Sedara2ku...

12 September 2009

Kenangan Diari Ramadan Rafique..

Seperti biasa, lepas sahur, anak2 mengadap internet. Tiba2 saya terdengar lagu yang begitu sebati di telinga.. ha.. rupa2nya mereka buat carian diari ramadan rafique di youtube.

Kalau tak silap, drama ini disiarkan selama 2 tahun ramadan berturut. tahun pertama bila rafique baru datang dari Perancis dan belajar berpuasa. Kali ke2, bila Rafique dah besar sikit, dan tipu mak dia. Mak dia suruh pergi US untuk summer camp, dia balik ke Malaysia ke rumah neneknya....

Sufyan, Khaleed & Azam ingat drama ini kerana mereka boleh "relate" cerita rafique dengan diri mereka sendiri yang baru belajar puasa waktu itu. Bila rafiq terliur tengok maisarah makan, mereka ketawa, lepas tu kutuk sesama sendiri.

dah besar dah anak2 saya.. dah pandai mencari nostalgia mereka sendiri... btw, alhamdulillah, setakat ini sufyan, khaleed & azam belum tinggal puasa lagi... haleeda pulak, 3 minggu pertama 3 kali je bangun sahur, lepas tu sahur pukul 8 pagi. tapi sejak hari Jumaat, dia usaha bangun sahur.. abang2nya dah usik, kalau tak sahur, tak boleh ikut pergi raya.

11 September 2009

Hari Isnin depan hari terakhir saya menghadiri kursus Executive Development, kursus yang dibiayai oleh kerajaan untuk orang yang diberhentikan kerja. Terasa sedih meninggalkan kawan2 senasib. Pihak center telah pun menjemput majikan untuk menemuduga peserta kursus. Nampaknya jawatan-jawatan yang ditawarkan tidak berkenaan dengan saya.

Saya pulak dah lama mengintai taukeh center, tapi beliau sungguh busy, selalu ada pada masa kami sedang berkursus, tapi bila kami rehat atau nak pulang, beliau tidak ada dipejabat. tup-tup beberapa hari lepas pucuk dicita ulam mendatang, saya berkesempatan berjumpa dengan beliau. Saya menawarkan diri kepada beliau untuk mengisi kekosongan jawatan trainer. Respon beliau amat positif. Petang tadi saya dimaklumkan surat tawaran akan dikeluarkan pada hari terakhir kursus saya. Yes!!!!!

Saya harap peluang ini akan menjadi titik tolak bagi mengembangkan skop kerjaya saya. Wish me luck!

07 September 2009

Nostalgia ku berkecai...

Baru-baru ni, pulang dari berbuka puasa dirumah orang tua, kami ambil jalan jauh untuk balik ke Kulai. Kami ke arah Hospital Sultanah Aminah, melalui Larkin, sekolah EC dan belok ke arah laut, di sebelah Hospital Sultanah Aminah. Niat hati nak menikmati pemandangan laut.

Dah lama betul saya tak ke sana. rupa-rupanya dah banyak perubahan. Projek pembesaran jalan sedang berjalan, jalan depan sekolah EC (tak ingat nama jalan) bermula dari kuil hindu sangat kelam kabut.

Tapi saya paling kecewa bila lalu di tepi laut, pantai Lido saya dah hilang! dah kena tambak! teringat kisah dulu-dulu, bila balik kampung, kami akan naik bas . Dari bus stand lama , kami akan melalui jalan laut untuk keluar ke skudai. Tapi bila balik dari kampung, selalunya bapa saya akan sewa teksi. Biasalah kalau balik kampung, balik ke JB bonet kereta akan penuh dengan buah kelapa, pisang, ubi dan sebagainya. Teksi akan belok di batu lima (simpang Angsana), dan tak lalu laut lagi.. saya akan menangis sebab tak dapat tengok laut.

