Sedara2ku...

30 September 2010

Selamat TInggal kawan-kawan

kuhulurkan tangan ucap perpisahan
ada terkejut ada meneka
mencari salah pada siapa
aku kah yang tak kuat menahan dugaan
atau menjadi mangsa keadaan

pergiku pilihan sendiri
banyak faktor telah diimbangi
ibarat pelukis mencorakkan kanvas
sekatan dan kekangan menghalangku bernafas
membina kreativiti mencorak jati diri

keprihatinan kawan-kawan 
membuat hatiku jadi rawan
biar singgah sekejap cuma
aku terharu kewujudanku
memberi kesan

usia sudah menjelang senja
jerih payah sudah ku rasa
zaman gemilang juga tidak kurangnya
percaturan hidup bermula semula
biarpun nanti gagal
sekurangnya aku gembira
hidupku ku corak sendiri

Kawan-kawan terima kasih atas doanya
Insyaallah
Usaha itu kudratku,
rezeki itu ketentuanNya
amin ya rabbal alamin...



23 September 2010

Persimpangan dilema...

Tiba aku di persimpangan
keputusan harus dibuat
ke kanan bakal jumpa jalan mati
ke kiri ? bakal sama nasibku
tapi hati memberontak
kenapa ditunggu kalau dah tau jalan mati
kembalikan keremajaan hatimu
perjudikan nasibmu
untung sabut timbul, untung batu tenggelam
biar gagal
tapi jangan menyesal tidak mencuba
Ya Allah Ya Tuhanku
aku tahu setiap gerak hatiku adalah darimu
aku percaya biar apa keputusanku
aku sentiasa dibawah lindunganmu
amin...

15 September 2010

chaling or CALLING?

Petang  saya telefon suami, tapi tak dijawab.. tak lama lepas tu Haleeda call balik.

Haleeda : Tadi mak telepon ayah ke? ayah tengah semayang......
Saya : Mana adik tau?
Haleeda : Ala adik tau, tadi kat telepon ayah adik nampak ada tulis nama mak lepas tu chaling?
Saya : Apa tu dik?....
Haleeda : Adik nampak ada tulis C A L L I N G, chaling la tu kan?
Saya masih blurr...
Saya : adik baca dalam bahasa melayu ye? Cuba baca dalam english.. CALLING.. calling lah tu..

14 September 2010

SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI

Suara Tok Abah bertakbir bersama-sama anak, menantu dan cucu selepas solat maghrib tadi sungguh mengharukan. Alhamdulillah, Pokda Halim & keluarga dari Kota Bharu yang asalnya tak ada perancangan nak balik tiba-tiba muncul. Meriah sungguh malam raya. Malam tadi juga saya telah membuat perkara yang dah lama sangat ditinggalkan... menyeberang anak sungai sebulong menghantar ketupat ke rumah Tok Andak Saadiah. Budak-budak meriah bermain bunga api di wakaf tepi anak sungai sebulong, sambil menikmati dentuman bunga api,


Kemeriahan malam ni dah berjaya memadamkan kekecewaan kerana baju raya tak siap. Walaubagaimanapun, alhamdulillah, dapat jugak sepasang sorang untuk dipakai pagi raya...... BAJU MELAYU TELUK BELANGA! Esok selepas solat aidilfitri, kami akan gerak ke rumah Tokji. Seperti biasa, lepas solat zohor, akan berkonvoi berkunjung kerumah saudara mara sebelah suami... Tahun ni tambah meriah kerana Cik Abeng balik bercuti dari Perth.


SELAMAT HARI RAYA SEMUA.

SEMOGA KITA LUPAKAN SENGKETA LAMA DAN MULAKAN KEHIDUPAN BARU

SEBAGAI MAHLUK ALLAH YANG MEMAAFKAN.

AMIN YA RABBAL 'ALAMIN.

IMAI MIKI (今井美樹) - GOODBYE YESTERDAY


Saya suka lagu ni, GOODBYE YESTERDAY & HELLO TOMORROW.


Semalam adalah kenangan yang indah,

tetapi

semalam adalah semalam

tak mungkin akan berulang lagi

Hari esok adalah masa depan

yang bermula dari hari ini...

03 September 2010

Nostalgia Aidilfitri 1987



Tiap kali raya teringat kisah tahun 1987, saya menjejakkan kaki ke Jepun 2 minggu sebelum puasa. Dalam minggu orientation, kami disuruh membuat persembahan budaya negara masing2. Kami berlima, saya sorang melayu, yang lain cina. So masing2 toleh pada saya, korek2 punya korek dalam beg yang ada cuma kaset lagu raya. Senior kata, ala. orang lain bukan tau pun ni lagu raya, asal boleh joget sudahlah.... Goh, Cheah, Tong (para jejaka handsome) dan ong (gadis manis) telah dipaksa menari dengan saya walau pun tangan kanan kedepan, kaki kanan kedepan.. nostalgia....

