Sedara2ku...

23 December 2009

bila poligami.. ikut sunnah nabi..

lepas solat maghrib tadi, saya dan suami seperti biasa buka topik bual kosong. Topik hari ini.. POLIGAMI.

hujah saya.. para suami ni... kalau nak berpoligami.. mulalah guna ayat IKUT SUNNAH NABI.. piiiiiraaaah.. para isteri nabi walau pun bukan kaya kecuali Saidatina Khadijah, mereka tak perlu risau hal rumah, semua diuruskan oleh suami. Zaman tu, wanita bagai raja dirumah, semua disediakan. kalau nabi muhammad tak mampu sediakan orang gaji, baginda sendiri yang melakukan kerja rumah termasuk mencuci pakaian baginda sendiri... sunnah sebegini orang lelaki sekarang tak ambil peduli, cuma tang nak kahwin ramai je ambil tahu.

suami kata, lelaki tu kan manusia biasa, dia ikut jugak sunnah nabi, setakat terdaya hahaha....tang kerja kat rumah tak daya, yang daya cuma kahwin lagi je..

saya sambung balik.. kalau belum mampu ikut sunnah nabi sepenuhnya bab rumah tangga, maknanya belum le mampu tambah cawangan...

INGATAN KEPADA PARA SUAMI... SEKIRANYA ANDA MAMPU IKUT SUNNAH NABI SECARA TOTAL DALAM BAB RUMAHTANGGA... RASANYA TAK ADA MASALAH NAK POLIGAMI.... hehehe....

11 December 2009

kenapa jadi begini....

petang tadi sewaktu sedang lepak2 direception area sebelum balik, datanglah 2 orang wanita, sorang dah putih rambutnya, rasa2nya mungkin dah lebih 60 tahun. Yang sorang lagi, muda, mungkin dalam 20'an. Yang tua datang merungut2, tiba2 menengking, terkujat saya dengar, tak tau hujung pangkal..dari ayatnya dengan slanga yang pekat bercampur emosi, saya dapat tangkap sedikit maksudnya.... pointnya begini:

1. auntie tu tuan rumah.
2. dia tak puashati kerana syarikat tidak memberi notis 1 bulan sebelum keluar dari rumahnya.
3. dia nak bawa bakal menyewa tengok rumah.

oh.. itu aje.. la.. agaknya orang malaysia ni dah sakit jiwa gamaknya, nak keluarkan point itu je pun siap tengking orang... hm.... bila dia dah berlalu, saya tanya pada salah seorang staff, saja kepoh2. staff tu punya cerita pulak....

1. rumah disewa melalui agen, jadi pihak syarikat tidak berurusan secara langsung dgn tuan rumah.
2. Tempoh perjanjian sewa telah ditandatangani, jadi bila kedua2 pihak dah bersetuju tarikh tamat perjanjian, kenapa pula tuan rumah bising pasal tempoh notis.. tambahan lagi perjanjian sewa ada lagi 11 hari, dah pihak syarikat telah pun bersetuju mereka akan kosongkan rumah sehingga tarikh tersebut.

bila tengok sikap auntie tadi, saya terfikir .....
*** patutlah ramai rakyat malaysia makin kurang ajar. rupanya2 orang tua yang sepatutnya mengajar pun sangat-sangat kurang ajar... ni kes mak kencing berdiri, anak kencing berlari....
*** bahasa budaya bangsa. mentang-mentanglah auntie tu speaking english, dia rasa power besar agaknya, boleh jerit-jerit kat orang lain. (ye lah.. kalau tengok kat auntie tu pun rasa-rasanya macam dah melalui zaman colonial).

manusia... manusia....

06 December 2009

cerita dari kuching

salam, kami baru balik dari Kuching, Sarawak bumi Kenyalang. Walaupun baru pertama kali memijakkan kaki di Kuching, saya tidak berasa begitu terasing. Budaya Sarawak sudah biasa kami lihat di TV. Bahasa pertuturan pula, kadang-kadang boleh didengar di drama juga rancangan TV yang lain. Walau pun tidak faham keseluruhannya, kita boleh dapat agak maksud ayat yang dituturkan oleh orang sana.

Kami tinggal di Hotel Grand Marguerita. Depan hotel kami ada replika kucing dan anak2nya. Suami buat lawak mengatakan kuching-kuching ini telah disumpahkan menjadi batu kerana tidak dengar kata ibunya.....hehehe bab2 ni pakngah memang kreatif.









Kami sampai ke Kuching hari Jumaat. Setelah berehat sebentar, kami keluar berjalan di waterfront. Di sana terserempak dgn rakan suami saya, jadi kami sama2 menyusuri tepi sungai.