Sedara2ku...

04 October 2009

zaman dah berubah

siang tadi saya pergi kenduri kahwin rumah mak long saadiah (sepupu arwah mak). ramai yang saya jumpa.. iras2 belah arwah mak, keluarga arwah tok temah, tapi segan nak tegur. Bila bertemu saudara mara yang dah berusia atau tak pernah jumpa, soalan lazim.. anak sapa ni? anak arwah enon yang tua.... Antara saudara yang saya kenal disana.
1) off course tuan rumah, maklong saadiah & paklong hamzah.
2) tok busu perempuan .. saya mencari saudara yang kenal, rupanya dia depan mata... alahai.. minta maaf tok busu.
3) anak2 arwah makngah rubiah : md din & kak nor, dollah& isteri, pozi & tajudin sekeluarga.
4) aziz mansur - bekas rakan sekerja di epson. isterinya saudara sebelah paklong hamzah.
5) juga Pak Isa (dia membahasakan diri pak andak) - pernah dengar nama tapi tak pernah jumpa orangnya.
6) tokcik ani & pak mail. Pak mail masih maintain rambut paras baru walaupun dah berusia.. pak mail sejak dulu memang handsome, cuma sekarang ni pergerakanya agak terbatas setelah diserang angin ahmar

Cuma terkilan tak dapat jumpa tok busu lelaki, dia kurang sihat dan berehat dirumah cik suha... kalaulah tokbusu sihat, syok tengok kerenah tok busu. cerita kisah dulu2 mula mencemik.. dah.. orang lain ikut mencemik... ni le keluarga arwah tok temah yang murah air mata... saya pun dah sampai masa mendapat warisan dari mereka.. dah jadi kememeh... especially bila tengok cerita korea le....

No comments:

Post a Comment