Sedara2ku...

08 January 2012

Jalan2 Cameron Highlands - Foto

Salam
Hujung tahun lepas, kami sekeluarga ke Cameron Highlands lagi. Unplanned trip......

inilah family saya....

Gerai orang asli dalam perjalanan dari Tapah ke Cameron Highlands

Pemandangan dari Bharat Tea Plantation

My & my handsome boy - sufyan.


suasana malam di Brincang dari apartment.

tau tak? strawberry keluar musim sejuk. Nak makan strawberry macam ni datanglah dalam bulan Nov, meriah  & murah. Kalau datang bula Jun, ada le yang kecik2, masam pulak tu.. btw, tuang susu pekat manis.. marvellous.

seperti biasa, model souvenir di cameron highland. sarung tangan & penutup telinga

kami tinggal dibilik ni, mengadap pekan balai bomba brinchang. Marvellous view.

Kalau pergi brinchang, sini le tempat kami tinggal. Dulu best, tapi sekarang service macam kedekut2 manja gitu. Tuala kena minta, dah minta pun bagi yang ala2 layak buat kain buruk.. dulu tak gini....

pernah tengok orang ketam daun teh?

my hubby
rosak juga timbang tu nanti... ish....

jasamu dikenang. Khaleed sentiasa membantu menolak kerusi roda sufyan.

bukti dah sampai sungai palas ye azam...

daun teh fresh. rasa macam nak petik je....

singgah kejap kat lata iskandar on the way turun.. semua orang mabuk da....


4 comments:

  1. mak ngah berapa harga hotel tu??

    ReplyDelete
  2. Fid,
    apartment 2 bilik, 1 malam RM360. lokasinya bagus sbb pasar malam kat depan hotel je.
    tengok gambar no 5, pemandangan malam dari apartment tu... bangunan yang nampak tu apartment baru, 2 bilik baru RM250. Yang tu kena jalan kaki sikit je, tapi bukitnya curam!
    Kami terpaksa pilih yang dekat untuk kemudahan sufyan yang memerlukan kerusi roda.

    ReplyDelete
  3. Salam puan.

    Saya perasan ada gambar ahli keluarga berkerusi roda.

    Maaf bertanya, ada cadangan lokasi untuk dilawati di Cameron Highland yang mesra pengguna kerusi roda?

    Saya bercadang nak bawa bonda yang juga berkerusi roda tapi risau kalau kebanyakan lokasi bertangga-tangga dan tak tahu destinasi yang sesuai.

    Harap dapat membantu. Terima kasih didahulukan. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Tuan
      terima kasih kerana mengunjungi blog ini. Maaf saya terpaksa menjawab menggunakan anonymous atas kesilapan teknikal (sebenarnya lupa password hehehe).
      tuan jangan risau, keseronokan di Cameron Highland bukan terletak kepada berapa banyak tempat kita pergi, tapi bagaimana kita menikmati keindahan alam semulajadi.
      Kebiasaannya kami tidak membuat tempahan hotel lebih awal, takut tempat tak sesuai dengan kerusi roda anak saya. Jadi pergi dan survey tempat dulu, jika ok, baru kami buat tempahan bilik. saya suka tinggal di apartment, lebih selesa untuk keluarga. Lokasi di brinchang, kerana berdekatan dengan pasar malam, sesuai juga untuk kerusi roda.
      Satu lagi lokasi wajib untuk kami adalah ladang boh disungei palas. kalau tak hujan, ambil kesempatan naik gunung brinchang hingga di tempat tengok anak bulan, dengan kereta. tak ada apa yang menarik, cuma kita nak menikmati keindahan alam, bumi ciptaan tuhan. untuk bonda tuan, mungkin lebih relax.
      harap dapat membantu.

      Delete