Sedara2ku...

11 September 2009

Hari Isnin depan hari terakhir saya menghadiri kursus Executive Development, kursus yang dibiayai oleh kerajaan untuk orang yang diberhentikan kerja. Terasa sedih meninggalkan kawan2 senasib. Pihak center telah pun menjemput majikan untuk menemuduga peserta kursus. Nampaknya jawatan-jawatan yang ditawarkan tidak berkenaan dengan saya.

Saya pulak dah lama mengintai taukeh center, tapi beliau sungguh busy, selalu ada pada masa kami sedang berkursus, tapi bila kami rehat atau nak pulang, beliau tidak ada dipejabat. tup-tup beberapa hari lepas pucuk dicita ulam mendatang, saya berkesempatan berjumpa dengan beliau. Saya menawarkan diri kepada beliau untuk mengisi kekosongan jawatan trainer. Respon beliau amat positif. Petang tadi saya dimaklumkan surat tawaran akan dikeluarkan pada hari terakhir kursus saya. Yes!!!!!

Saya harap peluang ini akan menjadi titik tolak bagi mengembangkan skop kerjaya saya. Wish me luck!

4 comments:

  1. OMEDETO shinsie.. mengajar bah jepun ka?? apa2 pun SYUKUR ALHAMDULILAH

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..
    tahniah kak!! moga tercapai apa yg akak impikan & cita2kan itu..

    ReplyDelete
  3. Fid & Himawari,

    Terima kasih diatas ucapan. Buat masa ini bukan nihonggo lah.. management & HR. Insyaallah akan datang, kalau ada rezeki mana tau boleh berkembang skopnya..

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah hadiah ramadahan, dah lama tak baca blog ni sebab asyik ndapa fb ajer ni abeng ni ntah saper punya id termasuk pakai ajelah

    ReplyDelete