Raya tahun itu, pertama kali berjauhan dari keluarga dan terpaksa menghadapi test bahasa jepun pertama. 3 orang jejaka tampan malaysia telah memasakkan untuk saya, kami "makan besar" dikantin pada malam raya.

01 September 2010

cara mengelak duit dicuri toyol..

Salam

Topik ni bukan nak cerita pasal hantu atau mistik. tidak.. tidak.. sejak bulan Julai, di rumah saya selalu hilang duit  Hati saya terdetik jugak nak menuduh anak2 yang meningkat remaja, tetapi dalam banyak kejadian, duit mokcu hilang waktu anak2 pergi sekolah. Jadi, secara tak langsung, kami syak toyol. Bila saya luahkan perasaan geram di facebook, ramai pulak yang bagi petua. Kita share le sama-sama ye....

1) Guna kacang hijau.
Tokcik Ani dengan Nyai suruh tabur kacang hijau disudut2 rumah, jangan sapu, biarkan saja. Kacang hijau ni tujuannya untuk melekakan toyol tu, biar dia syok main kacang hijau sampai lupa nak ambil duit tuan rumah. Kemudian Pakcik Aan kata kita kena perhatikan kacang2 tu, kalau le kacang yang asalnya dibiarkan bertabur jadi bersusun elok je, maknanya confirm ada toyol kat situ. gekkkkk tidakkkkkkkk  tak sanggup saya menerima kenyataan tinggal bersama toyol. Tapi saya cuba jugak lah petua tu... nampaknya tak berapa menjadi, masih kehilangan duit. ni mesti toyol sekolah ni.....

saya rujuk pulak pada orang lain, katanya toyol boleh masuk ikut tingkap! kena tabur kacang kat tingkap jugak! kebetulan masa tu musim hujan, tak jadi tabur kat tingkap, takut tumbuh pokok taugeh pulak kat tingkap rumahku.

2) Ikat duit guna getah.
Seorang yang baik hati telah mencadangkan kepada saya supaya ikat duit dengan getah. Katanya getah memang pantang toyol. Saya pun try le petua ni..ye la.. bukan susah sangat, tak payah taburkan kacang hijau. Untuk 3-4 hari, senyap.... masuk hari ke 5, duit saya hilang lagi. Saya pun bising lah lagi... Ada orang kata, si toyol ni bila dia balik jumpa tuan dengan tangan kosong, tuan dia tanya kenapa, dia akan explain senario macamana duit disimpan. Jadi, tuan dia akan training dia untuk lepaskan duit dari ikatan getah tersebut.... ooo gitu rupanya...

3) Bela ikan puyu.
Tok busu Derus yang kesian dengan saya telah menghadiahkan ikan puyu yang dipancing dari anak sungai sebulong, kat belakang rumahnya.. (anak sungai sebulung dah cantik tau.. siap masuk paper lagi..)
Ikan tu kami letak kat depan pintu masuk. tak tau le kalau ini petua ke apa, tapi kat situ je le yang sesuai dengan susunan interior dalam rumah saya.  Setakat ni belum ada dengar orang  komplen hilang duit. Tapi ini bukan bermakna 100% berjaya... sebab kami dah guna pendekatan lain jugak.

4) Simpan duit kat folder kecik untuk kad.
Yang ni tak reti nak explain... ala.transparent plastic folder yang orang buat isi IC, kad bank macam2 tu.. Saya simpan folder ni dalam purse jugak. hm... mula2 selamat lah... lepas tu hilang jugak. Yang geramnya.. hilang dalam bulan puasa.. toyol kerja jugak dalam bulan puasa ek...

Ada jugak petua yang saya tak pernah cuba antaranya...
5) Letak jala ikan kat atas pintu masuk - mana nak cari jalan ikan sekarang ni ek...
6) Taburkan tepung dalam dulang, letak dipintu masuk. Konon2nya kita boleh jejak tapak kaki toyol kalau dia pihak tepung tu... yang ni saya tak berani cuba.. kalau jumpa nak buat apa? nak ikat dia.. takut..........
7) Ikat duit dengan rambut.
8) letak cermin dalam beg duit
9) Letak cermin dipintu masuk.
10) Letak jarum dalam beg duit.

setakat ni , ini je lah yang teringat.. nanti kalau ada lagi saya tambah kemudian.

Toyol ni memang tau, dia cuma ambil duit RM50 & RM10 je. Jadi pendekatan yang kami ambil buat masa ini adalah :
a) Ambil duit cukup2 untuk belanja.
b) Duit tempah baju raya, kuih raya, transfer guna online banking.
c) kalau ada baki duit 50 pun tak simpan dalam purse.

Kalau ada lagi petua, beritau ye.. kita kongsi bersama...