Sedara2ku...

11 December 2009

kenapa jadi begini....

petang tadi sewaktu sedang lepak2 direception area sebelum balik, datanglah 2 orang wanita, sorang dah putih rambutnya, rasa2nya mungkin dah lebih 60 tahun. Yang sorang lagi, muda, mungkin dalam 20'an. Yang tua datang merungut2, tiba2 menengking, terkujat saya dengar, tak tau hujung pangkal..dari ayatnya dengan slanga yang pekat bercampur emosi, saya dapat tangkap sedikit maksudnya.... pointnya begini:

1. auntie tu tuan rumah.
2. dia tak puashati kerana syarikat tidak memberi notis 1 bulan sebelum keluar dari rumahnya.
3. dia nak bawa bakal menyewa tengok rumah.

oh.. itu aje.. la.. agaknya orang malaysia ni dah sakit jiwa gamaknya, nak keluarkan point itu je pun siap tengking orang... hm.... bila dia dah berlalu, saya tanya pada salah seorang staff, saja kepoh2. staff tu punya cerita pulak....

1. rumah disewa melalui agen, jadi pihak syarikat tidak berurusan secara langsung dgn tuan rumah.
2. Tempoh perjanjian sewa telah ditandatangani, jadi bila kedua2 pihak dah bersetuju tarikh tamat perjanjian, kenapa pula tuan rumah bising pasal tempoh notis.. tambahan lagi perjanjian sewa ada lagi 11 hari, dah pihak syarikat telah pun bersetuju mereka akan kosongkan rumah sehingga tarikh tersebut.

bila tengok sikap auntie tadi, saya terfikir .....
*** patutlah ramai rakyat malaysia makin kurang ajar. rupanya2 orang tua yang sepatutnya mengajar pun sangat-sangat kurang ajar... ni kes mak kencing berdiri, anak kencing berlari....
*** bahasa budaya bangsa. mentang-mentanglah auntie tu speaking english, dia rasa power besar agaknya, boleh jerit-jerit kat orang lain. (ye lah.. kalau tengok kat auntie tu pun rasa-rasanya macam dah melalui zaman colonial).

manusia... manusia....

1 comment:

  1. Shinshie..biasa lah, bila emo menguasai diri..mcm yg kat office ni mcm2 lah gaya & hal nya samapi naik fening larrr entah bila lah dpt kerja baru ???

    ReplyDelete