Sedara2ku...

03 July 2009

kisah jadi penterjemah

Salam

Dah seminggu bertangguh.. tak sempat je nak update kat sini. Walau pun cerita dah basi tapi masih jugak nak update kat sini.

Buat kerja interpreter yang dibayar gaji ni sebenarnya first time. Selalu tu FOC je. Saya sungguh bertuah dalam usia yang dah hampir senja ni, masih sempat lagi belajar pengalaman kerja baru yang sungguh menyeronokkan.

Saya ditugaskan menjadi penterjemah untuk krew TV dari sebuah stesen televisyen yang popular di Jepun untuk program mereka. Cerita pasal krew, cuma 2 orang je, camera-man dan sorang lagi multitasking, dia le director, dia le wartawan lokasi, dia le jugak editor. Mereka nak buat program tentang BUNDLE. Dalam kajian yang mereka buat, sebahagian besar export baju terpakai dari sana pergi ke malaysia. Dan dalam malaysia pulak, Johor Bahru adalah pengimport terbanyak.

tugasan bermula hari khamis 25 June 2009. Walau pun janji pukul 8.30 pagi, pukul 7.20 pagi coordinator dah call tanya kat mana? nasib baik dah dalam perjalanan! Setelah diperkenalkan dengan krew TV, kami menaiki van ke sebuah kilang di tampoi. Siapa sangka baju bundle sebenarnya adalah satu industri!

Nasib baik sebelum memulakan tugas, saya dah dapatkan nasihat dari rakan-rakan berpengalaman seperti Imah dan Nizam. Especially Nizam, beliau berpengalaman membuat kerja terjemahan untuk program TV. Amaran dari Nizam, kalau program TV, kita bukan interprete jer, boleh dikatakan macam coordinator. Bingo! Setelah menemubual boss syarikat, krew terus membuat penggambaran. Saya diarahkan ikut seorang lagi coordinator membuat kajiselidik tentang kesedaran pengguna dan menguruskan lokasi seterusnya di Kulai. Kami singgah di Hotel Sofitel sebab coordinator yang bersama saya terpaksa mengambil fail yang tertinggal. Sementara itu, saya lihat ramai pegawai polis duduk berehat di lobi, saya redah je, buat kajiselidik. kejap je dapat 10 orang. Masa ni saya rasa skill saya sebagai orang HR amat berguna... buat muka seposen.

Kemudian kami pergi ke sebuah kedai bundle di Kulai, kemudian menemual seorang pengguna baju bundle ditempat kerja di senai, lepas tu ke Permas saya. Tuan punya kedai di Permas Jaya mengumpul baju2 traditional jepun sebagai collection. Ada kimono, ada baju yang dipakai oleh shogun/samurai dulu2. Pada pandangan saya barangan yang amat susah dapat walau pun di Jepun. Ini diakui sendiri oleh krew dari Jepun .


Lepas makan malam, kami balik ke bilik hotel dan lihat balik rakaman interview. Kami perlu menyalin semula interview dan menterjemah ke bahasa jepun untuk keperluan membuat skrip. Kerja berhenti pukul 1.30 pagi jumaat walau pun belum siap. Pertama kali saya memandu pulang ke Kulai berseorang pada awal pagi.. terus terang, NGERI. pertama, saya amat jarang memandu waktu malam, jadi kurang keyakinan diri. kedua, jalan dipenuhi dgn orang yang pandu laju, tak tau la samada berlumba atau berkejar nak balik rumah.

Hari kedua, pukul 8.30 pagi saya bertolak ke Hotel tempat krew menginap. walau pun janji pukul 10 pagi, dari pengalaman dari pertama,better be prepared. Pukul 10 pagi, kami dah sampai di Jalan Wong Ah Fook. shooting pemandangan bandar Johor Bahru. saya pun ambil kesempatan merakamkan foto. Setelah itu kami menuju ke bus stop didepan city square dan interview pejalan kaki ditengah panas terik. Nasib kurang baik, tengahari Jumaat , yang lalu disana foreigner sahaja.. yang muka melayu, samada indonesian atau singaporean. ada sorang ni lagi best, skrip dia SAYA BARU DATANG DARI BANGLADESHI, MALAYU TAK PANDAI ...

Pukul 1 tengahari kami menuju ke Danga Bay. Makan dan kaji selidik. Pukul 2.30 petang, kami ke sebuah kedai bundle yang terletak bersebelah dgn Pejabat Iskandar Malaysia. Selama ni kita ingat kedai bundle yang jual baju RM5, RM10 saja. Tapi sangkaan saya meleset, tokeh kedai ni mempunyai banyak outlet. Sebulan dia mengimpot tak kurang dari 7 kontena barangan bundle. Dalam bahan buangan ada harta karun. Ada seluar jeans, T- Shirt limited edition & vintage yang dicari oleh penggemar. Bayangkan seluar jeans terpakai dipamerkan dengan harga RM1200? Saya tanya pada pembantu kedai. ada ke orang nak beli? jawapannya barang-barang ni kejap le letak dah habis kak.. oh.... naruhodo ne. Anda nak beli tak T-Shirt terpakai yang rata-rata berharga RM20 keatas? sama je dengan harga baju baru ek? Kami juga interview pengunjung kedai. tapi rakaman terpaksa dihentikan kerana alarm sebuah kereta yang tak diketahui tuan berbunyi dan tidak berhenti. Kami kembali semula ke depan city square. Masa tu dah pukul 5 petang, ramai respondent. tapi malu-malu kucing. Setelah selesai, kami menuju semula ke kedai bundle di Danga bay menyambung penggambaran.

Lepas makan buat, ulang semula rutin semalam. Kali ni kami kena juga habiskan kerana krew dari Jepun akan berangkat pukul 5 pagi menuju ke Changi Airport. Kami habis kerja, pukul 3 pagi! otak penat, mata mengantuk. Jalan pun mesti sunyi... saya rehat di lobby, berbual dgn staf yang bekerja malam, pukul 4 pagi baru bertolak balik rumah. kebetulan.. salah seorang pengawal bertugas adalah bekas rakan sekerja di Epson. jejak kasih kami sekejap.

tugasan paling sukar bagi saya adalah menyalin dan menterjemah semula rakaman perbualan. Baru la saya tahu kenapa ramai orang melayu gagal dalam peperiksaan Bahasa Malaysia. Nahu bahasa kemana... susunan ayat kemana.. sebenarnya lebih mudah menterjemah ayat orang bangla yang mengaku tak pandai cakap melayu!

No comments:

Post a Comment