Sedara2ku...

28 November 2009

Lambakan cerita Indon untuk siapa?

Salam. dah lama tak update blog ni....

Hari ini saya nak bercerita tentang kemusykilan saya mengenai keghairahan stesen TV di Malaysia ni menyiarkan cerita Indon. Setiap hari selepas pukul 2 petang, tukarlah channel mana pun (maksud saya channel yang free!), pastinya cerita Indon belaka. Untuk siapa agaknya cerita Indon ni ya? untuk makcik2 dirumah atau pembantu rumah indon?

Ada ketikanya saya agak marah bila trend mengarut ni turut diikuti oleh RTM. Ada ke patut pukul 8.40 mlm, prime time pasang cerita Indon? kalau channel lain, oklah... mereka nak untung.. tapi RTM, kita bayar cukai kepada kerajaan untuk RTM siarkan produk malaysia, kayakan orang malaysia, bukannya mengkayakan orang luar.

saya marah anak2 menonton cerita Indonesia dengan alasan mereka masih bersekolah.. " awak sepatutnya belajar bahasa malaysia,bukannya bahasa Indonesia.. " bebelan saya kepada mereka. Saya terkedu bila anak saya menjawab sambil ketawa..." masa exam ada kawan kena marah dengan cikgu sebab masukkan lo dan gue dalam karangan"

2-3 tahun lepas, jiran saya menyewakan rumah kepada kilang untuk diduduki oleh orang Nepal. Selepas 3 bulan mereka di malaysia, saya terdengar perbualan telefon salah seorang pekerja Nepal tersebut bersama teman wanitanya... bunyinya begini...
"ya..ya.. saya sayang kamu.. saya tak tipu..." dengan slanga Indon....
mereka berada di malaysia tapi lebih pandai berbahasa Indon...
salah siapa? tepuk dada tanya diri sendiri....

No comments:

Post a Comment