Sedara2ku...

15 July 2009

Hari Pertama kembali belajar...

Seperti yang pernah dicerita dahulu, saya telah memohon untuk menyertai program latihan yang disediakan untuk pekerja diberhentikan.. setelah 2 kali bertangguh untuk memulakan kursus, akhirnya hari ini datang jua.

Setelah lebih 3 bulan tidak mengharungi kesesakan jalanraya, saya agak gugup. Alhamdulillah saya belum 'lost touch'. Rupa-rupanya laluan dari pekan senai ke airport telah ditutup. Pemandu yang ingin ke airport perlu buat u-turn di tapak tol senai lama, kesiannya... tak pernah ukur, tapi rasa-rasanya mereka perlu memandu paling kurang 3 km, mungkin lebih. Saya sempat sampai ke pusat latihan di Taman Universiti 15 minit sebelum kursus bermula....

Hari pertama kursus.. rakan-rakan masih malu-malu. Alhamdulillah dapat trainer yang pandai memeriahkan suasana. Topik perbincangan sangat menarik, tapi bila baca nota, alamak, susahnya nak digest.. dah berkarat sangat kepala otak saya ni. Saya kagum dengan trainer yang jugak Prof Madya dari UTM, beliau mampu membuat saya tidak mengantuk. Tapi pukul 4.30petang, walau pun mampu menahan mengantuk, tapi otak saya dah tak efisien, JEM!

Tapi saya kena kuatkan semangat! Banyak module yang amat berguna seperti marketing dan financial management. memanglah tak boleh master dalam masa yang sekejap.. tapi at least, saya dapat ilmu. Untuk kursus full time selama 2 bulan.. cuba anda bayangkan berapa yuran yang anda perlu sediakan sekiranya anda perlu bayar sendiri.. Dahlah yuran free, dapat elaun lagi.. jangan komplen elaun sikit, sekurang-kurangnya dapat cover duit minyak kereta....

4 comments:

  1. mak long baru tawu ka pasal senai ny..
    pwning tgok senai..
    yer la..
    na tukar status jady bandar..
    kena la terime..
    betul ta?

    ReplyDelete
  2. a'ah lah ika,
    sebelum ni terus je ke Kulai, mana le perasan jalan ke airport dah tutup.

    ReplyDelete
  3. Ros.. ya allah 2miggu lepas nak ke rumah makcik kat bandar putra knp lah jln nya jd mcm tu sekali depan traffic nak masuk ke airport tu pegi jam balik pun jam balik plk dah lepas magrib tu & hari ahad..eeee

    Apa2 pun selamat belajar.. eh apa rancangan nak buat klas NIHON-GO??saya lah murid pertama anda

    ReplyDelete
  4. Fid,
    dah sampai bandar putra rupanya.. tak sampai pun rumah kita.... gi jalan apa?

    Bab nihonggo tu nanti dulu.. la ni tengah seronok attend kursus..

    ReplyDelete