Sedara2ku...

03 September 2010

Nostalgia Aidilfitri 1987



Tiap kali raya teringat kisah tahun 1987, saya menjejakkan kaki ke Jepun 2 minggu sebelum puasa. Dalam minggu orientation, kami disuruh membuat persembahan budaya negara masing2. Kami berlima, saya sorang melayu, yang lain cina. So masing2 toleh pada saya, korek2 punya korek dalam beg yang ada cuma kaset lagu raya. Senior kata, ala. orang lain bukan tau pun ni lagu raya, asal boleh joget sudahlah.... Goh, Cheah, Tong (para jejaka handsome) dan ong (gadis manis) telah dipaksa menari dengan saya walau pun tangan kanan kedepan, kaki kanan kedepan.. nostalgia....

Raya tahun itu, pertama kali berjauhan dari keluarga dan terpaksa menghadapi test bahasa jepun pertama. 3 orang jejaka tampan malaysia telah memasakkan untuk saya, kami "makan besar" dikantin pada malam raya.

2 comments:

  1. Nostalgia raya saya pulak tahun berapa ek tp yg penting masa tu saya baru form 2 tak silap, pg raya aje jiran depan rumah hilang sink, jiran sebelah hilang pintu jamban, tp semua yg aluminium punya.. yg rumah saya hilang pokok bunga kertas mak berpasu2...ha3

    ReplyDelete
  2. masa tu mesti kat kg fid ramai mat gian. caranya tu macam kena curi dgn mat gian je.

    ReplyDelete