Sedara2ku...

26 December 2010

Hujan dipetang hari.

Minggu lalu, ketika memandu pulang dari kerja melalui pekan Senai, hujan turun... entah kenapa suasana suram petang itu mengingatkan saya kepada luahan rasa seorang isteri..... cerita kak lela begini...

" Tiap petang tu akak balik kerja, naik bas dari jalan airport ke pekan senai. Untuk pulang ke Kulai akak kena lintas dan naik bas kearah Kulai pula. Satu hari tu hujan.... akak tak bawa payung.. terpaksa jalan dalam hujan. Dalam melintas dicelah-celah kereta, akak lalu didepan kereta suami akak... luluh hati akak bila akak tengok ada perempuan lain dalam kereta. Mereka tengah berbual mesra... cuba bayangkan akak yang basah kuyup waktu tu terpaksa melihat suasana begitu....   macam drama kan..."

Memang macam drama....kak lela tentunya lebih sedih bila mengetahui bahawa wanita tersebut adalah isteri muda suaminya yang dinikahi senyap-senyap. 

24 December 2010

bila kemarau kunjung tiba

Tidurlah adik tidurlah sayang
jangan menangis kakak dodoikan
hujan diluar usahlah bimbang
sampai mimpi kakak temankan

bangun nanti jangan berlari
tatih dahulu berperi-peri
tiba masa tergigit jari
jangan terus menghempas diri

bila kemarau kunjung tiba
atau taufan datang melanda
jangan adik janganlah lupa
suatu ketika dulu kakak pernah ada....

Resepi : Goreng Pisang

Sejak akhir-akhir ni suami saya kemaruk makan goreng pisang. Biasanya dia akan beli pisang dan bawa balik suruh saya goreng. Lebih muai kata orang johor.

Ni goreng pisang, ala makngah... ringkas dan mudah. janji sedap.

Bahan utama :

  • Pisang (tak kiralah pisang nipah ke pisang tanduk ke, asal yang orang biasa buat goreng pisang) 
    •  potong ikut suka.
  • Bahan untuk tepung.
    • Tepung gandum
    • serbuk kunyit ( biar warna pisang goreng nya cantik, tak le pucat)
    • garam
    • air
    • air kapur.
  • Minyak untuk menggoreng.

Cara-cara :

  •  Campur semua bahan dalam mangkuk, tuang air sedikit-sedikit dan kacau. kemudian masukkan air kapur.
  • Panaskan minyak dalam kuali,
  • celup pisang dalam tepung.
  • goreng hingga garing
SELAMAT MENCUBA.