Sedara2ku...

26 December 2010

Hujan dipetang hari.

Minggu lalu, ketika memandu pulang dari kerja melalui pekan Senai, hujan turun... entah kenapa suasana suram petang itu mengingatkan saya kepada luahan rasa seorang isteri..... cerita kak lela begini...

" Tiap petang tu akak balik kerja, naik bas dari jalan airport ke pekan senai. Untuk pulang ke Kulai akak kena lintas dan naik bas kearah Kulai pula. Satu hari tu hujan.... akak tak bawa payung.. terpaksa jalan dalam hujan. Dalam melintas dicelah-celah kereta, akak lalu didepan kereta suami akak... luluh hati akak bila akak tengok ada perempuan lain dalam kereta. Mereka tengah berbual mesra... cuba bayangkan akak yang basah kuyup waktu tu terpaksa melihat suasana begitu....   macam drama kan..."

Memang macam drama....kak lela tentunya lebih sedih bila mengetahui bahawa wanita tersebut adalah isteri muda suaminya yang dinikahi senyap-senyap. 

24 December 2010

bila kemarau kunjung tiba

Tidurlah adik tidurlah sayang
jangan menangis kakak dodoikan
hujan diluar usahlah bimbang
sampai mimpi kakak temankan

bangun nanti jangan berlari
tatih dahulu berperi-peri
tiba masa tergigit jari
jangan terus menghempas diri

bila kemarau kunjung tiba
atau taufan datang melanda
jangan adik janganlah lupa
suatu ketika dulu kakak pernah ada....

Resepi : Goreng Pisang

Sejak akhir-akhir ni suami saya kemaruk makan goreng pisang. Biasanya dia akan beli pisang dan bawa balik suruh saya goreng. Lebih muai kata orang johor.

Ni goreng pisang, ala makngah... ringkas dan mudah. janji sedap.

Bahan utama :

  • Pisang (tak kiralah pisang nipah ke pisang tanduk ke, asal yang orang biasa buat goreng pisang) 
    •  potong ikut suka.
  • Bahan untuk tepung.
    • Tepung gandum
    • serbuk kunyit ( biar warna pisang goreng nya cantik, tak le pucat)
    • garam
    • air
    • air kapur.
  • Minyak untuk menggoreng.

Cara-cara :

  •  Campur semua bahan dalam mangkuk, tuang air sedikit-sedikit dan kacau. kemudian masukkan air kapur.
  • Panaskan minyak dalam kuali,
  • celup pisang dalam tepung.
  • goreng hingga garing
SELAMAT MENCUBA.

20 November 2010

Bertemu kembali teman sekolah.....

Reunion! hasil dari pertemuan di fb, tahun ni saja saya telah menghadiri 2 reunion. 

Reunion pertama dengan rakan2 sebaya di sekolah menengah. Reunion kedua, rakan sekelas di sekolah rendah. Hasilnya.. sangat berbeza. Mungkin memori zaman kanak2 dengan persahabatan yang amat ikhlas, tetapi bila meningkat remaja, masing-masing mula "conscious" dengan jantina masing-masing.... Sungguh lucu bila rakan-rakan sekelas yang sudah hampir separuh abad masih usik mengusik seperti dulu walau pun setelah lebih 30 tahun tidak berjumpa!

Mengapa ya.. rakan-rakan sekelas sekolah rendah tidak begitu peduli apa kerjaya kita sekarang, tetapi sibuk mengembalikan nostalgia zaman sekolah sedangkan rakan-rakan sekolah menengah awal-awal lagi telah meletakkan jurang... kedudukan, kerjaya, harta, keluarga.... hmmmmm.... 

02 November 2010

Abang Aji dalam kenangan....


nota: gambar diambil dari akaun fb beliau.

Berita pemergian Chef Raman Abu Samah atau lebih mesra kami panggil Abang Aji  sungguh mengejutkan, Saya tak sempat berjumpa dengan beliau semasa beliau datang ke JB sebelum ini disebabkan kekangan kerja. Beliau selalu komplen, "aku aje ingat kat anak2, tapi anak2 selalu lupakan aku...."

Seperti arwah Jefrey Haji Bujang, silaturrahim disambung semula di facebook setelah berpisah sejak tahun 1992. Banyak jasa beliau terhadap pelajar-pelajar Malaysia di Tokyo pada akhir tahun 1980'an hingga tahun 1990'an. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

30 October 2010

Bila rindu bertandang....

betul kata orang tua-tua
jauh wangi
walau baru satu malam tak bersua
terasa sebahagian diriku dah pergi...

kekanda dimedan perang
adinda dimedan seni
bait-bait lagu selalu terkenang
dalam keriuhan hatiku tetap sepi

lagu p ramlee jadi terkenang
waktu pengantin baru "tidurlah permaisuri"
mintalah lagi lagu waktu sekarang
tukar lagu.. hai senangnya dalam hati.....

esok kau kembali
pasti keriuhan rumah kita kembali lagi....

09 October 2010

terima kasih sifu... (untuk Mr. Danial Liang Abdullah)

Anak muda itu
terkapai-kapai mencari haluan
dibiarkan meneka dalam kesamaran
meraba-raba mencari jalan

dalam dia kulihat diriku
suatu ketika dulu
tika hampir rebah semangatku
kau pimpin tanganku
menunjukkan jalan yang patut kulalu

teguran pedasmu
kata-kata sinismu
pangkahan pen merah pada draf surat-suratku
menjadi perangsang kepadaku

Mungkin telah tiba masa
aku membalas jasa
menurunkan ilmu kepada anak bangsa
menjadi pewaris kerjaya kita

terima kasih sifu
kata-katamu pernah mengguris hatiku
yang mentah tika itu
tapi kini aku faham
yang tersirat dari tersurat......

