Sedara2ku...

31 August 2010

BISKUT ARAB

Salam
Dah dekat sangat nak raya ni, anak2 dah bising suruh buat biskut arab. Lepas sahur korek balik majalah lama, angan-angan sempena cuti hari merdeka ni nak buat biskut arab. Setiap resepi biskut arab yang saya jumpa ada inti kacang / kurma. tapi anak2 saya tak suka. Jadi resepi yang saya letak disini , ala-ala kegemaran keluarga saya lah ye.. no inti....


Bahan-bahan :
500 gm minyak sapi
100 gm mentega
1 biji telur
100 gram gula ising
1 kg tepung
secubit garam

Cara penyediaan :
1) Gaul semua bahan.
2) Bahagikan kepada 3 bahagian & warnakan merah, kuning, hijau.
3) Untuk lebih sopan, ambil secubit setiap bahagian dan cantumkan. Tapi saya buat cara short-cut, macam main tanah liat.... Gelek2 setiap bahagian tepung secara berasingan dan biar sampai jadi silendar yang agak panjang. Cantumkan tiga2 warna dan gelek menjadi satu silinder yang lebih besar. Potong kecil2 bagi mendapatkan besar yang lebihkurang sama. ambil 1 ketul dan bulat2 kan.
4) Bakar selama 20 - 25 minit.
5) Sesudah masak, biarkan sejuk
6) Gaulkan dengan gula kastor.
7) Masukkan dalam cawan kertas.

2 comments:

  1. Salam acik. Biskut arab dlm gmbr tu hasil air tgn acik k? Lawanya. Cantek! selera nk mkn :) Mesti budak2 suka + rsnya yg lemak2. Angah pon suka.

    ReplyDelete
  2. ala angah, semalam acik jem le, sakit belakang. plan nak buat biskut ni ditangguh sampai sakit belakang acik sembuh, hujung minggu kot....

    btw, gambar tu ambik kat internet. tapi rupanya lebihkurang gitu le... tak caya tanya ibu.. hehehe. Tiap2 tahun kuih ni je yang achik buat. yang lain tunjuk kat kedai..

    ReplyDelete