Sedara2ku...

01 September 2010

cara mengelak duit dicuri toyol..

Salam

Topik ni bukan nak cerita pasal hantu atau mistik. tidak.. tidak.. sejak bulan Julai, di rumah saya selalu hilang duit  Hati saya terdetik jugak nak menuduh anak2 yang meningkat remaja, tetapi dalam banyak kejadian, duit mokcu hilang waktu anak2 pergi sekolah. Jadi, secara tak langsung, kami syak toyol. Bila saya luahkan perasaan geram di facebook, ramai pulak yang bagi petua. Kita share le sama-sama ye....

1) Guna kacang hijau.
Tokcik Ani dengan Nyai suruh tabur kacang hijau disudut2 rumah, jangan sapu, biarkan saja. Kacang hijau ni tujuannya untuk melekakan toyol tu, biar dia syok main kacang hijau sampai lupa nak ambil duit tuan rumah. Kemudian Pakcik Aan kata kita kena perhatikan kacang2 tu, kalau le kacang yang asalnya dibiarkan bertabur jadi bersusun elok je, maknanya confirm ada toyol kat situ. gekkkkk tidakkkkkkkk  tak sanggup saya menerima kenyataan tinggal bersama toyol. Tapi saya cuba jugak lah petua tu... nampaknya tak berapa menjadi, masih kehilangan duit. ni mesti toyol sekolah ni.....

saya rujuk pulak pada orang lain, katanya toyol boleh masuk ikut tingkap! kena tabur kacang kat tingkap jugak! kebetulan masa tu musim hujan, tak jadi tabur kat tingkap, takut tumbuh pokok taugeh pulak kat tingkap rumahku.

2) Ikat duit guna getah.
Seorang yang baik hati telah mencadangkan kepada saya supaya ikat duit dengan getah. Katanya getah memang pantang toyol. Saya pun try le petua ni..ye la.. bukan susah sangat, tak payah taburkan kacang hijau. Untuk 3-4 hari, senyap.... masuk hari ke 5, duit saya hilang lagi. Saya pun bising lah lagi... Ada orang kata, si toyol ni bila dia balik jumpa tuan dengan tangan kosong, tuan dia tanya kenapa, dia akan explain senario macamana duit disimpan. Jadi, tuan dia akan training dia untuk lepaskan duit dari ikatan getah tersebut.... ooo gitu rupanya...

3) Bela ikan puyu.
Tok busu Derus yang kesian dengan saya telah menghadiahkan ikan puyu yang dipancing dari anak sungai sebulong, kat belakang rumahnya.. (anak sungai sebulung dah cantik tau.. siap masuk paper lagi..)
Ikan tu kami letak kat depan pintu masuk. tak tau le kalau ini petua ke apa, tapi kat situ je le yang sesuai dengan susunan interior dalam rumah saya.  Setakat ni belum ada dengar orang  komplen hilang duit. Tapi ini bukan bermakna 100% berjaya... sebab kami dah guna pendekatan lain jugak.

4) Simpan duit kat folder kecik untuk kad.
Yang ni tak reti nak explain... ala.transparent plastic folder yang orang buat isi IC, kad bank macam2 tu.. Saya simpan folder ni dalam purse jugak. hm... mula2 selamat lah... lepas tu hilang jugak. Yang geramnya.. hilang dalam bulan puasa.. toyol kerja jugak dalam bulan puasa ek...

Ada jugak petua yang saya tak pernah cuba antaranya...
5) Letak jala ikan kat atas pintu masuk - mana nak cari jalan ikan sekarang ni ek...
6) Taburkan tepung dalam dulang, letak dipintu masuk. Konon2nya kita boleh jejak tapak kaki toyol kalau dia pihak tepung tu... yang ni saya tak berani cuba.. kalau jumpa nak buat apa? nak ikat dia.. takut..........
7) Ikat duit dengan rambut.
8) letak cermin dalam beg duit
9) Letak cermin dipintu masuk.
10) Letak jarum dalam beg duit.

setakat ni , ini je lah yang teringat.. nanti kalau ada lagi saya tambah kemudian.

Toyol ni memang tau, dia cuma ambil duit RM50 & RM10 je. Jadi pendekatan yang kami ambil buat masa ini adalah :
a) Ambil duit cukup2 untuk belanja.
b) Duit tempah baju raya, kuih raya, transfer guna online banking.
c) kalau ada baki duit 50 pun tak simpan dalam purse.

Kalau ada lagi petua, beritau ye.. kita kongsi bersama...