30 September 2010

Selamat TInggal kawan-kawan

kuhulurkan tangan ucap perpisahan
ada terkejut ada meneka
mencari salah pada siapa
aku kah yang tak kuat menahan dugaan
atau menjadi mangsa keadaan

pergiku pilihan sendiri
banyak faktor telah diimbangi
ibarat pelukis mencorakkan kanvas
sekatan dan kekangan menghalangku bernafas
membina kreativiti mencorak jati diri

keprihatinan kawan-kawan 
membuat hatiku jadi rawan
biar singgah sekejap cuma
aku terharu kewujudanku
memberi kesan

usia sudah menjelang senja
jerih payah sudah ku rasa
zaman gemilang juga tidak kurangnya
percaturan hidup bermula semula
biarpun nanti gagal
sekurangnya aku gembira
hidupku ku corak sendiri

Kawan-kawan terima kasih atas doanya
Insyaallah
Usaha itu kudratku,
rezeki itu ketentuanNya
amin ya rabbal alamin...



23 September 2010

Persimpangan dilema...

Tiba aku di persimpangan
keputusan harus dibuat
ke kanan bakal jumpa jalan mati
ke kiri ? bakal sama nasibku
tapi hati memberontak
kenapa ditunggu kalau dah tau jalan mati
kembalikan keremajaan hatimu
perjudikan nasibmu
untung sabut timbul, untung batu tenggelam
biar gagal
tapi jangan menyesal tidak mencuba
Ya Allah Ya Tuhanku
aku tahu setiap gerak hatiku adalah darimu
aku percaya biar apa keputusanku
aku sentiasa dibawah lindunganmu
amin...

15 September 2010

chaling or CALLING?

Petang  saya telefon suami, tapi tak dijawab.. tak lama lepas tu Haleeda call balik.

Haleeda : Tadi mak telepon ayah ke? ayah tengah semayang......
Saya : Mana adik tau?
Haleeda : Ala adik tau, tadi kat telepon ayah adik nampak ada tulis nama mak lepas tu chaling?
Saya : Apa tu dik?....
Haleeda : Adik nampak ada tulis C A L L I N G, chaling la tu kan?
Saya masih blurr...
Saya : adik baca dalam bahasa melayu ye? Cuba baca dalam english.. CALLING.. calling lah tu..

14 September 2010

SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI

Suara Tok Abah bertakbir bersama-sama anak, menantu dan cucu selepas solat maghrib tadi sungguh mengharukan. Alhamdulillah, Pokda Halim & keluarga dari Kota Bharu yang asalnya tak ada perancangan nak balik tiba-tiba muncul. Meriah sungguh malam raya. Malam tadi juga saya telah membuat perkara yang dah lama sangat ditinggalkan... menyeberang anak sungai sebulong menghantar ketupat ke rumah Tok Andak Saadiah. Budak-budak meriah bermain bunga api di wakaf tepi anak sungai sebulong, sambil menikmati dentuman bunga api,


Kemeriahan malam ni dah berjaya memadamkan kekecewaan kerana baju raya tak siap. Walaubagaimanapun, alhamdulillah, dapat jugak sepasang sorang untuk dipakai pagi raya...... BAJU MELAYU TELUK BELANGA! Esok selepas solat aidilfitri, kami akan gerak ke rumah Tokji. Seperti biasa, lepas solat zohor, akan berkonvoi berkunjung kerumah saudara mara sebelah suami... Tahun ni tambah meriah kerana Cik Abeng balik bercuti dari Perth.


SELAMAT HARI RAYA SEMUA.

SEMOGA KITA LUPAKAN SENGKETA LAMA DAN MULAKAN KEHIDUPAN BARU

SEBAGAI MAHLUK ALLAH YANG MEMAAFKAN.

AMIN YA RABBAL 'ALAMIN.

IMAI MIKI (今井美樹) - GOODBYE YESTERDAY


Saya suka lagu ni, GOODBYE YESTERDAY & HELLO TOMORROW.


Semalam adalah kenangan yang indah,

tetapi

semalam adalah semalam

tak mungkin akan berulang lagi

Hari esok adalah masa depan

yang bermula dari hari ini...

03 September 2010

Nostalgia Aidilfitri 1987



Tiap kali raya teringat kisah tahun 1987, saya menjejakkan kaki ke Jepun 2 minggu sebelum puasa. Dalam minggu orientation, kami disuruh membuat persembahan budaya negara masing2. Kami berlima, saya sorang melayu, yang lain cina. So masing2 toleh pada saya, korek2 punya korek dalam beg yang ada cuma kaset lagu raya. Senior kata, ala. orang lain bukan tau pun ni lagu raya, asal boleh joget sudahlah.... Goh, Cheah, Tong (para jejaka handsome) dan ong (gadis manis) telah dipaksa menari dengan saya walau pun tangan kanan kedepan, kaki kanan kedepan.. nostalgia....

Raya tahun itu, pertama kali berjauhan dari keluarga dan terpaksa menghadapi test bahasa jepun pertama. 3 orang jejaka tampan malaysia telah memasakkan untuk saya, kami "makan besar" dikantin pada malam raya.

01 September 2010

cara mengelak duit dicuri toyol..

Salam

Topik ni bukan nak cerita pasal hantu atau mistik. tidak.. tidak.. sejak bulan Julai, di rumah saya selalu hilang duit  Hati saya terdetik jugak nak menuduh anak2 yang meningkat remaja, tetapi dalam banyak kejadian, duit mokcu hilang waktu anak2 pergi sekolah. Jadi, secara tak langsung, kami syak toyol. Bila saya luahkan perasaan geram di facebook, ramai pulak yang bagi petua. Kita share le sama-sama ye....

