Sedara2ku...

09 December 2011

Petua : Halau lalat

Salam.

Waktu selak2 majalah mingguan wanita yang baru dibeli semalam, saya ternampak petua untuk mengelak lalat didapur.



Selalunya petua  yang dibaca mesti guna cara nak attract lalat, baik guna gam lalat atau kat kantin/kedai makan yang pakai ultra violet, semuanya mengumpan lalat datang dekat dan bunuh.. allure and kill. fuh.. kejam....

tapi petua yang baru ni betul2 petua menghalau.



Caranya :
Masukkan beberapa kuntum bunga cengkih kedalam mangkuk atau cawan berisi air.
Biarkan terdedah diruang dapur...

Mungkin air berbau cengkih tu tak sedap kat hidung lalat kot...


btw, tau tak cengkih yang mana satu? ha,, yang macam kat gambar sebelah. Sebenarnya kecik je...
dah check kat google translate : cengkih in english = CLOVE.




Peringatan sebelum mencuba.
Ini salah satu dari usaha kita. Kalau ditakdirkan lalat berjaya dihalau keluar dari dapur anda, janganlah mencabar dia lagi ye.. baki2 ikan kering bacin ke, sambal belacan ke, jangan lah disimpan dalam tudung saji di atas meja tu.. kalau boleh kemas terus meja.. sorokkan baki makanan kat tempat lain..

Selamat mencuba....


7 comments:

  1. akan di cuba sinsie... ni cik lat kan kalu ada sambal belacan & adiknya cincalok waduh mangacau aje...

    ReplyDelete
  2. kat rumah mentua kita cik lat ni sangat meriah, letak je gam lalat, kejap dah penuh. Mungkin sebab orang2 tua ni lepas makan, suka simpan baki dalam tudung saji, baki tu pulak, bukan calang2, ikan bacin, sambal belacan dan sewaktu dengannya..

    ReplyDelete
  3. Setelah mencuba sendiri, alhamdulillah nampaknya lalat2 telah pergi main jauh2.

    ReplyDelete
  4. lalat siap main kejar2 dalam gelas bunga cengkih..adess

    ReplyDelete
  5. Dear Anonymous,
    Kesiannya .. tak berkesan ye petua ni...
    Saya perasan, bila kita baru letak cengkih, airnya masih jernih, mungkin bau pun belum kuat, lalat memang berani.
    tapi bila air dah bertukar warna jadi coklat, nampak macam lalat tu segan sikit.

    ReplyDelete
  6. kalo pakai bunga lawang,bley x?xd cengkih la plak kt rumh ni..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi..
      try je lah.. kalau berkesan update kat sini eh...

      Delete