Apa nak jadi? Singapura tambak dari sebelah sana. Johor pulak tambak dari sebelah sini. Lama-lama Selat makin sempit, dan tak mustahil, akan datang, sempadan Singapura dan Johor, bukan selat, bukan sungai, bukan juga parit, tapi sebuah longkang.

03 September 2009

G to G agreement - Maid

Salah satu tajuk berita radio RTM pukul 7 pagi menarik perhatian saya, PERMIT PENGGAJIAN BAGI PEMBANTU RUMAH YANG LARI AKAN DIBATALKAN DAN MEREKA TIDAK AKAN DIBENARKAN BEKERJA SEMULA DI MALAYSIA.

Apa yang baru dalam persetujuan ni? peraturan ini memang sedia ada sejak dulu, cuma penguatkuasaannya saja yang terhegeh-hegeh. Berapa ramai pembantu rumah yang lari boleh cari makan di restoran? Mana penguatkuasaannya. Daripada duduk terselindung dirumah, boleh pula mereka expose kepada awam dengan megahnya.. tak kena tangkap pun...

Pemilik restoran yang tidak bertanggungjawab pula mengambil jalan mudah kerana pembantu rumah yang lari telah dilatih memasak masakan melayu dirumah majikan. Tak payah dilatih, boleh terus bekerja didapur.

Teringat cerita seorang kawan insiden kekecohan waktu beliau makan di sebuah restoran di Taman Universiti. Rupa-rupanya salah seorang pembantu kedai telah disergah oleh bekas majikan. Dengar kata pemilik restoran tak mengaku orang yang tengah pegang pisau didapur dan pakai t-shirt seragam dgn pembantu kedai yang lain adalah pekerja restoran tersebut.

p/s: Saya selalu buat cerita kelakar dengan suami, kalau lah kita singgah mana-mana restoran dan terjumpa kerabu pelam yang sama macam resepi saya, jom kita berkenalan dengan tukang masak.. entah-entah bekas pembantu rumah kami yang lari ikut boyfriend suatu ketika dulu...

which is which?

Sumber Harian online 3/9/2009

Bila saya baca Berita Harian online pagi ini di seksyen dunia, kedua-dua berita di bawah ini menarik perhatian saya. Jarak antara Jakarta dan Tasikmalaya bolehkah diibarat seperti KL dan Seremban? Tidak dimaklumkan pula bila kejadian serangan telur busuk ke kedutaan berlaku. sekiranya berlaku sebelum gempa bumi, hm... boleh buat headline kelakar...
1) Sumpahan serangan ke atas kedutaan Malaysia, atau
2) emosi pelajar Indonesia menggegar sehingga tercetus gempa bumi.
Buat niat untuk mempersenda, tetapi turutan insiden menarik perhatian saya...