1) Guna kacang hijau.
Tokcik Ani dengan Nyai suruh tabur kacang hijau disudut2 rumah, jangan sapu, biarkan saja. Kacang hijau ni tujuannya untuk melekakan toyol tu, biar dia syok main kacang hijau sampai lupa nak ambil duit tuan rumah. Kemudian Pakcik Aan kata kita kena perhatikan kacang2 tu, kalau le kacang yang asalnya dibiarkan bertabur jadi bersusun elok je, maknanya confirm ada toyol kat situ. gekkkkk tidakkkkkkkk  tak sanggup saya menerima kenyataan tinggal bersama toyol. Tapi saya cuba jugak lah petua tu... nampaknya tak berapa menjadi, masih kehilangan duit. ni mesti toyol sekolah ni.....

saya rujuk pulak pada orang lain, katanya toyol boleh masuk ikut tingkap! kena tabur kacang kat tingkap jugak! kebetulan masa tu musim hujan, tak jadi tabur kat tingkap, takut tumbuh pokok taugeh pulak kat tingkap rumahku.

2) Ikat duit guna getah.
Seorang yang baik hati telah mencadangkan kepada saya supaya ikat duit dengan getah. Katanya getah memang pantang toyol. Saya pun try le petua ni..ye la.. bukan susah sangat, tak payah taburkan kacang hijau. Untuk 3-4 hari, senyap.... masuk hari ke 5, duit saya hilang lagi. Saya pun bising lah lagi... Ada orang kata, si toyol ni bila dia balik jumpa tuan dengan tangan kosong, tuan dia tanya kenapa, dia akan explain senario macamana duit disimpan. Jadi, tuan dia akan training dia untuk lepaskan duit dari ikatan getah tersebut.... ooo gitu rupanya...

3) Bela ikan puyu.
Tok busu Derus yang kesian dengan saya telah menghadiahkan ikan puyu yang dipancing dari anak sungai sebulong, kat belakang rumahnya.. (anak sungai sebulung dah cantik tau.. siap masuk paper lagi..)
Ikan tu kami letak kat depan pintu masuk. tak tau le kalau ini petua ke apa, tapi kat situ je le yang sesuai dengan susunan interior dalam rumah saya.  Setakat ni belum ada dengar orang  komplen hilang duit. Tapi ini bukan bermakna 100% berjaya... sebab kami dah guna pendekatan lain jugak.

4) Simpan duit kat folder kecik untuk kad.
Yang ni tak reti nak explain... ala.transparent plastic folder yang orang buat isi IC, kad bank macam2 tu.. Saya simpan folder ni dalam purse jugak. hm... mula2 selamat lah... lepas tu hilang jugak. Yang geramnya.. hilang dalam bulan puasa.. toyol kerja jugak dalam bulan puasa ek...

Ada jugak petua yang saya tak pernah cuba antaranya...
5) Letak jala ikan kat atas pintu masuk - mana nak cari jalan ikan sekarang ni ek...
6) Taburkan tepung dalam dulang, letak dipintu masuk. Konon2nya kita boleh jejak tapak kaki toyol kalau dia pihak tepung tu... yang ni saya tak berani cuba.. kalau jumpa nak buat apa? nak ikat dia.. takut..........
7) Ikat duit dengan rambut.
8) letak cermin dalam beg duit
9) Letak cermin dipintu masuk.
10) Letak jarum dalam beg duit.

setakat ni , ini je lah yang teringat.. nanti kalau ada lagi saya tambah kemudian.

Toyol ni memang tau, dia cuma ambil duit RM50 & RM10 je. Jadi pendekatan yang kami ambil buat masa ini adalah :
a) Ambil duit cukup2 untuk belanja.
b) Duit tempah baju raya, kuih raya, transfer guna online banking.
c) kalau ada baki duit 50 pun tak simpan dalam purse.

Kalau ada lagi petua, beritau ye.. kita kongsi bersama...

31 August 2010

BISKUT ARAB

Salam
Dah dekat sangat nak raya ni, anak2 dah bising suruh buat biskut arab. Lepas sahur korek balik majalah lama, angan-angan sempena cuti hari merdeka ni nak buat biskut arab. Setiap resepi biskut arab yang saya jumpa ada inti kacang / kurma. tapi anak2 saya tak suka. Jadi resepi yang saya letak disini , ala-ala kegemaran keluarga saya lah ye.. no inti....


Bahan-bahan :
500 gm minyak sapi
100 gm mentega
1 biji telur
100 gram gula ising
1 kg tepung
secubit garam

Cara penyediaan :
1) Gaul semua bahan.
2) Bahagikan kepada 3 bahagian & warnakan merah, kuning, hijau.
3) Untuk lebih sopan, ambil secubit setiap bahagian dan cantumkan. Tapi saya buat cara short-cut, macam main tanah liat.... Gelek2 setiap bahagian tepung secara berasingan dan biar sampai jadi silendar yang agak panjang. Cantumkan tiga2 warna dan gelek menjadi satu silinder yang lebih besar. Potong kecil2 bagi mendapatkan besar yang lebihkurang sama. ambil 1 ketul dan bulat2 kan.
4) Bakar selama 20 - 25 minit.
5) Sesudah masak, biarkan sejuk
6) Gaulkan dengan gula kastor.
7) Masukkan dalam cawan kertas.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN

Sejarah kemerdekaan.
Untuk di kongsi bersama dengan generasi hari ini.

28 August 2010

BUNGA RAYA BUNGA KEBANGSAAN KITA.

hari ni nak share gambar bunga  yang saya ambil masa jalan2 ....

ni kat putrajaya, sebelah masjid besi 

bunga raya di hutan bandar putra, kulaijaya... 






 bunga senduduk pun cantik juga...

 bunga lalang ok tak?


SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN

lagu terngiang2 dikepala sekarang adalah.....
 
