Sedara2ku...

09 October 2010

terima kasih sifu... (untuk Mr. Danial Liang Abdullah)

Anak muda itu
terkapai-kapai mencari haluan
dibiarkan meneka dalam kesamaran
meraba-raba mencari jalan

dalam dia kulihat diriku
suatu ketika dulu
tika hampir rebah semangatku
kau pimpin tanganku
menunjukkan jalan yang patut kulalu

teguran pedasmu
kata-kata sinismu
pangkahan pen merah pada draf surat-suratku
menjadi perangsang kepadaku

Mungkin telah tiba masa
aku membalas jasa
menurunkan ilmu kepada anak bangsa
menjadi pewaris kerjaya kita

terima kasih sifu
kata-katamu pernah mengguris hatiku
yang mentah tika itu
tapi kini aku faham
yang tersirat dari tersurat......

2 comments:

  1. Ros ada jgk anak murid yg sllu tak kenang budi bila dah tergadai BODY ha3

    ReplyDelete
  2. dalam maksud tu fid.. hahaha....

    ReplyDelete