Sedara2ku...

03 September 2009

which is which?

Sumber Harian online 3/9/2009

Bila saya baca Berita Harian online pagi ini di seksyen dunia, kedua-dua berita di bawah ini menarik perhatian saya. Jarak antara Jakarta dan Tasikmalaya bolehkah diibarat seperti KL dan Seremban? Tidak dimaklumkan pula bila kejadian serangan telur busuk ke kedutaan berlaku. sekiranya berlaku sebelum gempa bumi, hm... boleh buat headline kelakar...
1) Sumpahan serangan ke atas kedutaan Malaysia, atau
2) emosi pelajar Indonesia menggegar sehingga tercetus gempa bumi.
Buat niat untuk mempersenda, tetapi turutan insiden menarik perhatian saya...

Berita 1

Gempa bumi landa selatan Indonesia

SEORANG budak lelaki menangis kerana luka di jarinya ketika menunggu rawatan selepas gempa melanda Tasikmalaya.Berpuluh-puluh maut, 700 premis rosak teruk
JAKARTA: Satu gempa bumi besar melanda selatan Indonesia semalam menyebabkan sekurang-kurangnya 32 orang terbunuh kerana dihempap batu atau bangunan runtuh selain mencetuskan huru-hara apabila beribu-ribu pekerja cuba keluar dari pejabat untuk menyelamatkan diri. Hospital segera dipenuhi mangsa yang cedera selepas gegaran 7.0 pada skala Richter melanda kawasan pantai pulau Jawa yang juga menjadi tempat tinggal kebanyakan daripada 235 juta penduduk Indonesia. Pegawai menjangka angka kematian dan kecederaan akan meningkat. Pegawai Kementerian Hal Ehwal Sosial, Mardi berkata, lebih 700 rumah dan bangunan rosak teruk. "Gempa itu menyebabkan rumah saya bergegar hampir satu minit. Saya segera membawa anak saya keluar. Ramai orang yang panik, wanita menjerit-jerit dan kanak-kanak menangis," kata Heni Maryani, penduduk bandar Sukabumi. Pegawai bencana berkata, kediaman dan bangunan runtuh di tiga kawasan padat penduduk di Jawa Barat. Seramai 30 orang terperangkap di bawah runtuhan batu di satu perkampungan, lapor agensi berita Antara.
Satu amaran tsunami dikeluarkan selepas gempa itu melanda pada 2.55 petang waktu tempatan (3.55 petang di Malaysia) sebelum ditarik balik sejam kemudian. Muharaham Ardan, seorang pensyarah universiti di bandar Tasikmalaya, kira-kira 115 kilometer dari pusat gempa, berkata gempa kali ini adalah yang paling kuat dialaminya. "Kami semua lari dalam keadaan panik. Kami hanya berkaki ayam saja. Jiran lain menjerit 'keluar dari rumah'," katanya. Laporan awal memetik jurucakap Agensi Pengurusan Bencana, Priyadi Kardono sebagai melaporkan 15 kematian di daerah Cianjur, Tasikmalaya dan Sukabumi.
PEKERJA tempatan dan asing duduk di luar tempat kerja di Jakarta selepas bangunan bergoyang.
Agensi berita Antara melaporkan, 12 keluarga atau 30 orang terperangkap di bawah runtuhan rumah akibat tanah runtuh selepas gegaran melanda di perkampungan Rawa Hideung. Enam mayat sudah dikeluarkan tetapi nasib ramai lagi belum diketahui, kata seorang penduduk, Agus Sobandi. "Ramai mangsa adalah suri rumah dan kanak-kanak yang bermain Play Station di rumah berkenaan," kata Entang Kurniawan, seorang penduduk memberitahu televisyen TVOne. Seorang lagi penduduk, Fifi, berkata dia melihat 20 rumah runtuh di perkampungan Pameungpek. Gegaran gempa itu dirasai hampir separuh pulau Jawa. Di ibu negara, Jakarta, 190 kilometer dari pusat gempa, pekerja pejabat yang panik keluar dari pejabat. Ketua Pusat Krisis Kementerian Kesihatan, Rustam Pakaya berkata, sekurang-kurangnya 27 orang dimasukkan ke hospital di Jakarta untuk rawatan dan bilangannya dijangka meningkat. - AP

Berita 2

Pelajar serang Kedutaan Malaysia dengan telur busuk

JAKARTA: Selepas serangan penggodam besar-besaran ke atas lebih 120 laman web Malaysia, berpuluh pelajar menyerbu Kedutaan Malaysia di sini semalam dan melemparnya dengan telur busuk dan cuba menaikkan bendera Indonesia. Perhimpunan di luar kedutaan di Jalan Rasuna Said, Jakarta Selatan dikawal ketat polis, namun tiada penunjuk perasaan dihalang atau ditahan. Bagaimanapun, polis campur tangan apabila seorang pelajar cuba memanjat pagar kedutaan untuk memasang bendera Indonesia.
Polis dan pelajar terbabit dalam adegan tarik menarik cuba untuk mendapatkan bendera itu, namun polis akhirnya berlembut dan pelajar berjaya memasang bendera di pagar kedutaan. Seorang penunjuk perasaan memberitahu Metro TV bahawa perhimpunan itu adalah tindakan membantah kontroversi terbaru membabitkan penggunaan tarian tradisi Bali dalam promosi pelancongan Malaysia. Hubungan panas sedia ada antara negara jiran itu mencapai ketegangan baru minggu lalu selepas dakwaan bahawa lagu kebangsaan Malaysia, Negaraku, ditiru daripada lagu Indonesia, Terang Bulan.
Dakwaan bahawa tarian Bali digunakan untuk mempromosi satu rancangan televisyen mengenai Malaysia walaupun sudah dijelaskan tidak membabitkan agensi kerajaan Malaysia, sebaliknya pihak ketiga masih menjadi modal untuk memarahi Malaysia. - Agensi

No comments:

Post a Comment