Sedara2ku...

16 May 2010

Selamat Hari Guru

Anda ingat cikgu2 yang pernah hadir dalam hidup anda? Masa kecik2 saya tak tau menghargai gambar kelas, dapat terus sepah2kan, sekarang baru tau kepentingan gambar kelas tersebut. Kenapa? makin berumur, memori dah makin sarat, hard disk drive dalam kepala susah nak korek balik memori lama.. tak mustahil, yang tak ada impact dah delete dari memori. 

saya cuba ingat balik cikgu2 saya.. Yang ingat hanyalah...
cikgu kamariah - guru tadika
- orangnya lembut..sanggup melayan kerenah saya yang asyik menangis bila tak ada orang tunggu.
cikgu jamilah - guru kelas darjah 1
- first day darjah 1 saya terperanjat sebab dia jerit suruh murid2 diam, menangis bagai nak rak sampai cikgu tunjuk orang botak kat tepi kolam ikan, saya ingat lagi jawaban saya.. tu bukan abah.....
cikgu rafikah - guru kelas darjah 2
- dia rajin suruh kami duduk keliling dia dan dia bacakan buku cerita, tak kiralah rumi ke jawi.
cikgu fauziah - guru kelas darjah 3
- cikgu fauziah garang, pernah ketuk tangan saya sebab tulisan tak cantik.
cikgu zainah - guru kelas darjah 4-6
- cikgu zainah memang best, bayangkan budak2 sekolah rendah sanggup jalan kaki dari kg melayu nak pergi beraya dirumah dia di larkin. 
cikgu hamdan - english teacher darjah 4-6
- dah arwah dah cikgu hamdan, tapi dia paling best. 100% english, tapi saya boleh faham dan boleh balas balik dia cakap. kenapa masuk sek menengah dah tergagap pulak ye.
Puan Tee - english teacher darjah 3
- mungkin sebab dia lain dari lain, cikgu india tapi kena panggil Puan Tee (suami dia cina agaknya). suka pakai cermin mata besar dan skirt pendek. 
Cikgu Hasni - guru kelas tingkatan 3
- masih ingat dia suruh salin balik komen editor dari suratkhabar tiap2 minggu. dan masa tu suratkhabar yang ada kat rumah hanyalah utusan melayu dalam tulisan jawi.
cikgu rasyid - cikgu sains
- ingatan kat cikgu rasyid sebab kena rotan kat tapak tangan. Bas T-Hakkim buat hal, kami sampai lambat ke sekolah, orang tengah perhimpunan, masing2 kena rotan tanpa disoal kenapa lambat. satu lagi, lepas dia mengajar kelas pandai, biasalah budak2 kelas pandai kadang2 kurang berdiplomasi dengan cikgu, pun kami jadi mangsa kena tadah tangan....
cikgu amnah 
- dia ni cikgu PJ kami, tapi suka cerita pasal sejarah. lepas ikut rombongan sekolah melawat kg makam di kota tinggi baru le tau, rupa2nya ayah cikgu amnah penjaga makam disitu.
Mrs Perry - Guru besar tingkatan 4-5
Masuk tingkatan 4, saya kena pindah SIGS. bila mrs perry ada dalam kelas malam malaikat lalu, senyap sunyi, yang dengar cuma kasut tumit tinggi dia saja. Paling kecut, kalau jumpa dia kena speaking english. 
Cikgu Mazni - Guru BM tingkatan 5
punyalah tinggi standard cikgu mazni ni, SPM percubaan BM saya dapat 8. Tapi yang paling best, bila SPM sebenar, 1 kelas saya tu lulus BM dengan distinction dan kepujian.
Cikgu Lim - guru kelas tingkatan 5
Saya lulus fizik mungkin sebab cikgu lim yang ajar. kadang2 kami dera dia suruh ajar math sebab tak faham cikgu lain ajar. 
biologi dan kimia, hm.... cikgu tu cakap sorang2, murid tidur depan dia pun tak peduli....

Bila dah masuk kolej, lagi lah.. jumpa pensyarah cuma 1 semester, lagi lah tak ingat. Entah kenapa, saya masih ingat cikgu kelas dan pensyarah semasa belajar di Tokyo dan Chiba. 
TUFS, Kobayashi sensei, tsutsumi sensei, sakai sensei yang cantik, kaneko sensei, sampai orang kantin pun masih ingat lagi wajah mereka. 
Chiba daigaku, paling ingat nakamura mitsuo sensei. 

di Best partner training center - Dr AB (Prof Madya Dr Ab Rahman). Dia bukan saja mengajar subjek, tetapi mengajar kami menangani jiwa kami sendiri.... maklumlah program train & place, program untuk orang yang diberhentikan kerja semasa kegawatan ekonomi....

Untuk cikgu2 diluar sana,
Jadilah cikgu yang memberi impak & melekat diingatan anak murid anda.

selamat hari guru.....





3 comments:

  1. teringat filem promlee, 'ari ari cikgu main bola, cikgu suka main bola,' ehehe

    ReplyDelete
  2. hahaha.. filem p ramlee ni tayang di tv2 tadi,anak2 saya pun dah hafal ayat tu...
    cikgu suka main bola, hari-hari cikgu main bola
    cikgu suka main bolah..... hari2 cikgu .. TIDOR....

    ReplyDelete
  3. hem! ros rasanya kena ubah sikit jd SELAMAT HARI EDUCATOR sbb masa kita kat uni or college dah tak panggil CIKGU ..
    aku plk paling igt aku bertekak dgn cikgu history aku sbb dia kasi aku tak full marks utk test aku tentang JOSE RIZAL sedangkan aku tiru dari encyclopedia.. dia cakap sbb aku TIRU aku cakap dgn dia MANA ADA HISTORY YG TAK DI TIRU cik gu pun baca dari buka apa...hik3
    sejak dari hari itu setiap kali test cik gu zul ckp kertas aku dia terhilang...

    ReplyDelete