Sedara2ku...

16 May 2011

SELAMAT HARI GURU....

Hari ni semua anak2 sekolah pagi.. ada sambutan Hari Guru di sekolah....
Balik rumah Haleeda mengadu, cikgu cuma ucap terima kasih kat kawan dia saja. 
Kesian dia.. malam tadi dia belikan hadiah untuk cikgu..
 mungkin cikgu tak perasan....
abang2 Haleeda.. ala.. budak lelaki.. tak peduli pun....

Malam tadi lepas penat menggosok baju
saya buka tv kejap...
ada cerita TO SIR WITH LOVE..
nostalgia...
masa tingkatan 5 di SIGS, tahun 1982 (vintage dah....)
kami nyanyikan lagu ni untuk guru kelas kami, Mr LIM.
Cikgu Lim antara rare species kat sekolah perempuan
jadi memang selalu kena buli dengan kami...
tapi dia sangat ambil berat tentang pelajaran kami.
dalam semua subjek sains, saya paling tak suka fizik.. 
tapi, tu le yang lulus.. agaknya sebab cikgu Lim yang ajar.. hehehe...
TERIMA KASIH CIKGU LIM.




2 comments:

  1. 1st time dgr cerita pasal 'To Sir With Love' masa darjah 5, ada 1 cikgu English datang bercerita masa kelas tambahan- persediaan untuk Penilaian Darjah Lima (hahaha vintage jugak.. ). dia bercerita in English, tapi yg peliknya saya yg tak berapa reti omputih masa tu, boleh faham setiap butir yg dia cerita. then somehow masa tingkatan berapa tah, berpeluang tgk cerita tu kat TV, & setiap kata2 yg cikgu tu sebut as if tiba2 berulang kembali sambil menonton cerita tu..
    panjang lak komen.. hehehe.. eh, apa khabar mak ngah? lama tak berborak ekk..

    ReplyDelete
  2. khabar baik Himawari... lama tak borak ek....
    rindulah...

    ReplyDelete