Sedara2ku...

30 August 2009

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan.

Dalam keluarga saya, hujung bulan Ogos merupakan salah satu tarikh yang penting. Pertama, 30hb Ogos adalah hari lahir saya, dan 31hb Ogos adalah hari lahir suami saya. Ya, kami adalah anak merdeka!
Memandangkan hari lahir kami hanya selang sehari, selalunya kami hanya beli satu kek, kongsi2 hahaha. Masa suami saya sibuk dengan konsert hari kemerdekaan, saya terpaksalah mengalah potong kek pada 31hb Ogos. Tapi tahun ini, kita sambut hari kemerdekaan dalam bulan puasa, tak ada alasan! kami potong kek hari ini.
Walau pun macam2 fatwa saya baca mengenai kek harijadi ini, saya tak peduli. Pada saya.. the thought that counts. Bagaimana ahli keluarga menghargai ahli keluarga yang lain. kami memang tak beli hadiah, hadiah kami adalah sebiji kek yang akhirnya dikongsi bersama.

No comments:

Post a Comment