Sedara2ku...

30 July 2009

KELING.. kenapa marah?????

Trainer saya tersalah taip perkataan keliling menjadi keling.. satu kelas ketawakan kesilapannya.. tapi ada juga yang marah. Orang India ketawa, orang melayu pula terasa.....
Kisah ini mengingatkan saya pada bekas rakan sekerja, Uma Devi. Beliau dengan selambanya berkata.. "kita orang keling kan.. bla bla bla.. kami yang melayu ni macam terkesima sekejap.. saya terus tanya padanya .. kau tak kisah ke membahasakan diri keling? Dia tanya kenapa ? saya jawab lagi.. ye lah.. kan ke orang India marah bila orang kata mereka keling...
Uma dengan selambanya menjawab, TU ORANG BUTA SEJARAH!!!. Dia tanya lagi pada saya, kau tau tak kat Melaka ada Tanjung Keling? memang ada.. dia tanya lagi, kau tau tak kenapa tempat tu dinamakan Tanjung Keling.. saya menggeleng...
Kata Uma, dulunya Tanjung Keling adalah pelabuhan. Orang-orang India terdahulu belayar dari Pelabuhan Kalinga yang disebut "Kaling" hingga ke Tanjung Keling. Bila dah sampai ke Tanah Melayu, perkataan Kaling tu dah jadi Keling. Kata Uma lagi.. dia tak kisah sebab dia anggap itu adalah "branding" je. Ibarat ubat gigi orang panggil colgate, majerin orang panggil planta.
Bila menonton filem Hindi yang dilakonkan oleh Shah Rukh Khan & Kareena Kapoor, barulah saya tau bahawa Kalinga adalah daerah yang amat terkenal dan berpengaruh suatu waktu dahulu.....
Natijahnya.. kita perlu selidik dahulu sebelum marah.

15 July 2009

Hari Pertama kembali belajar...

Seperti yang pernah dicerita dahulu, saya telah memohon untuk menyertai program latihan yang disediakan untuk pekerja diberhentikan.. setelah 2 kali bertangguh untuk memulakan kursus, akhirnya hari ini datang jua.

Setelah lebih 3 bulan tidak mengharungi kesesakan jalanraya, saya agak gugup. Alhamdulillah saya belum 'lost touch'. Rupa-rupanya laluan dari pekan senai ke airport telah ditutup. Pemandu yang ingin ke airport perlu buat u-turn di tapak tol senai lama, kesiannya... tak pernah ukur, tapi rasa-rasanya mereka perlu memandu paling kurang 3 km, mungkin lebih. Saya sempat sampai ke pusat latihan di Taman Universiti 15 minit sebelum kursus bermula....

Hari pertama kursus.. rakan-rakan masih malu-malu. Alhamdulillah dapat trainer yang pandai memeriahkan suasana. Topik perbincangan sangat menarik, tapi bila baca nota, alamak, susahnya nak digest.. dah berkarat sangat kepala otak saya ni. Saya kagum dengan trainer yang jugak Prof Madya dari UTM, beliau mampu membuat saya tidak mengantuk. Tapi pukul 4.30petang, walau pun mampu menahan mengantuk, tapi otak saya dah tak efisien, JEM!

Tapi saya kena kuatkan semangat! Banyak module yang amat berguna seperti marketing dan financial management. memanglah tak boleh master dalam masa yang sekejap.. tapi at least, saya dapat ilmu. Untuk kursus full time selama 2 bulan.. cuba anda bayangkan berapa yuran yang anda perlu sediakan sekiranya anda perlu bayar sendiri.. Dahlah yuran free, dapat elaun lagi.. jangan komplen elaun sikit, sekurang-kurangnya dapat cover duit minyak kereta....

