiki bas, ada jugak yang naik kereta. First time in my life, ikut konvoi macam ni .. wah rasa macam VIP. Segala lampu merah semua langgar.. sepanjang jalan kereta lain kena ketepi.. tersipu sendiri. Sampai ke Muzium Nenas.. sunyi... nampak macam tak ada orang. Kami pun cuma turunkan orang dan basikal je, lepas tu terus konvoi ke Taman Rekreasi Sungai Rambah, Pontian. Ingatkan tepi sungai.. rupa-rupanya tepi laut. MC siap beritahu, pulau ada nampak diseberang laut tu adalah pulau pisang. Masa sampai hairan juga nampak ada khemah rebah, rupa2nya khemah yang disediakan untuk acara ini patah dek angin yang kuat. tak apa, yang penting makan. Nasi ayam yang disediakan sedap. Ramai yang tak tahu kewujudan tempat cantik ni.. sungguh baik untuk pelancongan cuma perlu diperbaiki bab toilet. Di tandas wanita ada 3 pintu tandas, 1 berkunci, 1 tak boleh flush, yang boleh pakai 1 saja. dah le tu, pintunya pulak ketat mak datok, siap kena tolong tendang dari luar. Nak han!tar sufyan ke tandas OKU, sampai depan pintu tandas tak jadi, suruh Khaleed dan Azam hantar sufyan ke tandas lelaki. Kotor sangat. Satu lagi.. dari tempat parking nak ke tandas melalui satu tempat yang bertangga, ram sebelah je, yang menuju ke tandas, jadi kena lah angkat kereta sorong sufyan.
Dari Pontian menuju ke Hentian Mahkota, Parit Simin, Batu Pahat. Ikut perancangan 95 km. Dah lama tak drive sejauh tu, pakngah drive hehehe. Sampai ke Parit Simin, disambut dengan kompang. Wah grand gitu.. tempatnya pun ok sangat-sangat. Kami solat zohor dulu, bergilir-gilir sebab si Haleeda main di tempat permainan kanak-kanak. Tengok lauk yang disediakan menggoda, tapi apakan daya di pontian dah makan nasi ayam, kenyang lagi. Si Khaleed pulak asyik merengek nak kayuh basikal - jauh tu, kalau ikut pelan, dalam 16km. Tapi pakngah kata tak pe bagi je. Pakngah drive ke Kolam Air Panas Sg Grisek, Muar. Dalam perjalanan dia pulak sibuk kata jauh ni.. si Khaleed tu tahan ke?

Sampai di Kolam Air Panas, hati saya menggelitik nak cecahkan kaki di kolam, tapi ingatkan Khaleed yang belum sampai... saya tunggu di depan gerbang berdebar-debar, bila peserta lain dah sampai Khaleed dan Fazli belum lagi.. lagi lah risau, pengsan ke anak aku ni.. akhirnya nampak dua orang budak pakai T-Shirt merah berkayuh.. nampak relaks je si Fazli dengan Khaleed. Alhamdulillah...

Dari kolam Air panas kami menuju ke Dataran Kesang. Lalu di Sg Sudah, mata saya perhatikan rumah ditepi jalan, nampak! Tok Busu sedang duduk santai di anjung rumah! beriya saya lambat, rasanya dia tak kenal pun siapa yang lambai tapi saya puas hati tok busu balas balik lambaian saya... nostalgia tempat arwah mak dibesarkan....

Ikut jadual ada kayuhan hingga ke Balai Polis Sg Rambai, Melaka. Mungkin kerana kami kesuntukan masa, cuma beberapa pelumba saja yang mengayuh basikal menyeberangi Sg Kesang. Mungkin untuk formaliti saja sebab ada upacara penyerahan bendera oleh Adun-Adun kawasan terbabit. Kami menuju ke Air Keroh.
Sampai di Air Keroh, kami berhenti tak jauh dari Zoo melaka dan turunkan basikal. Acara kayuhan bermula dari situ sementara kami menuju ke tempat penamat, litar go-kart. Fazli datang ambil basikal tapi khaleed dan Fitri tak muncul. Pakngah meneruskan acara kayuhan sehingga ke penamat. Mak An pun join jugak kerana ada basikal 2 tempat duduk spare. Setelah semua peserta masuk ke litar go-kart, khaleed dan fitri muncul di tempat kami parking kereta dengan mata merah.. jawapan pada kehilangan mereka.. tertidur dalam bas, fazli tak kejut!

Selesai acara kami bergerak Bandar Hilir, cari tempat penginapan. Marshall memang ada, tapi dek kerana tersangkut dalam kesesakan, kami tertinggal. Nasib baik pakngah dah biasa di Melaka. Kami sampai ke tempat penginapan di Casa Lago Apartment. Ikut jadual malam tu ada majlis ramah mesra dengan ketua menteri melaka. sepatutnya hari ahad pagi ada jogging dengan ketua menteri juga. tapi kedua2nya tak ada.. dibatalkan agaknya...
Secara keseluruhan.. memang best. Dek kerana kesuntukan masa kami tak sempat nak menikmati keindahan tempat -tempat yang disinggahi , tapi insyaallah kami akan pergi lain kali .. sendiri...










3 comments:

  1. hyep2...actually i slh s0rg yg j0in j0m kayuh 2009 ni dr danga bay t0 malacca...sy0k rite j0in aktiviti ni...

    ReplyDelete
  2. Terima kasih mashmeillow, lain kali boleh le kita berkenalan ya..

    ReplyDelete
  3. insya'Allah lain kali kte blh bknln...actually i gal yg pkai t0pi wane pink...myb makngah x perasan k0t...

    ReplyDelete