Sedara2ku...

07 September 2009

Nostalgia ku berkecai...

Baru-baru ni, pulang dari berbuka puasa dirumah orang tua, kami ambil jalan jauh untuk balik ke Kulai. Kami ke arah Hospital Sultanah Aminah, melalui Larkin, sekolah EC dan belok ke arah laut, di sebelah Hospital Sultanah Aminah. Niat hati nak menikmati pemandangan laut.

Dah lama betul saya tak ke sana. rupa-rupanya dah banyak perubahan. Projek pembesaran jalan sedang berjalan, jalan depan sekolah EC (tak ingat nama jalan) bermula dari kuil hindu sangat kelam kabut.

Tapi saya paling kecewa bila lalu di tepi laut, pantai Lido saya dah hilang! dah kena tambak! teringat kisah dulu-dulu, bila balik kampung, kami akan naik bas . Dari bus stand lama , kami akan melalui jalan laut untuk keluar ke skudai. Tapi bila balik dari kampung, selalunya bapa saya akan sewa teksi. Biasalah kalau balik kampung, balik ke JB bonet kereta akan penuh dengan buah kelapa, pisang, ubi dan sebagainya. Teksi akan belok di batu lima (simpang Angsana), dan tak lalu laut lagi.. saya akan menangis sebab tak dapat tengok laut.

Apa nak jadi? Singapura tambak dari sebelah sana. Johor pulak tambak dari sebelah sini. Lama-lama Selat makin sempit, dan tak mustahil, akan datang, sempadan Singapura dan Johor, bukan selat, bukan sungai, bukan juga parit, tapi sebuah longkang.

No comments:

Post a Comment