09 July 2009

PPSMI : Pandangan peribadi saya

Sekarang ni ramai orang bercerita tentang PPSMI, pro dan kontra. Masing-masing punya pandangan sendiri. Secara peribadi, saya tak menentang penggunaan Bahasa Inggeris tetapi saya rasa kita perlu kukuhkan asas Bahasa Kebangsaan bagi murid sekolah rendah. BAHASA adalah BANGSA & BUDAYA. Bagi menjadi satu bangsa Malaysia, tindakan ini perlu.
Teringat satu peristiwa tidak lama dulu di pintu masuk sebuah shopping complex. Seorang Mat Salleh bertanyakan sesuatu dalam Bahasa Melayu dan dijawab oleh petugas dalam Bahasa Inggeris yang tunggang langgang. Sebagai rakyat Malaysia, saya MALU!!!
Kenapa saya berpandangan begini? Saya pernah berkhidmat dengan syarikat-syarikat antarabangsa. Bila menghadiri mesyuarat syarikat, majoriti adalah non-english speaker. Bila bercakap Inggeris, dengan lenggok yang berbagai, sungguh kelakar. Kadang-kadang saya rasa, orang Malaysia lebih fasih berbahsa Inggeris. Native english speaker hanya orang dari Australia dan England. Tapi itu tak menjadikan mereka yang lain inferior. Kekuatan jati diri mereka yang menarik perhatian big-bosses.
Berbalik kepada BAHASA adalah BANGSA & BUDAYA. Apabila mesyuarat tamat, kita bersosial dengan orang lain. Saya bangga bercerita tentang keunikan budaya Malaysia, kenapa kita bersalam dengan kedua belah tangan dan tarik tangan ke dada. Tapi boss saya dari Singapura hanya menjadi pendengar, kerana beliau hanya tau budaya Inggeris! sedangkan dia bukan orang putih. Kalau kita tidak pentingkan bahasa kebangsaan dari sekolah rendah, mungkin anak-anak kita akan jadi begitu.
Apabila berdebat tentang perkara ini, saya selalu gunakan contoh, Datuk Sheikh Muzaffar. Masa beliau bersekolah rendah, saya percaya , kita masih mengajar Bahasa Melayu dalam subjek Matematik dan Sains, dah sampaikan pun ke bulan!
BAHASA bukan masalah, masalahnya adalah JATI DIRI. Bila asas kita kuat, kita boleh jadi apa yang kita nak. Selama ini pun, kita tak kurang saintis, cendiakawan, tokoh korporat yang bersekolah dari aliran melayu.
Sanggupkah kita melihat maruah bangsa di terajang dek kerana JATI DIRI anak-anak kita yang tak kukuh. Fikir - fikirkanlah...

03 July 2009

kisah jadi penterjemah

Salam

Dah seminggu bertangguh.. tak sempat je nak update kat sini. Walau pun cerita dah basi tapi masih jugak nak update kat sini.

Buat kerja interpreter yang dibayar gaji ni sebenarnya first time. Selalu tu FOC je. Saya sungguh bertuah dalam usia yang dah hampir senja ni, masih sempat lagi belajar pengalaman kerja baru yang sungguh menyeronokkan.

Saya ditugaskan menjadi penterjemah untuk krew TV dari sebuah stesen televisyen yang popular di Jepun untuk program mereka. Cerita pasal krew, cuma 2 orang je, camera-man dan sorang lagi multitasking, dia le director, dia le wartawan lokasi, dia le jugak editor. Mereka nak buat program tentang BUNDLE. Dalam kajian yang mereka buat, sebahagian besar export baju terpakai dari sana pergi ke malaysia. Dan dalam malaysia pulak, Johor Bahru adalah pengimport terbanyak.

tugasan bermula hari khamis 25 June 2009. Walau pun janji pukul 8.30 pagi, pukul 7.20 pagi coordinator dah call tanya kat mana? nasib baik dah dalam perjalanan! Setelah diperkenalkan dengan krew TV, kami menaiki van ke sebuah kilang di tampoi. Siapa sangka baju bundle sebenarnya adalah satu industri!

Nasib baik sebelum memulakan tugas, saya dah dapatkan nasihat dari rakan-rakan berpengalaman seperti Imah dan Nizam. Especially Nizam, beliau berpengalaman membuat kerja terjemahan untuk program TV. Amaran dari Nizam, kalau program TV, kita bukan interprete jer, boleh dikatakan macam coordinator. Bingo! Setelah menemubual boss syarikat, krew terus membuat penggambaran. Saya diarahkan ikut seorang lagi coordinator membuat kajiselidik tentang kesedaran pengguna dan menguruskan lokasi seterusnya di Kulai. Kami singgah di Hotel Sofitel sebab coordinator yang bersama saya terpaksa mengambil fail yang tertinggal. Sementara itu, saya lihat ramai pegawai polis duduk berehat di lobi, saya redah je, buat kajiselidik. kejap je dapat 10 orang. Masa ni saya rasa skill saya sebagai orang HR amat berguna... buat muka seposen.

