Sedara2ku...

22 October 2009

siapa rugi?

semalam sekali lagi staff training center berpesan kepada para peserta.. jangan parking depan office sebelah... Respon dari para peserta.... dia ada booking parking ke, kan ke ini tempat public...

Training center kami terletak bersebelah dengan pejabat direct selling company (Zhulian), di Taman Universiti. Center kami ni dirumah kedai. 2 minggu lepas salah seorang peserta telah membawa naik nota yang ditampal didinding sebelah pintu tangga -dgn ayat yang sungguh kurang sopan.

Pandangan saya, tindakan pekerja premis sebelah, sangat tidak diplomatik dan merugikan syarikat. Cuba bayangkan setiap hari tidak kurang 50 orang belajar dari pagi hingga petang. Kalaulah mereka pandai mengambil kesempatan dan berbuat baik dengan peserta, setiap hari mereka ada 50 orang PROSPEK. Kursus komputer 1 bulan saja. so, setiap bulan bertukar orang. Exec development pula 2 bulan. wah.. potensi yang sangat besar... dan berapa banyak syarikat rugi...mungkin tuan punya premis sebelah kena hantar pekerjanya training dgn kami..

No comments:

Post a Comment