Sedara2ku...

24 June 2009

Latihan untuk pekerja diberhentikan.

Semalam saya pergi kesebuah Pusat latihan xxx di Tmn Universiti. Pusat ini katanya menyediakan latihan untuk pekerja yang diberhentikan. Oleh kerana module yang ditawarkan agak menarik perhatian, saya ajak kawan (Husin) pergi sekali bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut.
Dah isi borang, salinan dokumen yang diperlukan, tinggal tunggu call aje lah... kalau JTK luluskan, pusat latihan ada beritahu bila nak mulakan training. tapi tu pun kena tunggu, sebab satu module untuk 25 org je, yang apply dah 3x ganda. tengok le kalau ada rezeki.

sementara tu.. esok saya akan memulakan kerjaya baru sebagai part-time translator. Alhamdulillah rakan2 seperti Rahimah dan Nizam yang berpengalaman memberi galakan dan nasihat.... kincho suru ne...

22 June 2009

Kucing oh kucing (3)

Salam
Berita sedih.. Laura pun tak panjang umur.. siang tadi pukul 3 petang dia mati. Cuma tinggal Abu aje.
Sejak 2 hari lepas, si Laura ni tak mau minum susu, tak tau le kenapa, tiba2 je. Kucing ni ada wabak penyakit ke? anak kucing jiran yang dah sebulan pun mati 2 ekor dalam tempoh yang singkat.
Kat rumah saya tinggal Abu, kat rumah jiran tinggal anak kucing betina... nampaknya tak ada pilihan, kalau Abu dan anak kucing betina tu panjang umur, itu le jodoh dia...

09 June 2009

Kucing oh kucing (2)

Salam

Saya baru balik rumah, dari sabtu lepas pergi khenduri kahwin terus ke rumah mentua di Segamat. Anak kucing 3 ekor tu bawa jugak, dah tanya sedara mara, masing-masing tak sanggup melayan anak kucing yang masih baby.. ada kata macam tikus!

Daripada 3 ekor kucing tu, si Opie paling kecil dan paling lemah. Pagi tadi saya perasan Opie lemah sangat, dari semalam tak berapa nak minum susu... saya balut dia dengan tuala kecil, tapi on the way balik kulai anak saya Azam beritahu, opie dah senyap dan mulutnya ternganga je..innalillahiwainnailahirajiun. Sampai rumah kami tanam Opie kat depan rumah. Haleeda menangis, siap taburkan kelopak bunga ros atas kubur Opie.

04 June 2009

kucing oh kucing

Tom dah tak ada, tiba-tiba je menghilang... mungkin dah jumpa jalan balik kot... tapi satu pergi 3 ganti!

2 hari lepas ada budak nakal tinggalkan anak kucing kat depan rumah. masih baby lagi.. mata pun belum buka... panik, tak reti nak menggayakan kucing ni. Nasib baik jiran sebelah ajar.

anak kucing tu 1 jantan, 2 betina. Entah kenapa, suka pulak nak panggil yang jantan tu Abu. Sekarang ni kat TV3 kan ada drama Upik, abu dan Laura. Ha.. yang betina dapat nama opie dan Laura.




Semalam satu hari tak jadi kerja melayankan anak kucing.. kesian mereka.. walau pun dah kenyang susu, mereka masih resah. Bila tengok macam tu, kami letakkan teddy bear haleeda kat dalam kotak, beriya-iya mereka panjat teddy bear tu cari puting susu.

Lepas tu senyap.. tertidur..