Sedara2ku...

07 July 2012

keranamu EPJ

Assalamualaikum, Salam pagi Sabtu.



Ada kawan fb upload gambar diatas, terkenang kisah dulu2.. disini segalanya bermula.. 11 tahun di sini bagaikan graduate dari Institut Latihan. 

Imbas kembali kenangan disini....
Ya segalanya bermula disini, fresh graduate yang begitu eager nak memulakan kerjaya di kilang. waktu tu banyak benda kena belajar. Hari ke 3 bekerja dah night flight ke Kota Bahru, 3 bulan bekerja cuma cuti pada 1 Mei, itupun sebab cuti umum jatuh tengah minggu. Kerana EPJ, saya sampai kemana2, seluruh semenanjung dah diteroka, sampai batam dan surayaba, Indonesia. Pernah juga 2 kali menjejakkan kaki ke Seiko Epson, Nagano, Jepun. Sempat jumpa 4 MD,  sempat meninggalkan sejarah disana.

Saya bekerja dari April 1992 - Mac 2003. Bermula dari bangunan kecil dan kantin yang layak dipanggil warung sahaja. Waktu tu kawasan kempas belum begitu diteroka, kereta yang lalu depan kilang masih boleh dikira. Tiap 6 bulan ada kejadian histeria.. sampai Mr Liang (ex boss saya) menubuhkan pasukan ghost buster. Kami bukan tukang tangkap hantu, cuma tukang mengawal keadaan apabila histeria berlaku. Cikgu Esa, Aziz Driver akan kelam kabut menjadi driver, hantar pesakit kemana2... Meriah waktu tu... paling tak lupa. gara2 hilang sabar, air suam dan tepukan dibelakang badan pesakit, saya digelar tok bomoh besar hahaha.... 

Gara-gara histeria juga, acara Maulidur Rasul dah jadi acara tahunan. Permintaan Mr Liang, nak buat Maulidur Rasul boleh, tapi dia nak disertakan dengan kompang keliling kilang. Waktu tu orang tak tau apa rasionalnya.. nak tahu kenapa? dia kata orang cina buat bising halau hantu, you all selawatlah sambil pukul kompang keliling kilang, hantu lari, pekerja senang hati... Logik yang saya kagum sehingga hari ini.

Tahu tak, dulu mereka panggil Kaizen sebagai ISA (Improvement  Suggestion Acitivity) tapi ramai komen takut keliru dengan Internal Security Act. Ketika penjenamaan semula, saya telah memenangi pertandingan menamakan activiti kaizen.. SUMBER, sumbangan untuk kemajuan bersama. Logo sumber pula dimenangi oleh Radzi dari section yang sama.

Kami juga adalah sebahagian dari jawatankuasa yang merekabentuk uniform yang mereka guna sehingga sekarang. Batik purple ditepi uniform adalah idea dari manager2 jepun nak masukkan elemen batik pada uniform. Asalnya kami hanya mahu letakkan print epj sahaja. Well, it was a good decision, sampai sekarang pun corak batik tu tak jemu dipandang.

Tingkap tingkat atas yang nampak dari jalan raya mengingatkan saya, aku pernah duduk membelakangkan tingkap itu. Dari tingkap itu saya menyaksikan, apabila ekonomi baik, kereta bertambah, apabila ekonomi merudum kereta berkurangan, menyaksikan juga penarik kereta menjalankan tugasnya....

Untuk mencari pekerja, macam2 kami dah buat.,,, Sebelum buat temuduga terbuka dikampung2, kami jugalah yang jadi tukang tampal poster, pokok besar, dinding kedai .. kadang2 rasa macam pekerja pilihanraya. Nasib baik masa tu pihak kerajaan tempatan tak begitu tegas menguatkuasa, kalau tak...  Waktu tu memang nekad, kemana saja tak pergi, JTR, Balora Mastika, balairaya kampung dan felda, pernah sorang bapa hantar anak temuduga, duduk depan saya bertongkatkan parang panjang. En Rahmat (pegawai atasan saya pada waktu itu) meninggalkan saya seorang beserta alatulis untuk temuduga sementara dia pergi ke lokasi seterusnya.. tapi pengalaman ini lah yang membina jati diri saya menjadi saya sekarang.

Kerana EPJ juga orang kenal saya dlm program Hello - hello Epson. sampai sekarang, jenama Epson masih melekat di belakang nama saya walaupun dah 9 tahun meninggalkannya, dah 4 kilang dan 1 training center menjadi persinggahan saya. 

Untuk warga EPJ, hargailah apa yang anda ada..
jika jodoh di sana sudah tiada
pastikan anda pergi bukan kerana marah atau terpaksa.
biarlah 10 tahun lagi anda boleh menoleh kembali dan berbangga
aku pernah hadir disana....

2 comments:

  1. kak,
    rupanya jodoh akak & saya dgn EPJ sama = 11 tahun, kalau akak Apr92-Mac03, saya lak Apr95-Mac06.
    walaupun EPJ adalah tempat ke3 saya bekerja, tapi yg sblm2 tak leh kira sgt, keje brp bulan je pun. kat EPJ la, saya baru nampak apa minat & cenderung saya dlm career, walaupun tak dpt peluang tu kat EPJ, tapi Alhamdulilah, dgn ilmu & pengalaman 11 tahun tu, saya guna pakai kat tempat kerja saya skrg.
    mcm akak juga, saya pun byk terima pengalaman kat situ, tukar department, merge dept, then transfer to another section, join committee2, kenal ramai org/ staff.
    kenangan toksah nak citer, berlambak2, manis, pahit, masam, payau semua ada.. hahaha..
    tapi tu semua mengajar dan mendewasakan kita kan...

    ReplyDelete
  2. betul lah himawari.. 11 tahun cukup kan..
    rata2 kwn ex EPJ akan bersetuju dengan kita..
    kita ni produk Institut Latihan EPJ.

    ReplyDelete