Sedara2ku...

09 July 2009

PPSMI : Pandangan peribadi saya

Sekarang ni ramai orang bercerita tentang PPSMI, pro dan kontra. Masing-masing punya pandangan sendiri. Secara peribadi, saya tak menentang penggunaan Bahasa Inggeris tetapi saya rasa kita perlu kukuhkan asas Bahasa Kebangsaan bagi murid sekolah rendah. BAHASA adalah BANGSA & BUDAYA. Bagi menjadi satu bangsa Malaysia, tindakan ini perlu.
Teringat satu peristiwa tidak lama dulu di pintu masuk sebuah shopping complex. Seorang Mat Salleh bertanyakan sesuatu dalam Bahasa Melayu dan dijawab oleh petugas dalam Bahasa Inggeris yang tunggang langgang. Sebagai rakyat Malaysia, saya MALU!!!
Kenapa saya berpandangan begini? Saya pernah berkhidmat dengan syarikat-syarikat antarabangsa. Bila menghadiri mesyuarat syarikat, majoriti adalah non-english speaker. Bila bercakap Inggeris, dengan lenggok yang berbagai, sungguh kelakar. Kadang-kadang saya rasa, orang Malaysia lebih fasih berbahsa Inggeris. Native english speaker hanya orang dari Australia dan England. Tapi itu tak menjadikan mereka yang lain inferior. Kekuatan jati diri mereka yang menarik perhatian big-bosses.
Berbalik kepada BAHASA adalah BANGSA & BUDAYA. Apabila mesyuarat tamat, kita bersosial dengan orang lain. Saya bangga bercerita tentang keunikan budaya Malaysia, kenapa kita bersalam dengan kedua belah tangan dan tarik tangan ke dada. Tapi boss saya dari Singapura hanya menjadi pendengar, kerana beliau hanya tau budaya Inggeris! sedangkan dia bukan orang putih. Kalau kita tidak pentingkan bahasa kebangsaan dari sekolah rendah, mungkin anak-anak kita akan jadi begitu.
Apabila berdebat tentang perkara ini, saya selalu gunakan contoh, Datuk Sheikh Muzaffar. Masa beliau bersekolah rendah, saya percaya , kita masih mengajar Bahasa Melayu dalam subjek Matematik dan Sains, dah sampaikan pun ke bulan!
BAHASA bukan masalah, masalahnya adalah JATI DIRI. Bila asas kita kuat, kita boleh jadi apa yang kita nak. Selama ini pun, kita tak kurang saintis, cendiakawan, tokoh korporat yang bersekolah dari aliran melayu.
Sanggupkah kita melihat maruah bangsa di terajang dek kerana JATI DIRI anak-anak kita yang tak kukuh. Fikir - fikirkanlah...

No comments:

Post a Comment