MARI KITA SELURUH WARGA NEGARA
RAMAI-RAMAI MENYAMBUT HARI MERDEKA
MERDEKA!

17 August 2010

sunyi nya bulan merdeka...

hari ni dah 17hb Ogos, tinggal berapa hari lagi kita menyambut kemerdekaan.

Entah kenapa, saya terasa tahun ni begitu sunyi... jarang nampak kereta yang pasang bendera  di jalanraya, kalau ada pun lori. Adakah kita tak patriotik atau suasana raya mengalahkan mood bulan merdeka.

29 July 2010

Kepimpinan melalui tauladan.....

walaupun cerita yang bakal saya tulis ni dah selalu sangat saya jumpa, tetapi sekarang ni semakin menjadi-jadi.. sabar je lah membacanya ye....

Petang tadi, bila waktu anak2 keluar sekolah, sampailah sebuah kereta hitam, tak ingat jenama, tapi ala2 waja lah bentuknya... dia berhenti betul2 depan pintu sekolah, tengah2 jalan. saya perhatikan ramai anak murid dah keluar, tapi kereta hitam itu masih disitu, ditengah2 dunia, tidak berganjak walaupun banyak kereta lain sudah mahu bergerak.Walau pun pemandu kereta lain beralah, bergerak kekanan dan masuk kekiri semula. kereta hitam itu masih disitu.

hati yang jahat mula berkata2.... Kalau bapak dah macam ni, macamana agaknya anak beliau ye....

25 July 2010

Kerja 5 1/2 hari dah ketinggalan zaman?

Mungkin ekonomi sudah pulih, demand untuk pekerja berjawatan tinggi lebih banyak dari supply agaknya. Sudahlah dipanggil interview, minta tukar hari sabtu. I'm not available on weekdays!. Bila datang, dah lah tak study pasal company, boleh lah pulak stop interview half way bila saya inform pasal working hours 5.5 days. Siap boleh keluarkan ayat, "with 5.5 working days, it will be very difficult for you to get a good candidate".

hello, are you indicating that I who work on saturday am not a good candidate?

30 May 2010

HAPPY BIRTHDAY ABANG PYAN.

Hari ini 29 Mei 2010 genap usia Abang Pyan 14 tahun. Sekejap sungguh masa berlalu, dah bujang dah anak mak.

2 hari lepas, khamis malam jumaat, bila Abang Pyan diserang sawan, mak dan ayah sungguh panik. Walaupun kami pernah membaca mengenai kecenderungan anak cerebral palsy diserang sawan, kami tidak pernah mengalami sendiri. Selama ini, walau pun dari segi fizikal Abang Pyan perlu dibantu, Abang Pyan sangat sihat dan berdikari. Alhamdulillah, hanya sebentar, Abang Pyan dah pulih seperti sediakala.

Mak tau Abang Pyan kuat. Sejak lahir Abang Pyan dah tunjukkan kehebatan. Wad A4 di Hospital Sultanah Aminah menjadi rumah persinggahan pertama Abang Pyan sebelum sempat merasai air susu mak. Masa mak dan ayah pertama kali sampai ke wad, sapaan pertama dari doktor adalah : " Kita hanya boleh berdoa, selebihnya bergantung kepada kekuatan semangat anak ini untuk hidup...." Pelbagai interpretasi bermain di kepala. Tapi Abang Pyan memang kuat. Seminggu di A4, Abang Pyan diturunkan ke wad A3. Selepas 2 minggu, Abang Pyan dah pulang ke rumah.

Mak tak tau apa yang bakal mendatang, tapi Abang Pyan mesti tau yang Ayah, Mak, Khaleed, Azam & Haleeda semua sayang Abang Pyan...

HAPPY BIRTHDAY....

16 May 2010

Selamat Hari Guru

Anda ingat cikgu2 yang pernah hadir dalam hidup anda? Masa kecik2 saya tak tau menghargai gambar kelas, dapat terus sepah2kan, sekarang baru tau kepentingan gambar kelas tersebut. Kenapa? makin berumur, memori dah makin sarat, hard disk drive dalam kepala susah nak korek balik memori lama.. tak mustahil, yang tak ada impact dah delete dari memori. 

