Sedara2ku...

06 December 2009

cerita dari kuching

salam, kami baru balik dari Kuching, Sarawak bumi Kenyalang. Walaupun baru pertama kali memijakkan kaki di Kuching, saya tidak berasa begitu terasing. Budaya Sarawak sudah biasa kami lihat di TV. Bahasa pertuturan pula, kadang-kadang boleh didengar di drama juga rancangan TV yang lain. Walau pun tidak faham keseluruhannya, kita boleh dapat agak maksud ayat yang dituturkan oleh orang sana.

Kami tinggal di Hotel Grand Marguerita. Depan hotel kami ada replika kucing dan anak2nya. Suami buat lawak mengatakan kuching-kuching ini telah disumpahkan menjadi batu kerana tidak dengar kata ibunya.....hehehe bab2 ni pakngah memang kreatif.









Kami sampai ke Kuching hari Jumaat. Setelah berehat sebentar, kami keluar berjalan di waterfront. Di sana terserempak dgn rakan suami saya, jadi kami sama2 menyusuri tepi sungai.






No comments:

Post a Comment