Sedara2ku...

04 June 2009

kucing oh kucing

Tom dah tak ada, tiba-tiba je menghilang... mungkin dah jumpa jalan balik kot... tapi satu pergi 3 ganti!

2 hari lepas ada budak nakal tinggalkan anak kucing kat depan rumah. masih baby lagi.. mata pun belum buka... panik, tak reti nak menggayakan kucing ni. Nasib baik jiran sebelah ajar.

anak kucing tu 1 jantan, 2 betina. Entah kenapa, suka pulak nak panggil yang jantan tu Abu. Sekarang ni kat TV3 kan ada drama Upik, abu dan Laura. Ha.. yang betina dapat nama opie dan Laura.




Semalam satu hari tak jadi kerja melayankan anak kucing.. kesian mereka.. walau pun dah kenyang susu, mereka masih resah. Bila tengok macam tu, kami letakkan teddy bear haleeda kat dalam kotak, beriya-iya mereka panjat teddy bear tu cari puting susu.

Lepas tu senyap.. tertidur..

6 comments:

  1. cuba beri puting plastic tu..

    ReplyDelete
  2. mulut dia keciklah..puting susu je, pacifier ke, sure tak muat...

    ReplyDelete
  3. wah! dpt anak angkat ni... tahniah! tahniah!

    org kata, kucing bawa rezeki.. so, mana lah tahu, berkat 'anak angkat' ni, rezeki akak pun bertambah kan.. insyaAllah..

    ReplyDelete
  4. Den tak berapa ngan kucing. tapi den ada 2 ekor ayam serama dewasa jantan, 1 ekor betina dan 3 ekor anak ayam serama (sebenarnya lima, 1 hilang, 1 kena terkam kucing hitam). Nanti bila anak ayam dah besar kena transfer hantar Alor Gajah, kampung den. Kat rumah teres nanti MPPG nanti rampas.

    Bulan tiga dulu, ayam betina mati (unknow reason), bapak ayam dah tension, terpaksa cari jugak ayam betina. Cari sampai kat Kg Sg Tiram. Sekor ayam betina serama dewasa RM 50. Anak lelaki den yg umur 10 tahun tu minat sangat. Ikutkan jugak.........

    Lion Friend

    ReplyDelete
  5. Zak,

    sampai bila kau nak anonymous ni... join le kita berblog.

    ReplyDelete