Berita 1

Gempa bumi landa selatan Indonesia

SEORANG budak lelaki menangis kerana luka di jarinya ketika menunggu rawatan selepas gempa melanda Tasikmalaya.Berpuluh-puluh maut, 700 premis rosak teruk
JAKARTA: Satu gempa bumi besar melanda selatan Indonesia semalam menyebabkan sekurang-kurangnya 32 orang terbunuh kerana dihempap batu atau bangunan runtuh selain mencetuskan huru-hara apabila beribu-ribu pekerja cuba keluar dari pejabat untuk menyelamatkan diri. Hospital segera dipenuhi mangsa yang cedera selepas gegaran 7.0 pada skala Richter melanda kawasan pantai pulau Jawa yang juga menjadi tempat tinggal kebanyakan daripada 235 juta penduduk Indonesia. Pegawai menjangka angka kematian dan kecederaan akan meningkat. Pegawai Kementerian Hal Ehwal Sosial, Mardi berkata, lebih 700 rumah dan bangunan rosak teruk. "Gempa itu menyebabkan rumah saya bergegar hampir satu minit. Saya segera membawa anak saya keluar. Ramai orang yang panik, wanita menjerit-jerit dan kanak-kanak menangis," kata Heni Maryani, penduduk bandar Sukabumi. Pegawai bencana berkata, kediaman dan bangunan runtuh di tiga kawasan padat penduduk di Jawa Barat. Seramai 30 orang terperangkap di bawah runtuhan batu di satu perkampungan, lapor agensi berita Antara.
Satu amaran tsunami dikeluarkan selepas gempa itu melanda pada 2.55 petang waktu tempatan (3.55 petang di Malaysia) sebelum ditarik balik sejam kemudian. Muharaham Ardan, seorang pensyarah universiti di bandar Tasikmalaya, kira-kira 115 kilometer dari pusat gempa, berkata gempa kali ini adalah yang paling kuat dialaminya. "Kami semua lari dalam keadaan panik. Kami hanya berkaki ayam saja. Jiran lain menjerit 'keluar dari rumah'," katanya. Laporan awal memetik jurucakap Agensi Pengurusan Bencana, Priyadi Kardono sebagai melaporkan 15 kematian di daerah Cianjur, Tasikmalaya dan Sukabumi.
PEKERJA tempatan dan asing duduk di luar tempat kerja di Jakarta selepas bangunan bergoyang.
Agensi berita Antara melaporkan, 12 keluarga atau 30 orang terperangkap di bawah runtuhan rumah akibat tanah runtuh selepas gegaran melanda di perkampungan Rawa Hideung. Enam mayat sudah dikeluarkan tetapi nasib ramai lagi belum diketahui, kata seorang penduduk, Agus Sobandi. "Ramai mangsa adalah suri rumah dan kanak-kanak yang bermain Play Station di rumah berkenaan," kata Entang Kurniawan, seorang penduduk memberitahu televisyen TVOne. Seorang lagi penduduk, Fifi, berkata dia melihat 20 rumah runtuh di perkampungan Pameungpek. Gegaran gempa itu dirasai hampir separuh pulau Jawa. Di ibu negara, Jakarta, 190 kilometer dari pusat gempa, pekerja pejabat yang panik keluar dari pejabat. Ketua Pusat Krisis Kementerian Kesihatan, Rustam Pakaya berkata, sekurang-kurangnya 27 orang dimasukkan ke hospital di Jakarta untuk rawatan dan bilangannya dijangka meningkat. - AP

Berita 2

Pelajar serang Kedutaan Malaysia dengan telur busuk

JAKARTA: Selepas serangan penggodam besar-besaran ke atas lebih 120 laman web Malaysia, berpuluh pelajar menyerbu Kedutaan Malaysia di sini semalam dan melemparnya dengan telur busuk dan cuba menaikkan bendera Indonesia. Perhimpunan di luar kedutaan di Jalan Rasuna Said, Jakarta Selatan dikawal ketat polis, namun tiada penunjuk perasaan dihalang atau ditahan. Bagaimanapun, polis campur tangan apabila seorang pelajar cuba memanjat pagar kedutaan untuk memasang bendera Indonesia.
Polis dan pelajar terbabit dalam adegan tarik menarik cuba untuk mendapatkan bendera itu, namun polis akhirnya berlembut dan pelajar berjaya memasang bendera di pagar kedutaan. Seorang penunjuk perasaan memberitahu Metro TV bahawa perhimpunan itu adalah tindakan membantah kontroversi terbaru membabitkan penggunaan tarian tradisi Bali dalam promosi pelancongan Malaysia. Hubungan panas sedia ada antara negara jiran itu mencapai ketegangan baru minggu lalu selepas dakwaan bahawa lagu kebangsaan Malaysia, Negaraku, ditiru daripada lagu Indonesia, Terang Bulan.
Dakwaan bahawa tarian Bali digunakan untuk mempromosi satu rancangan televisyen mengenai Malaysia walaupun sudah dijelaskan tidak membabitkan agensi kerajaan Malaysia, sebaliknya pihak ketiga masih menjadi modal untuk memarahi Malaysia. - Agensi