saya cuba ingat balik cikgu2 saya.. Yang ingat hanyalah...
cikgu kamariah - guru tadika
- orangnya lembut..sanggup melayan kerenah saya yang asyik menangis bila tak ada orang tunggu.
cikgu jamilah - guru kelas darjah 1
- first day darjah 1 saya terperanjat sebab dia jerit suruh murid2 diam, menangis bagai nak rak sampai cikgu tunjuk orang botak kat tepi kolam ikan, saya ingat lagi jawaban saya.. tu bukan abah.....
cikgu rafikah - guru kelas darjah 2
- dia rajin suruh kami duduk keliling dia dan dia bacakan buku cerita, tak kiralah rumi ke jawi.
cikgu fauziah - guru kelas darjah 3
- cikgu fauziah garang, pernah ketuk tangan saya sebab tulisan tak cantik.
cikgu zainah - guru kelas darjah 4-6
- cikgu zainah memang best, bayangkan budak2 sekolah rendah sanggup jalan kaki dari kg melayu nak pergi beraya dirumah dia di larkin. 
cikgu hamdan - english teacher darjah 4-6
- dah arwah dah cikgu hamdan, tapi dia paling best. 100% english, tapi saya boleh faham dan boleh balas balik dia cakap. kenapa masuk sek menengah dah tergagap pulak ye.
Puan Tee - english teacher darjah 3
- mungkin sebab dia lain dari lain, cikgu india tapi kena panggil Puan Tee (suami dia cina agaknya). suka pakai cermin mata besar dan skirt pendek. 
Cikgu Hasni - guru kelas tingkatan 3
- masih ingat dia suruh salin balik komen editor dari suratkhabar tiap2 minggu. dan masa tu suratkhabar yang ada kat rumah hanyalah utusan melayu dalam tulisan jawi.
cikgu rasyid - cikgu sains
- ingatan kat cikgu rasyid sebab kena rotan kat tapak tangan. Bas T-Hakkim buat hal, kami sampai lambat ke sekolah, orang tengah perhimpunan, masing2 kena rotan tanpa disoal kenapa lambat. satu lagi, lepas dia mengajar kelas pandai, biasalah budak2 kelas pandai kadang2 kurang berdiplomasi dengan cikgu, pun kami jadi mangsa kena tadah tangan....
cikgu amnah 
- dia ni cikgu PJ kami, tapi suka cerita pasal sejarah. lepas ikut rombongan sekolah melawat kg makam di kota tinggi baru le tau, rupa2nya ayah cikgu amnah penjaga makam disitu.
Mrs Perry - Guru besar tingkatan 4-5
Masuk tingkatan 4, saya kena pindah SIGS. bila mrs perry ada dalam kelas malam malaikat lalu, senyap sunyi, yang dengar cuma kasut tumit tinggi dia saja. Paling kecut, kalau jumpa dia kena speaking english. 
Cikgu Mazni - Guru BM tingkatan 5
punyalah tinggi standard cikgu mazni ni, SPM percubaan BM saya dapat 8. Tapi yang paling best, bila SPM sebenar, 1 kelas saya tu lulus BM dengan distinction dan kepujian.
Cikgu Lim - guru kelas tingkatan 5
Saya lulus fizik mungkin sebab cikgu lim yang ajar. kadang2 kami dera dia suruh ajar math sebab tak faham cikgu lain ajar. 
biologi dan kimia, hm.... cikgu tu cakap sorang2, murid tidur depan dia pun tak peduli....

Bila dah masuk kolej, lagi lah.. jumpa pensyarah cuma 1 semester, lagi lah tak ingat. Entah kenapa, saya masih ingat cikgu kelas dan pensyarah semasa belajar di Tokyo dan Chiba. 
TUFS, Kobayashi sensei, tsutsumi sensei, sakai sensei yang cantik, kaneko sensei, sampai orang kantin pun masih ingat lagi wajah mereka. 
Chiba daigaku, paling ingat nakamura mitsuo sensei. 

di Best partner training center - Dr AB (Prof Madya Dr Ab Rahman). Dia bukan saja mengajar subjek, tetapi mengajar kami menangani jiwa kami sendiri.... maklumlah program train & place, program untuk orang yang diberhentikan kerja semasa kegawatan ekonomi....

Untuk cikgu2 diluar sana,
Jadilah cikgu yang memberi impak & melekat diingatan anak murid anda.

selamat hari guru.....





17 April 2010

Lama tak update kat sini, baru mula kerja seminggu lepas, dalam fasa menyesuaikan diri....

Setelah 1 tahun tidak berkecimpung dalam industri perkilangan, saya kembali semula.. I'M BACK!!!. kata ex-boss saya ayat tu macam Arnold Schwarznegger dalam cerita terminator. Betul ke ejaan ni? boleh je lah. bukannya masuk periksa. Semangat.. off course semangat baru.. Tapi dah setahun tak kerja kilang,  hampir terlupa lah pulak macamana tough nya boss kilang ni.. btw, my current boss, pompuan ..... Sangat2 hebat. Quick-witted and aggressive. Cuma saya je yang tercungap2 mengejar pace dia.. Nak kena bagi enjin oil bagus sikit kat badan ni supaya boleh jalan lebih lancar agaknya....

Macam biasa, kerja HR le. HR kilang tau le ek, job function yang kena cover... kalau orang production, job function sama mungkin model je lain2. tapi bab HR ni, banyak sangat cabangnya... ambil buang orang, off course kita, training kita, canteen, hostel, medical, transport, security, semua kita. Immigration matter untuk pekerja dan boss pun HR la jugak... belum sempat masuk keje, anak buah dah hilang, sorang cha alif bot, sorang lagi katanya sakit, tapi tel tak angkat, sms tak layan. tup2 nak jumpa saya personally kat luar, malam pulak tu. Telahan saya mungkin sakit jugak, tapi yang lebihnya sakit hati. Tapi frankly, saya rasa mereka sungguh2 tak matang. tak guna berdendam dgn syarikat. syarikat akan terus beroperasi, mereka hanya menyusahkan kawan2 mereka saja. Macam ni lah.. your friends will get over you very2 soon... mungkin lebih cepat dari sangkaan you all.

pagi tadi saya ajak security supervisor round asrama perempuan.. puhh.. yang ni pun ye jugak, dah hampir2 terlupa yang hostelite tak kira lelaki atau perempuan memang lebih terer dari godzilla... (macam ultraman lak makcik ek...). ranap barang hostel. Konon2 nak jengah bilik air.. ya allah.. harta karun penuh.. dia boleh kata tersumbat.... nak termuntah aku.. selak 2-3 pintu, sama je senario nya.. Kalau dah tersumbat, jangan lah pakai lagi.. dok tambah harta karun tu buat apa... eeeee.. rasa macam nak keluar mee siam yang makan kat kantin pagi tadi. Orang luar ni, ntah negara mana, kurang asam jugak ek.. tengah2 jalan dia panggil abang.. abang.. dia panggil security supervisor tu.. sambil tu dia pergi angkat bhg belakang baju kawan dia dan ketawa2.. heran jugak makcik.. rupa2nya diaorang ni pernah kena tegur pasal tak pakai bra kat luar bilik.. mereka nak tunjuk kat "abang " tu yang kawan dia tak pakai bra rupanya. dah lah masing2 pakai singlet dgn seluar pendek je... kejutan budaya betul.. ye la. selama ni jaga indon, tak pernah jaga orang vietnam/burma/nepal/kampuchea.

next week nak gi jengah hostel lelaki lah pulak.. ntah macamana rupanya nanti....

