Sedara2ku...

31 October 2009

Doa bagi memudahkan faham dan kuat ingatan

Ya Allah
Terangilah pandanganku dengan kitab (Al Quraan)
dan lapangkanlah dadaku dengannya
dan mudah-mudahan dapat aku beramal dengannya
dan lancar atau petahkanlah lidahku dengannya
dan teguh hatiku dengannya
dan percepatkan kefahamanku dengannya
dan perkuatkan keazamanku dengan daya kekuatanmu
maka sesungguhnya tidak ada daya dan kekuatan melainkan dengan Engkau wahai Tuhan yang amat pengasih
Ya Allah
aku pertaruhkan kepada Engkau ilmu yang telah Engkau ajarkan daku
maka kembalikanlah akan dia padaku ketika aku memerlukan kepadanya
dan janganlah hendaknya Engkau melupakannya wahai Tuhan yang mentadbir sekalian alam.

1 comment:

  1. akhir-akhir ini, posting ini menjadi pilihan pembaca blog ini. Mungkin musim peperiksaan... saya doakan kejayaan anda semua....

    ReplyDelete