Sedara2ku...

13 October 2009

duit.. duit .. duit

Seminggu kebelakangan ni, ramai kawan2 yang belajar EDP bersama saya contact balik, ingatkan rindu kat saya, rupa2nya rindu kat Vitamin M (Money, money, money). Kami habis berkursus pada 15hb September, sampai sekarang elaun bulan september kami belum dapat, dah 13hb ni...Kawan2 tu tahu, saya check online je. Dah lah kerajaan pilih Public Bank yang ATM tak banyak, mereka bising, duit minyak habis dok ulang ke Public Bank je. kalau check kat maybank yang banyak kat petronas tu, kena charge lah pulak.
Ingatkan kami je, rupa-rupanya peserta baru tu sama jugak. Nak survive punya pasal, mereka jual macam2 makanan, target customer sapa lagi...CIKGU!!! senanglah jugak, tak payah keluar pergi lunch. ada nasi lemak, ada sandwich. Bila mata bertentang mata, saya dan juga staff di training center bagai dah faham soalan yang bakal keluar dari mulut peserta.
Hai..nak marahkan siapa ni? orang JTK, HRDF atau perbendaharaan? Belum habis cuti raya lagi ke? atau nak sambung cuti Deepavali terus? Dalam hal ini, saya tak salahkan kerajaan kerana kerajaan menyediakan peruntukan, tetapi saya marah dengan orang yang menguruskan pembayaran ini. Mungkin orang2 ini patut merasai kepahitan hidup menganggur atau diberhentikan kerja...
Untuk pengetahuan ; elaun julai bayar 7 ogos,
elaun ogos bayar 10 sep,
elaun september.. 13hb pun belum dapat lah....

No comments:

Post a Comment