02 April 2010

Arnab oh arnab.

Pagi tadi saya pergi beli lauk, sambil tu beli sawi untuk arnab. Sampai rumah, saya terus panggil hitam dan coklat, hitam datang berlari dengan penuh excited, hidu-hidu terus pergi tempat lain.

Kesimpulan yang saya boleh buat , mungkin sayur tu ada bau ikan kot sebab orang kedai masukkan dalam beg yang sama. Bijak sungguh arnab ni...

01 April 2010

amah oh amah...

Pagi tadi, sewaktu saya hantar Haleeda ke tadika, saya terserempak lagi dengan seorang perempuan ni asyik bergayut dengan handphonenya depan rumah. Saya syak pembantu rumah Indonesia sebab saya terdengar perbualannya mengatakan didepan rumah dia ada pohon, then dia ulang balik.. pokok...pokok.... dengan slanga Indonesia. Setiap kali terserempak dengan perempuan ni, dia mesti tengah bergayut dengan handphonenya, kadang2 berdiri sambil pusing-pusing pinggang, kadang-kadang menyangkung. Kalau saya lalu awal sikit, ada sorang budak perempuan cina akan duduk menyangkung sebelah dia, mungkin sebaya Haleeda, tunggu van sekolah agaknya... tapi, kalau saya lalu lepas pukul 8 pagi pun dia akan masih ada disitu dengan handphonenya.....

saya teringat si Ayu pembantu rumah saya yang dah lari. menurut kata orang-orang lain lah.. dia ni pun dulu gitu jugak, dari pagi saya keluar pergi kerja, sampai petang saya balik rumah semula tak berenggang dengan handphone di telinga. Ayu ni bangun pukul 4 pagi, kalau orang tak tau masyaallah rajinnya.. tapi sampai pukul 6.30 pagi budak2 nak sarapan, semua tak siap lagi. Dia bergayut kat handphone sambil menyorok balik mesin basuh. Bila dah terserempak dengan suami saya, dia tukar lokasi, pergi duduk bawah pokok pisang pulak. Handphone sentiasa on silent tone, takut kita tau agaknya...

Kalau dia dah concentrate kat handphone sepanjang masa, masa bila pulak dia buat kerja ek.. menurut kata anak-anak saya, pukul 5 petang baru sapu rumah, sebab kalau bersepah, saya balik membebel. Anak-anak balik sekolah tengahari, hari-hari telur mata lembu dengan kicap walaupun peti ais sentiasa ada ikan dan sayur. Bukan saya marah anak-anak basuh pinggan sendiri, tapi ada ke patut dia suruh Haleeda yang waktu tu 4 tahun lebih cuci pinggan, dia pergi tengok TV, dia kata dia penat...

Hai si pembantu dengan handphonenya... jgn tak tau, gaji semua masuk bank, bila cukup hantar balik kampung, tak perlu pun duit kat tangan sebab semua majikan dah sediakan termasuk tuala wanita.Keperluan mandi, pakai aje lah yang ada kat bilik air, kalau pembantu kongsi pakai dengan anak-anak, takkan kita nak belikan cap ayam khas untuk kegunaan dia, dia pakai benda yang sama juga. Kadang-kadang saya heran, tak ada cash tapi macamana dia top-up handphone?

Blog Jom Belajar Bahasa Jepun

Hasil dari idea kreatif dan sokongan kawan-kawan di alam nyata dan alam maya (especially di facebook), saya telah membuat blog baru!!!!

Blog ni baru je 2 hari lepas, masih diperingkat permulaan, tapi siapa-siapa yang berminat nak belajar Bahasa Jepun , sila lawati alamat blog ni : http://jombelajarbahasajepun.blogspot.com/  .  Jangan letak harapan terlalu tinggi, sebab saya tak kan masukkan yang terlalu akademik, cukup sekadar belajar bercakap secara santai.

Sebarang cadangan dan komen bagi menambah-baik isi kandungan blog tersebut saya alu-alukan.

24 March 2010

Pelajar asing wajib belajar bahasa melayu?

Saya baca tajuk kat Berita Harian semalam, pelajar asing wajib belajar Bahasa Malaysia... wah bagusnya.. tapi  selama ni tak wajib ke? Masa menonton pidato Bahasa Melayu antarabangsa tempohari, saya kagum dgn kepetahan orang luar berbahasa Melayu terutama orang Cina, Russia dan german. Kebolehan mereka berbahasa melayu sesungguhnya lebih baik dari ramai rakyat Malaysia...

Cerita pasal bahasa melayu ni, saya heran lah, kenapa menteri2 kita suka guna english? kalau keluar kat berita tv tu, jawab soalan english saja. PM Thailand yang handsome tu lulusan England kan, siapa2 yang tengok TV Thai cuba check, dia jawab soalan reporter dalam English ke...

telinga saya pernah panas bila dengar orang kata "he is good for a malay". kenapa? dia ni profesional sebab guna english ke? kumpulan yang sama jugak memandang rendah kepada orang yang menggunakan bahasa melayu dalam komunikasi.. hello where are you now? in England?. saya pandang kes ni dari sudut yang lain... ha orang2 tu sebenarnya rasa rendah diri sebab tak pandai bahasa melayu, orang cakap dia tak faham. tapi dia nak jugak tunjuk terer, jadi dia membuli orang yang cakap melayu kata orang tu tak professional..

eleh setakat nehi2..ke che tau ke..biasa dengar kat TV, boleh agak makna, tapi bila saya guna " jodan janai yo... " orang tu blurr... aku pun dah jadi macam diaoran jugak sudahnya.....

