Sedara2ku...

14 September 2010

SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI

Suara Tok Abah bertakbir bersama-sama anak, menantu dan cucu selepas solat maghrib tadi sungguh mengharukan. Alhamdulillah, Pokda Halim & keluarga dari Kota Bharu yang asalnya tak ada perancangan nak balik tiba-tiba muncul. Meriah sungguh malam raya. Malam tadi juga saya telah membuat perkara yang dah lama sangat ditinggalkan... menyeberang anak sungai sebulong menghantar ketupat ke rumah Tok Andak Saadiah. Budak-budak meriah bermain bunga api di wakaf tepi anak sungai sebulong, sambil menikmati dentuman bunga api,


Kemeriahan malam ni dah berjaya memadamkan kekecewaan kerana baju raya tak siap. Walaubagaimanapun, alhamdulillah, dapat jugak sepasang sorang untuk dipakai pagi raya...... BAJU MELAYU TELUK BELANGA! Esok selepas solat aidilfitri, kami akan gerak ke rumah Tokji. Seperti biasa, lepas solat zohor, akan berkonvoi berkunjung kerumah saudara mara sebelah suami... Tahun ni tambah meriah kerana Cik Abeng balik bercuti dari Perth.


SELAMAT HARI RAYA SEMUA.

SEMOGA KITA LUPAKAN SENGKETA LAMA DAN MULAKAN KEHIDUPAN BARU

SEBAGAI MAHLUK ALLAH YANG MEMAAFKAN.

AMIN YA RABBAL 'ALAMIN.

No comments:

Post a Comment