Sedara2ku...

22 February 2011

Erti tanggungjawab

3 hari lepas, waktu Khaleed nak lepaskan arnab dari sangkarnya, dia menjerit... "mak.. arnab dah beranak...." melompat semua orang menerpa ke sangkar arnab, ada 5 ekor baby arnab baru lahir tergolek-golek atas lantai sangkarnya.

Tidak mahu peristiwa lama berulang kembali, kami mengambil anak-anak arnab dan alihkan kedalam kotak bulan limau mandarin. Rasanya dah banyak kali arnab2 betina beranak, tapi tak ada satu ekor pun anaknya yang hidup, samada jumpa dah mati atau ghaib begitu saja. Oleh kerana kebanyakan masa ibu dan anak arnab dikurung dalam sangkar yang sama, kami membuat kesimpulan bahawa arnab yang ghaib itu mungkin telah dimakan semula oleh ibunya....

setakat ni dah 3 hari, alhamdulillah. semua arnab itu masih hidup. si Lily ibunya kami kurung dalam sangkar dan anak-anaknya dalam rumah. Tiap kali mahu beri susu, kami keluarkan Lily untuk memberi anak2nya menyusu. Anak bujang saya si Khaleed yang suka mengelak tanggungjawab, entah kenapa begitu tekun menguruskan anak-anak arnab menyusu dengan ibunya. Mungkin Khaleed lebih faham erti tanggungjawab apabila diterjemahkan keperluan anak arnab untuk hidup dengan susuan ibunya.. semoga keprihatinan ini berkekalan dan terus berkembang.. amin.....

17 February 2011

Resepi : Ketam Masak Lemak cili padi

Semalam balik kerja singgah pasar beli lauk. Alamak tergoda dengan ketam2 yang tersusun atas meja dipasar. Resepi ni diajar oleh Maklong Jah. Macam biasalah.. saya cuma masak yang senang2 je.. tak banyak kerenah...



Bahan2nya
Ketam (nak tukar udang pun boleh je.. kita yang buat dia...)
Cili padi, lada hidup merah (asal hijau ada merah, ok lah tu.. buat cantikkan warna)
Kunyit.
Asam keping
Santan
Garam
Belacan & perasa (kalau suka...)

Cara2nya :
Bersihkan ketam,letak dalam periuk
Kisar Cili padi, lada merah, kunyit, belacan. Masukkan bahan kisar dalam periuk.
tambah santan dan asam keping.
Rebus sehingga ketam masak.
Siap....(jangan lupa masukkan garam)

Senang kan? try lah..



.

15 February 2011

anak2 demam

Anak2 saya, Khaleed dan Haleeda dah demam sejak hari Jumaat. Dah lumrah budak, lepas makan ubat, baik sikit je demam terus aktif, lepas tu demam semula. Pagi Isnin, hari keempat, saya hantar mereka ke klinik berdekatan dengan rumah. Kes mereka terpaksa dirujuk ke hospital Kulai kerana menunjukkan simptom denggi sementelah lagi kawasan perumahan saya telah disahkan ada confirmed case denggi. Nak buat macamana.. sayang anak, hantar lah mereka ke hospital.

Nasib baik Dr Zaleha dari Poliklinik Murni(gambar kat sebelah tu..copy dari google....) dah bagi ubat sebelum ke hospital. Ha kau... daftar pukul 12 tgh, check suhu badan pukul 1 tgh, check-up pkl 2 ptg (itu pun dengan MA je), nak ambil darah pun kena tunggu 30 minit. Keputusan darah keluar pukul 4.20 ptg. setelah ambil ubat, pukul 4.45 ptg baru lah keluar dari hospital. Fuh, nasib baik petugas di Hospital Kulai ramah.. walau pun sangat lambat... tak sampai hati nak marah....

Alhamdulillah, doktor di hospital sahkan bahawa Khaleed dan Haleeda bebas dari demam denggi, cuma Viral Fever. Doktor cuma bagi ubat demam dan antibiotic.

p/s : Dr Zaleha ni bekas calon pilihanraya yang lepas. Orangnya sangat lembut tapi tegas.

13 February 2011

Ayahku kahwin lagi...

lama tak jengah kat blog2 saya, semalam bila di check ... fuh.. tiba2 page view melonjak naik. Lebih tak disangka blog saya yang satu lagi ni :Jom Belajar Bahasa Jepun , lebih ramai pengunjung dari Dunia Makngah. Diharap sedikit ilmu yang dicurahkan diblog sana dapat membantu mereka yang dahagakan ilmu.

Nak beritahu ni, Raya Cina lepas saya dapat mak baru...hmm.. ayahku kahwin lagi ! Memandangkan majlis terakhir dirumah kami yang mengumpulkan saudara mara ialah pada tahun 2006 masa mokcu kahwin dulu.. kali ni ramai yang datang... orang yang jarang nampak pun datang juga, mengalahkan pengantin remaja.. yang ni pengantin remaja purba hehehe...

Tokbah dan Nenek

Kata tokmak (ibu mertuaku), orang perempuan ni masa hidup memang tak suka berkongsi suami, tapi kalau dia meninggal dunia, dia akan mendoakan supaya suami kahwin lagi (agar ada orang yang menjaga suaminya....). Mungkin juga roh arwah tokmak yang telah pergi 14 tahun lalu kini lega kerana dah ada orang yang menjaga tokbah.

SELAMAT PENGANTIN BARU TOKBAH &NENEK

09 February 2011

Doa melihat cermin.

اللّهُمَّ كَمَا حَسَّنْْْتَ خَلْقِيْ فَحَسِّنْ خُلُقِيْ


Allahummakama hassantahalqi, fahassin huluqi.



Maksudnya :
Ya Allah Ya Tuhanku sebagaimana Engkau telah memperelokkankan kejadianku, maka hiasilah budi pekertiku dengan akhlak yang baik”.




Doa ini telah diajar oleh guru saya sejak saya berumur 10 tahun.. masa tu kawan2 kata kalau kita baca doa ni masa tengok cermin, nanti kita akan jadi cantik... 


bila dah meningkat menjadi remaja purba ni, makin ramai saya jumpa orang .. ada masa2nya bila bertemu dengan manusia yang mencabar kesabaran dan keimanan.. saya bersyukur menjadi antara insan terpilih yang diajar doa ni sejak kecil.....



Petang tadi
balik kerja agak lewat dari biasa
entah kenapa pemandangan petang lebih cantik dari biasa
dalam kesuraman langit yang hampir menangis
matahari masih memaksa diri untuk keluar
ibarat bola api 
menunggu untuk di baling ke sasaran.

saujana mata memandang
gunung pulai terbentang megah
sayang kalau hilang begitu saja
kerenung renung dan renung
kesuraman senja disulami dengan cahaya lampu jalan dan lampu kereta
ibarat lukisan 
untuk dirakam dan berkongsi bersama
amin....