23 March 2010

tinggal kenangan...

nampakya belum ada rezeki bab menjaga pet ni....

si Coklat dah beranak, anaknya sampai 8. tapi semua tak panjang umur.
semalam pulak kura-kura hijau dah kejung....

DARE TO FAIL... BERANI GAGAL...
lepas ni cuba lagi.. si coklat dgn si Hitam tu sibuk je mengawan, baru 2 hari beranak pun tak sabar2 nak mengawan, lagi 3-4 bulan, dapat baby lagi kot....

22 March 2010

officially dah 3 bulan saya duduk rumah, duduk rumah = income zero. walau pun ada le jugak duit dari sumber2 yang lain terutama suami ku, tapi kebebasan menggunakan wang tak sama macam dapat sendiri. Duit sendiri, tak ada rasa bersalah nak beli apa2, tapi duit org bagi, tak sama.

alhamdulillah walau pun tak kerja, saya masih sihat. Tiba-tiba fikiran saya melayang.. memikirkan bagaimana kalau seseorang ketua keluarga yang berbangga mencari rezeki untuk keluarga, tiba-tiba kena stroke? Dengan kesan stroke yang pastinya menjejaskan keupayaan fizikal, tambah lagi kerisauan tentang pendapatan keluarga yang tiba-tiba terhenti... masyaallah....

07 March 2010

Bahasa jiwa bangsa

Saya selalu perhatikan ayat-ayat yang dituturkan oleh anak-anak remaja sekarang. Fuh, ayatnya tahap layak kena tenyeh dengan cili padi, kalau arwah mak saya masih hidup. Mengapa jadi begini?
1) Adakah saya ketinggalan zaman, atau.
2) Dunia sekarang dipenuhi oleh manusia yang sakit jiwanya sehingga terpaksa meluahkan stress dengan ayat-ayat yang kurang ajar.
Kalau mereka boleh terlepas kata didepan saya, tak mustahil, mereka juga sudah terlepas kata didepan orang tua sendiri. Apa agaknya reaksi orang tua mereka?

Ya Allah ya tuhanku, ampunkanlah dosaku. aku insan kerdil yang tidak sempurna, peliharalah tutur kata anak-anak kami. Jadikanlah anak-anak kami anak yang soleh dan solehah, yang sentiasa menjaga tutur kata dan adab sopannya.. amin ya rabbal 'alamin....

14 February 2010

GONG XI FA CAI

Gong Xi Fa Cai untuk rakan-rakan berbangsa Cina. Seperti biasa, saya ni malas nak hantar kad, sms saja pengganti diri. Saya rasa sms lebih peribadi, sebab saya suka buat ayat sendiri, chewah.. ha.. ini template ayat sms yang hantar kat kawan-kawan :
GONG XI FA CAI. MAY YEAR OF TIGER ROAR AND BRING PROSPERITY TO YOU &YOUR FAMILY.
boleh tak ayat ni? jangan main-main, terjemahan berbunyi lebihkurang begini : semoga tahun harimau ni mengaum dan membawa kesejahteraan  kepada anda dan keluarga anda.

Salah satu reply yang saya paling suka diterima dari sahabat lama GOH:
TIGER IS ASSOCIATED WITH PERSEVERANCE, STRENGTH AND POWER.

Mengambil berkat tahun harimau ini, saya berharap akan menjadi lebih tabah, kuat dan berkuasa... berkuasa? macam ultra-man le pulak....

p/s: untuk Yee Seow Chuin... minta maaf banyak-banyak, saya hilang no telefon you. Tapi saya tau you akan baca posting saya.

11 February 2010

azam

pagi tadi sekolah Azam, Hari Sukan sekolah...
tahun lepas pergi juga hari sukan, tapi bateri kamera buat hal.. tahun ni saya pastikan bateri cukup untuk ambil gambar.. apa taknya.. Azam masuk perbarisan, jadi tukang bawa bendera lagi....

05 February 2010

Mengambil kesempatan atas musibah orang lain?...

Isnin lepas tokabah pergi klinik, muntah-muntah sampai lembik. Mungkin gastrik, mungkin juga keracunan makanan. apa taknya, hari ahad pergi kenduri sampai 2 rumah! Tapi yang saya nak ceritakan, bukannya sakit tokabah, tapi kos perubatan. Pernahkan anda bayangkan pergi klinik disebabkan oleh muntah-muntah kena bayar sampai RM500++?

Mokcu off day, jadi dia yang hantar tokabah pergi klinik, mokcu pun terperanjat. Mokcu kata doktor suruh buat blood test, kosnya RM180. Saya tidak mempertikaikan blood test itu, tetapi mempertikaikan kewajaran blood test itu dibuat pada hari tersebut. tokabah pergi klinik dah petang sebab pagi tu dia tak larat bangun, dah minum dah makan pun. Bukan ke ikut kelazimannya kita kena puasa dulu sebelum ambil darah?

setelah ditolak kos blood test, kos consultation + ubat-ubatan adalah at least RM320. Mak ai, ni klinik cikai je kat Larkin, bukannya hospital pakar. Saya tak taulah adakah keperluan atau mengambil kesempatan... tokabah dapat ubat, BANYAK! bayangkan ubat gastrik satu botol besar, macam botol syampu le pulak. sekali makan 2 sudu teh x 4 kali sehari. Lepas 2 hari, tokabah dah tak muntah lagi, ubat cuma luak 1/10 botol. Bakinya sapa nak minum? Pil pulak, dah hari Jumaat ni masih ada lagi.. bukan ke kebiasaannya doktor bagi ubat untuk 3 hari, kalau tak baik pergi jumpa lagi...

Saya tak jumpa doktor tu, tapi saya boleh buat andaian yang dia mengambil kesempatan atas musibah yang ditimpa oleh  pesakit. Orang tengah sakit ni, nak nak orang tua, doktor cadang aje rawatan dan ubat yang mahal-mahal, confirm mereka setuju. Sapa tak nak baik?