Kemudian kami pergi ke sebuah kedai bundle di Kulai, kemudian menemual seorang pengguna baju bundle ditempat kerja di senai, lepas tu ke Permas saya. Tuan punya kedai di Permas Jaya mengumpul baju2 traditional jepun sebagai collection. Ada kimono, ada baju yang dipakai oleh shogun/samurai dulu2. Pada pandangan saya barangan yang amat susah dapat walau pun di Jepun. Ini diakui sendiri oleh krew dari Jepun .


Lepas makan malam, kami balik ke bilik hotel dan lihat balik rakaman interview. Kami perlu menyalin semula interview dan menterjemah ke bahasa jepun untuk keperluan membuat skrip. Kerja berhenti pukul 1.30 pagi jumaat walau pun belum siap. Pertama kali saya memandu pulang ke Kulai berseorang pada awal pagi.. terus terang, NGERI. pertama, saya amat jarang memandu waktu malam, jadi kurang keyakinan diri. kedua, jalan dipenuhi dgn orang yang pandu laju, tak tau la samada berlumba atau berkejar nak balik rumah.

Hari kedua, pukul 8.30 pagi saya bertolak ke Hotel tempat krew menginap. walau pun janji pukul 10 pagi, dari pengalaman dari pertama,better be prepared. Pukul 10 pagi, kami dah sampai di Jalan Wong Ah Fook. shooting pemandangan bandar Johor Bahru. saya pun ambil kesempatan merakamkan foto. Setelah itu kami menuju ke bus stop didepan city square dan interview pejalan kaki ditengah panas terik. Nasib kurang baik, tengahari Jumaat , yang lalu disana foreigner sahaja.. yang muka melayu, samada indonesian atau singaporean. ada sorang ni lagi best, skrip dia SAYA BARU DATANG DARI BANGLADESHI, MALAYU TAK PANDAI ...

Pukul 1 tengahari kami menuju ke Danga Bay. Makan dan kaji selidik. Pukul 2.30 petang, kami ke sebuah kedai bundle yang terletak bersebelah dgn Pejabat Iskandar Malaysia. Selama ni kita ingat kedai bundle yang jual baju RM5, RM10 saja. Tapi sangkaan saya meleset, tokeh kedai ni mempunyai banyak outlet. Sebulan dia mengimpot tak kurang dari 7 kontena barangan bundle. Dalam bahan buangan ada harta karun. Ada seluar jeans, T- Shirt limited edition & vintage yang dicari oleh penggemar. Bayangkan seluar jeans terpakai dipamerkan dengan harga RM1200? Saya tanya pada pembantu kedai. ada ke orang nak beli? jawapannya barang-barang ni kejap le letak dah habis kak.. oh.... naruhodo ne. Anda nak beli tak T-Shirt terpakai yang rata-rata berharga RM20 keatas? sama je dengan harga baju baru ek? Kami juga interview pengunjung kedai. tapi rakaman terpaksa dihentikan kerana alarm sebuah kereta yang tak diketahui tuan berbunyi dan tidak berhenti. Kami kembali semula ke depan city square. Masa tu dah pukul 5 petang, ramai respondent. tapi malu-malu kucing. Setelah selesai, kami menuju semula ke kedai bundle di Danga bay menyambung penggambaran.

Lepas makan buat, ulang semula rutin semalam. Kali ni kami kena juga habiskan kerana krew dari Jepun akan berangkat pukul 5 pagi menuju ke Changi Airport. Kami habis kerja, pukul 3 pagi! otak penat, mata mengantuk. Jalan pun mesti sunyi... saya rehat di lobby, berbual dgn staf yang bekerja malam, pukul 4 pagi baru bertolak balik rumah. kebetulan.. salah seorang pengawal bertugas adalah bekas rakan sekerja di Epson. jejak kasih kami sekejap.

tugasan paling sukar bagi saya adalah menyalin dan menterjemah semula rakaman perbualan. Baru la saya tahu kenapa ramai orang melayu gagal dalam peperiksaan Bahasa Malaysia. Nahu bahasa kemana... susunan ayat kemana.. sebenarnya lebih mudah menterjemah ayat orang bangla yang mengaku tak pandai cakap melayu!