Semalam mokcu pergi ambil laporan perubatan, doktor ada explain rawatan susulan, off course dengan kos yang membuatkan mata terbeliak. saya cakap kat mokcu, pergi klinik lain!

30 January 2010

book phobia.?

3 anak lelaki yang meningkat remaja merupakan satu cabaran untuk kami, terutama bab buka buku. Keputusan periksa? very the colourful. Kedudukan kelas? malas nak cerita... tapi bila ngadap komputer, yang kita tak ajar pun dah pandai sendiri. Pernah sekali tu, saya nampak mereka main tic-tac-toe (ala yang bulat dan pangkah tu...) dalam yahoo messenger... dia pulak yang mengajar kita balik.

Saya ada juga beli Score A, tapi mungkin tak cukup menarik perhatian mereka. suruh baru buat! saya toleh lain, mereka tuai pokok kat farmville, kemas rumah kat petville...Beberapa hari lepas, saya cuba satu teknik baru.. (baru untuk saya, mungkin orang lain tak heran pun...), saya try masukkan contents dalam satu page dari buku sekolah mereka ke powerpoint. Wala... mereka tekun mengadap. tak tau le mereka herankan tulisan tu gerak2 ke atau memang membaca.

So, projekterbaru saya adalah... buatkan powerpoint presentation untuk subjek yang anak paling tak suka... GANBARIMASU.

(lepas ni sapa2 nak boleh le jual ek.. murah2 je....)

25 January 2010

fly like birdie

fly like birdie
fly like birdie
high and low

fly like birdie
fly like birdie
high and low.

(lagu yang dipelajari Haleeda di tadika butterfly - menyanyi sambil mengepak tangan....)

Saya teko comel

Saya teko comel
cantik dan menarik
Ini tangkai saya
Ini muncung saya
bila wap keluar
saya pun berbunyi

angkat saya !
dan tuang saya !
angkat saya !
dan tuang saya !.

(lagu yang dipelajari oleh Haleeda di Tadika Butterfly)

21 January 2010

tali dari pokok pisang

kata tokabah, orang dulu, terutama yang berkedai runcit menggunakan tali yang dibuat dari batang pokok pisang untuk mengikat barang jualan mereka.

caranya : lapisan batang pokok pisang dipotong kecil2 dan memandang.
jemur sampai kering.

amaran : batang pokok pisang yang kering, mudah terbakar le....

13 January 2010

bunyi jam

tik tok tikitikitok
bunyi jam di dinding rumahku
tik tok tikitikitok
masa terus berlalu

belajar.. bermain.. semua gembira
tralala tralala
tralali tralali
tralalu tralalu
aku gembira selalu

tik tok tikitikitok
bunyi jam di dinding rumahku


(lagu kanak-kanak tahun 1970'an - dalam rancangan radio pendidikan).

09 January 2010

Arnab oh arnab.


dah 9 hari masuk tahun baru 2010.. cepat sungguh masa berlalu. Minggu ni sibuk dgn urusan budak baru naik sekolah.. ye lah.. ada yang sekolah pagi, ada yang sekolah petang.

3 hari lepas saya perasan ada perubahan pada sikap arnab-arnab dirumah ni, Hitam - si jantan asyik mengendeng kat Coklat - si betina. Si Coklat pulak makin garang dengan si Hitam, sambil tu sibuk meragut daun2 rumput yang agak panjang dan... kumpul dalam bumper keretaku!!! aduh! what's happening? Puas saya dan Haleeda korek balik dan letak dalam sangkar arnab. tak kan dia nak bersarang dalam bumper kereta... kami puas gunakan pelbagai cara memujuk Hitam dan Coklat masuk sangkar.

Dalam sangkar, saya lihat coklat begitu tertib menyusun semula daun2 menjadi hamparan, sambil menangkis terjahan dari Hitam. Leka memerhati gelagat mereka... Kesimpulan yang saya dapat buat ialah arnab2 tu nak mengawan, dan coklat sedang menyediakan tempat tidur! maklumlah.. hitam dan coklat masih teruna dan dara... confirm! sebab kami bela dari kecil....

si Khaleed, teruna saya yang baru 12 tahun dok risau melihat gelagat mereka... dia suruh pisahkan Hitam dengan Coklat sebab Hitam dok gigit coklat!.. saya terangkan pada Khaleed, " biarlah.. mereka nak kahwin...". Khaleed tak puas hati "kahwin apa macam tu .. gaduh gaduh.." .Ni dah masuk bab sex education ni.. macamana nak terangkan? Tapi sekurang-kurangnya saya gembira bila Khaleed faham bahawa gaduh tidak sihat dalam perkahwinan.

dipendekkan cerita.. tadi pagi saya singgah kedai haiwan peliharaan beli makanan arnab, sambil tu tanya pada uncle kedai apa nak buat kalau arnab nak beranak nanti... ni tips dari uncle tu...
1) Kalau arnab dah dekat nak beranak (dah cukup bulan kot...), asingkan dengan jantan dan tutup sangkar, kasi gelap. baru teringat Nor Aki pernah kata arnab beranak dalam lubang.
2) kalau dah beranak, jangan sentuh anak arnab. kalau ibu arnab terhidu bau yang lain pada anaknya , dia akan makan anaknya...

Thank you Uncle. Semalam waktu sembang dengan family kami dok bincang, rumah kami dah ada arnab, tapi belum ada kura2.. so, pagi tadi dah "ter-beli" anak kura-kura warna hijau 2 ekor... belum ada nama lagi.. budak2 kata nak letak nama dalam watak wonderpet... tapi kena tunjuk kat hubby dulu... ada cadangan nama yang best untuk kura-kura kami?